Tennessee, sebuah negeri di Amerika Syarikat mempunyai satu sejarah pahit. Dalam tempoh hampir tiga dekad, negeri itu menyaksikan seramai 5,000 orang kanak-kanak dicu.lik dan dijual oleh satu sindiket yang bersembunyi di sebalik nama pusat penjagaan.
Apa yang memilukan, jena.yah ini langsung tidak dapat dikesan lantaran ia dilindungi oleh banyak pihak berkepentingan. Baik politikawan, hakim negeri, mahupun kakitangan kerajaan. Dalangnya pula bukan sekadar mening.gal dunia tanpa dikenakan hu.kuman, malah sempat pula dihormati sebagai aktivis filantrofi terkenal. Itulah dia – Georgia Tann.
Georgia Tann lahir di Philadelphia, Mississippi pada tahun 1891. Ibunya bernama Beulah Yates. Bapanya pula George Tann, seorang hakim di mahkamah negeri.
Keluarga Georgia dikenali sebagai keluarga yang dermawan (jika ditolak tepi sifat George yang arogan). Mereka amat prihatin terhadap kebajikan masyarakat, khususnya anak-anak yatim dan golongan memerlukan. Sampaikan, Georgia sendiri ada abang angkat yang tua tiga tahun daripadanya.
Ini memaksudkan yang Georgia membesar dalam suasana yang relatif sihat – cukup kasih sayang, cukup perhatian, dan cukup didikan. Justeru, perilaku jenayahnya boleh dikatakan tiada kaitan dengan sebarang trau.ma. Sebab memang tiada pengalaman buruk menimpa Georgia semasa dia kecil.
Kalau ada sekali pun, sejarah cuma merakamkan satu perkara kecil iaitu impiannya diketepikan (Brennan, 2009). Semenjak remaja, Georgia menanam cita-cita dalam dunia perundangan. Yakni ingin menjadi seperti bapanya. Namun berikutan bias jantina yang dipalitkan pada kerjaya berkenaan, hasrat Georgia dinafikan.
Dia disuruh menceburi bidang yang lebih feminin. Maka, Georgia pun dimasukkan ke Kolej Martha Washington. Jurusan yang diambil ialah muzik. Selepas bergraduasi pada tahun 1913, dia melanjutkan pula pengajian ke Universiti Columbia. Kali ini dalam bidang kerja sosial – bidang yang lebih terbuka untuk wanita menempa nama.
Sembilan tahun kemudian, Georgia menginjak ke alam pekerjaan. Dia diterima bekerja di Mississippi Children’s Home Society dengan bantuan bapanya. Namun, kariernya di sana tidak bertahan lama. Ia gara-gara tembelang sebenarnya mula ditunjukkan.
Sepanjang di sana, Georgia dilaporkan kerap naik marah dan naik tangan. Anak-anak di pusat jagaan juga ada yang di’pindah’kan sembarangan (baca: dijual). Justeru apabila kegiatannya dibongkarkan beberapa tempoh kemudian, dia serta-merta dipecat (Tapalaga, 2021). Namun, itu bukanlah masalah besar buat Georgia. Pertama, kerana dia tidak ditang.kap. Kedua, kerana kabel bapanya masih ada.
Justeru pada tahun 1924, dia diterima masuk ke Tennessee Children’s Home Society (TCHS) sebagai setiausaha eksekutif. Lima tahun kemudian, pangkatnya berubah menjadi ketua pengarah. Nah, bermula situlah je.naya.h Georgia makin menyerlah.
Dalam banyak-banyak cara yang ada untuk mengimarahkan TCHS, Georgia memilih untuk terjebak dalam kerja pencu.likan. Modus operandinya berbagai-bagai, sesuai dengan lingkaran sokongannya yang ramai. Iya, Georgia tidak bertindak sendirian.
Di belakangnya ada E.H. Crump (politikawan besar di Memphis, Tennessee) dan Camille Kelley (seorang hakim). Menerusi bantuan mereka berdua, Georgia dilindungi daripada pendakwaan dan dimudahkan menerima hak penjagaan. Pembabitan pegawai polis dan jururawat juga melancarkan lagi kerja-kerja kejinya (Poppy, 2017).
Secara umum, Georgia menyasarkan anak-anak miskin dan melarat termasuklah anak-anak yang dibesarkan oleh ibu tunggal. Ini sesuai dengan keadaan Amerika Syarikat ketika itu yang sedang dibelenggu kri.sis ekonomi (The Great Dep.res.sion 1929-1939), di mana kes ibu bapa menjual anak hatta pada harga $1 bukanlah kes asing. Ia dilakukan dengan harapan anak-anak tadi dibeli oleh keluarga yang lebih berkemampuan. Erti kata lain, ia demi masa hadapan anak itu sendiri.
Tren sebegini bagaimana pun membuka ruang kepada lahirnya sindiket-sindiket pemer.da.ga.ngan manusia. Di mana, anak yang dijual tadi akan dibeli oleh satu individu atau satu kumpulan lalu dijual semula kepada keluarga angkat yang hartawan dengan harga berlipat kali ganda. Pekerjaan ini bukan hanya menguntungkan, tetapi mampu meraihkan kemasyhuran. Yakni, masyhur sebagai aktivis filantrofi.
Georgia adalah contoh paling unggul antara semua. Di Amerika, dia seumpama Madonna atau Mother Teresa – dihormati dan dijulang tinggi sampaikan Eleanor Roosevelt, isteri kepada Presiden Ke-32 Amerika sendiri seringkali meminta pandangannya tentang dasar-dasar berkaitan kebajikan kanak-kanak (Vishnu, 2020).
Rumah jagaannya juga mendapat perhatian ramai orang kenamaan. Joan Crawford, June Allyson, Lana Turner, dan Pearl S. Buck adalah antara mereka yang mendapatkan anak angkat daripada TCHS. Tentu sekali, untuk berlaku adil, mereka tidak berniat pun untuk bersu.ba.hat. Lagipun, tiada siapa tahu tentang kegiatan ja.hat Georgia kecuali setelah 26 tahun.
Secara sepintas, ada tiga cara yang Georgia selalu gunakan untuk dapatkan kanak-kanak (Harrington, 2020). Pertama, dia akan menyuap jururawat supaya palsukan kema.tian bayi baru lahir. Antara mang.sa perilaku ini ialah Irene Green, yang diberitahu kononnya bayi beliau mening.gal dunia saat dilahirkan walaupun jelas-jelas beliau sempat mendengar bayi itu merengek. Ketika meminta untuk melihat bayinya, jururawat beri alasan konon ‘jena.zah’ bayi itu sudah pun diuruskan. Sedangkan hakikatnya, bayi itu sudah ‘selamat’ dilarikan.
Cara kedua, Georgia akan menghampiri ibu bapa (biasanya ibu tunggal) yang miskin lalu menawarkan diri untuk membawa anak yang sedang sa.kit ke hospital. Namun, tawaran itu datang dengan satu syarat (pujukan); iaitu si ibu tidak boleh ikut atau nanti hospital akan kenakan bayaran. Jadi, biar dia saja yang uruskan semua, janji Georgia. Setibanya di hospital, Georgia akan palsukan segala maklumat anak tadi – nama dan latar belakangnya diubah; konon anak itu adalah anak jagaan TCHS.
Jadi, apabila ibu tadi datang melawat pada hari berikutnya, pihak hospital akan menafikan yang itu adalah anaknya. Bila dihubungi Georgia pula, si ibu akan dimaklumkan konon anaknya telah mening.gal dunia dan segala urusan pengebumian sudah pun diselesaikan – sekali gus meninggalkan si ibu dalam keadaan terpinga. Antara mang.sa bagi kes sebegini ialah Alma Sipple dan bayi perempuannya, Irma yang hanya dapat berjumpa semula 44 tahun kemudian.
Dalam cara yang ketiga pula, Georgia akan memanfaatkan kealpaan atau ketidakmampuan ibu bapa untuk mendapatkan hak penjagaan menerusi bantuan mahkamah. Ini yang terjadi kepada seorang ibu tunggal bernama Rose Harvey dan bayi lelakinya, Onyx yang berusia dua tahun.
Semasa sedang memandu di Jasper County, Mississippi, Georgia mendapati Onyx bermain sendirian di perkarangan rumah. Ketika itu, ibunya yang sarat mengandung sedang tidur. Jadi, Georgia pun bawa lari Onyx dan jadikannya sebagai kes mahkamah. Dengan cara itu, hak penjagaan Onyx digu.gurkan dari tangan Rose dan anak itu pun diserahkan (dijual) kepada keluarga angkat.
Menerusi kegiatan yang dilakukan selama 26 tahun bermula dari 1924 sehingga 1950, Georgia dianggarkan menjual seramai 5,000 orang kanak-kanak ke seluruh Amerika Syarikat dengan nilai keuntungan yang dikautnya mencecah sehingga sejuta dollar ($11 juta hari ini).
Kekayaan itu bagaimana pun mengundang kecurigaan ramai. Tambahan, bermula tahun 1945 TCHS semakin dipalit kon.tro.versi apabila ramai kanak-kanak dalam jagaannya mening.gal dunia. Misalnya pada tahun itu sahaja, dianggarkan seramai 40-50 orang mening.gal dunia dalam tempoh kurang empat bulan.
Jumlah keseluruhannya pula adalah sekitar 500 orang. Semua kema.tian ini berpunca daripada pende.raan dan pengabaian kesihatan (Vishnu, 2020). Menurut laporan Robert L. Taylor, peguam yang membongkar salah laku Georgia, kanak-kanak di TCHS selalu diberi ubat tidur supaya mereka kurang makan dan kurang meragam.
Masalah penca.bulan juga bukan perkara asing di TCHS. Lebih-lebih lagi bila Georgia sendiri memiliki kecenderungan naf.su song.sang (les.bian). Kanak-kanak di sana selalu disuruh duduk di atas riba pengunjung lelaki dewasa dan memanggil mereka sebagai “ayah” (daddy) – satu perkara yang jelas sekali merupakan pengan.tunan se.ksual.
Ini membuatkan TCHS akhirnya ditutup pada tahun 1950 selepas segala pendedahan dilakukan oleh Taylor. Penutupan tersebut dibuat atas perintah datuk bandar Tennesse yang baru, iaitu Gordon Browning yang memenangi pilihan raya pada dua tahun lalu, menewaskan seterunya, E.H. Crump yang selama ini melindungi kegiatan Georgia.
Rentetan itu pada September tahun sama, Georgia dikenakan pendak.waan. Namun sebelum sempat hu.kuman dijatuhkan, dia mening.gal dunia akibat kan.ser. Camille Kelley, hakim yang menjadi rakan subahatnya juga terlepas daripada hu.kuman lantaran mening.gal dunia akibat strok.
Ini tentunya bukan satu kesudahan yang adil, memandangkan mang.sa-mang.sanya masih ramai yang belum dapat pulang ke pangkuan keluarga asal – walaupun pada 1995, pembelaan sedikit-sebanyak diberikan oleh pihak kerajaan menerusi pengetatan undang-undang berkaitan pengambilan anak angkat serta pemberian pampasan dan sijil kelahiran baru kepada mereka yang terkesan.
RUJUKAN:
Brennan, Zoe. (2009, 29 January). The Hollywood Baby Snatcher: The sinister story of the woman who (ditapiskan) children and sold them to the stars. Daily Mail.
Harrington, Robyn Kagan. (2020, 25 July). Georgia Tann: The Mastermind of a (ditapiskan) Market Baby Ring That Lasted for Three Decades. Medium.
Poppy, Nick. (2017, 17 June). This women (ditapiskan) children from the poor to give to the rich. New York Post.
Tapalaga, Andrei. (2021, 30 April). The Woman Who Became a Millionaire Through Child (ditapiskan). History of Yesterday.
Vishnu. (2020, 5 September). A Horrendous (ditapiskan) Who Made Her Millions by (ditapiskan) Children. History of Yesterday.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih