Pada 17 Julai 1975, tercipta satu momen bersejarah yang berlaku bukan di permukaan bumi, sebaliknya momen bersejarah ini berlaku di angkasa raya. Momen ini adalah sesi jabat tangan di antara ‘astronaut’ Apollo dan ‘Cosmonaut’ Soyuz.
Apa yang bersejarahnya?
Sesi jabat tangan ini menyimpan dua sejarah penting dalam ketamadunan manusia. Yang pertamanya adalah ianya merupakan simbol kepada berakhirnya perlumbaan angkasa di antara Blok Barat dan Blok Timur ketika era perang dingin. Selain itu misi ini juga merupakan misi bersejarah dalam sejarah sains angkasa kerana ‘astronaut’ dan ‘cosmonaut’ ini berlepas ke angkasa dengan menggunakan dua kapal angkasa yang berbeza di tempat yang berbeza.
Krew-krew Apollo yang menaiki kapal angkasa Saturn IB berlepas dari Cape Canaveral Air Force Station di Florida. Manakala krew-krew kapal angkasa Soyuz pula berlepas dari Baikonur Cosmodrome, Kazakhtan dengan menggunakan kapal angkasa Soyuz-U.
Oleh kerana teknologi sains angkasa yang berbeza di antara Blok Barat dan Timur, setiap kapal angkasa ini mempunyai tekanan udara yang berbeza. kapal angkasa Soyuz mengekalkan tekanan udara yang sama dengan tekanan udara di bumi. Manakala astronaut di dalam kapal angkasa Apollo pula menggunakan oksigen tulen untuk bernafas di mana tekanan udaranya adalah lebih rendah.
Jika para angkasawan ini bertemu secara terus, perubahan tekanan udara yang mendadak akan mengundang bahaya kepada cosmonaut di dalam kapal Soyuz. perubahan tekanan udara ini menyebabkan nitrogen di dalam darah tidak dapat melarut ke dalam darah, sebaliknya akan membentuk buih-buih gas yang akan memnyebabkan kematian. Perkara yang sama juga boleh terjadi kepada penyelam jika mereka naik ke permukaan air dalam kadar segera.
Bagi mengatasi masalah ini, para jurutera telah membina satu ruang khas pada kapal angkasa Apollo yang akan menjadi penghubung di antara dua kapal angkasa ni. Di dalam ruang khas ini, tekanan udara akan diseimbangkan secara berkadaran sehingga tekanan udara menjadi stabil dan seimbang dengan tekanan udara di dalam kapal angkasa Soyuz. Proses ini mengambil masa selama 3 jam.
Gambar merupakan momen bersejarah sesi berjabat tangan di antara Alexei Leonov, Komander bagi Soyuz (kanan) dan Thomas Stafford, Komander bagi Apollo (kiri).
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih