Seperti semua sedia maklum, dunia ketika ini sedang berdepan 4ncaman penularan Covid-19. Di sebalik usaha pelbagai negara mengatasi w4bak ini, tiga negara baru yang menjadi tumpuan dunia kerana Covid-19. Tiga negara itu ialah Itali, Korea Selatan dan Iran.
Di Korea Selatan, penularan w4bak Covid-19 ini bermula dengan kes seorang wanita berusia 61 tahun yang juga pengikut Shincheonji Church of Jesus. Dia mengalami demam pada 10 Februari dan sempat menghadiri empat upacara gereja di Daegu sebelum didiagnosis sebagai positif.
Sejak itu, lebih daripada 300 kes yang ada kaitan dengan gereja berkenaan dilaporkan. Akibatnya, 9,300 ahli Shincheonji Church of Jesus diarah dikuarantin atau terus berada di rumah dengan 1,247 orang disahkan positif.
Manakala Daegu yang mempunyai populasi 2.5 juta orang melaporkan statistik kes Covid-19 kini mencecah 247 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 602 kes dan lima kes kem4tian.
Akibat peningkatan kes ini, beberapa negara telah menaikkan taraf nasihat perjalanan ke Korea Selatan seperti Amerika Syarikat dan Britain. Manakala Presiden Moon Jae-in menyifatkan peningkatan penularan p3nyakit ini sebagai satu krisis negara dan mengarahkan Korea Selatan meningkatkan tahap kesediaan mereka menghadapi Covid-19.
Di Itali pula, ketua jabatan perlindungan sivil Itali Angelo Borrelli melaporkan 152 kes Covid-19 termasuk tiga kes kem4tian. Tetapi berikutan tiga kes kem4tian itu berlaku dalam tempoh 24 jam, Rome mula meningkatkan respon mereka melawan Covid-19.
Berikutan itu, 11 bandar di Lombardy dan Veneto diletakkan dalam situasi kuarantin dengan penduduk dilarang keluar dari rumah. Acara-acara sukan dan kebudayaan termasuk Minggu Fesyen Milan, perlawanan-perlawanan bola sepak Serie A dan Festival Venice sama ada ditangguhkan atau dibatalkan.
Di Iran, 43 kes positif dan satu lagi kes kem4tian membabitkan Covid-19 direkodkan semalam. Ia merupakan satu peningkatan berbanding 28 kes Covid-19 dan enam kes kem4tian yang dilaporkan pada Sabtu. Ini sekaligus menjadikan bilangan kes kem4tian akibat Covid-19 kini mencecah tujuh kes.
Pada awalnya, kes j4ngkitan Covid-19 ini hanya tertumpu di Qum tetapi kini tersebar ke empat kota lain termasuk ibu negara Tehran.
Akibat peningkatan kes, Tehran mengarahkan sekolah-sekolah dan universiti-universiti ditutup. Pawagam-pawagam dan acara-acara sukan termasuk perlawanan bola sepak turut digantung sehingga Jumaat. Beberapa negara termasuk Turki, Pakistan dan Afghanistan memilih sama ada menutup pintu sempadan mereka dengan Iran atau memanjangkan lagi sekatan perjalanan ke Iran.
RUJUKAN:
AFP. (2020). Covid-19 cases in South Korea surpass 600. New Straits Times. https://www.nst.com.my/world/world/2020/02/568316/covid-19-cases-south-korea-surpass-600
Channel News Asia. (2020). Italy announces three deaths linked to COVID-19. https://www.channelnewsasia.com/news/world/italy-announces-three-deaths-linked-to-covid-19-12462900
Time. (2020). Iran COVID-19 Death Toll Reaches 8, With 43 Confirmed Infection Cases. https://time.com/5789360/iran-coronavirus-death-toll/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih