Tatkala pihak berkuasa Itali bergelut menangani penularan pandemik Covid-19, satu berita baru timbul. Satu dokumen rasmi yang dibuat unit pengurusan krisis di Turin mencadangkan mangsa-mangsa Covid-19 berusia 80 tahun ke atas dinafikan akses kepada rawatan intensif sekiranya bilangan katil untuk menempatkan pesakit-pesakit Covid-19 tidak mencukupi.
Berdasarkan dokumen berkenaan, kriteria yang digariskan bagi mana-mana mangsa kecemasan Covid-19 ialah berusia kurang daripada 80 tahun dan kemampuan mereka untuk pulih sepenuhnya.
Dokumen tersebut menegaskan pada satu masa, akan wujud ketidakseimbangan antara memenuhi keperluan pesakit Covid-19 dan kemampuan sumber intensif yang berkesan diperlukan. Bila keadaan itu berlaku, maka mereka perlu mengaplikasikan kriteria pesakit agar mendapat akses sumber mereka yang terhad.
Kaunselor kesihatan Piedmont, Luigi Icardi menyifatkan dokumen tersebut sebagai sesuatu yang menakutkan. Tetapi pada masa sama, ia juga bakal menjadi rasmi sekiranya situasi Covid-19 di Itali semakin meruncing dan berdasarkan parameter-parameter yang digariskan.
Ketika ini, ia sudah siap dan menunggu masa saja untuk disahkan oleh jawatankuasa teknikal saintifik sebelum dihantar ke seluruh hospital di Itali. Kriteria yang dinyatakan bakal diaplikasikan di seluruh negara.
Ketika ini, Itali mempunyai 15,000 kes jangkitan Covid-19 dengan 5,000 kes kem4tian. Pada masa sama, Itali juga mempunyai 5,090 katil rawatan intensif, lebih daripada cukup untuk menjaga pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan intensif.
Itali berusaha menambah bilangan katil di klinik-klinik swasta, rumah-rumah jagaan dan khemah-khemah sementara. Tetapi pada masa sama, Rome juga memerlukan doktor dan jururawat untuk membantu serta peralatan perubatan yang banyak.
Wilayah yang paling terjejas ialah Lombardy tetapi wilayah jirannya, Piedmont juga ditekan teruk dengan Covid-19. Di situ, 180 kes dicatatkan dengan 27 kes kem4tian dalam sehari. Dengan trend ini, situasi belum tentu akan menjadi bertambah baik.
Semasa ditemubual akhbar The Telegraph, pengerusi jawatankuasa teknikal saintifik Roberto Testi menegaskan mereka akan menangguhkan menggunakan kriteria yang dinyatakan selama mana yang boleh. Malah, beliau memberi jaminan pesakit yang dinafikan rawatan intensif akan terus mendapat rawatan sewajarnya daripada pihak berkuasa.
Testi bagaimanapun mengakui ia merupakan satu perkara yang paling susah yang perlu dilakukan. Tetapi dalam dunia perubatan, doktor harus membuat keputusan sukar sambil dibantu oleh sistem yang boleh mengelak lebih banyak kehilangan nyawa.
RUJUKAN:
Di Blasi, Erica. (2020). Italians over 80 ‘will be left to die’ as country overwhelmed by coronavirus. The Telegraph. https://www.telegraph.co.uk/news/2020/03/14/italians-80-will-left-die-country-overwhelmed-coronavirus/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih