Bagi yang biasa bermain Assa-ssin Creed, mesti sudah tahu Istana Masyaf merupakan pangkalan utama bagi pembu-nuh-pembu-nuh yang ditampilkan dalam siri tersebut. Hakikatnya, Istana Masyaf merupakan salah satu daripada dua pangkalan operasi organisasi yang paling digeruni di Timur Tengah pada abad ke-11 dan abad ke-12 Masihi, Hashashin.
Pada lewat abad ke-11, organisasi ini diasaskan oleh seorang tokoh berfahaman Syiah Ismailiah bernama Hassan-i Sabbah[1]. Pada peringkat awal, kebanyakan operasi termasuk rancangan pembun-uhan dilakukan di Istana Alamut di Qazvin berhampiran Massoudabad, Iran hari ini.
Selepas reputasi mereka tersebar luas terutama selepas pembun-uhan wazir Empayar Saljuk, Nizam al-Mulk[2] pada 1092, Hashashin mula mengembangkan pengaruh mereka di Syria. Istana Masyaf yang terletak di Masyaf, Hama, Syria ini pada asalnya merupakan istana lama yang dibina pada era Rom Timur/Byzantine.
Istana ini dibina di atas puncak sebuah bukit batu kapur yang dikelilingi oleh lembah dan kawasan perkampungan. Ini bukan saja menjadikan lokasi Istana Masyaf strategik dari segi keselamatan dan pertahanan. Ini kerana sebarang cubaan untuk menakluk istana ini sukar berikutan kedudukannya di kawasan tanah tinggi. Selain itu, sesiapa yang berangan menakluk kubu Hashashin harus bersedia kemungkinan sera-ngan balas senyap kumpulan itu.
Istana Masyaf jatuh ke tangan kumpulan Hashashin pada tahun 1141 selepas berjaya merampasnya daripada sebuah kerajaan kecil Syam bernama Bani Munqidh. Dari situ, pelbagai operasi mereka dirancang terhadap semua pemerintah Timur Tengah baik kerajaan Islam mahupun kepimpinan ten-tera Salib. Sesiapa yang enggan tunduk dengan permintaan mereka atau cuba melawan, maka bersedialah menerima padah.
Salah seorang pemerintah yang berani mencabar hegemoni Hashashin ialah Salahuddin al-Ayubi. Pengasas Dinasti Ayubiyyah itu melancarkan kempen kepungan ke atas Istana Masyaf pada 1176 tetapi tidak berhasil. Ini mendorong organisasi pembun-uh itu bertindak balas bagi menghentikan semua kempen agresif mereka daripada Salahuddin.
Menurut satu legenda, baginda mengambil keputusan beradu di khemahnya sementara kepungan ke atas Istana Masyaf terus berjalan. Tatkala baginda lena diulit mimpi, salah seorang ahli Hashashin (tidak diketahui sama ada Rashid al-Din Sinan[3] sendiri atau ahli lain) menyusup masuk ke dalam khemah baginda.
Yang pasti, kelibatnya disedari Salahuddin selepas meninggalkan khemah itu. Terdapat beberapa versi ‘hadiah’ yang ditinggalkan ahli Hashashin kepadanya. Ada mengatakan yang ditinggalkan dalam khemah baginda ialah manisan yang dibubuh racun. Ada juga mengatakan anggota Hashashin sengaja meninggalkan sebilah pisau di atas katil baginda.
Yang pasti, terdapat satu nota yang memberi amaran sekiranya Salahuddin berterusan melancarkan kempen ke atas mereka, maka bersedialah menerima padah. Enggan mengambil risiko, pengasas Dinasti Ayubiyyah itu mengarahkan semua kepungan dihentikan dan angkatan baginda berangkat pulang.
Hakikatnya, Salahuddin mahu membentuk pakatan dengan Hashashin dengan tujuan mengusir angkatan per-ang Salib keluar dari Timur Tengah terutama yang berpangkalan di Pergunungan Lubnan. Menerusi pakatan ini, pihak Salib tiada sekutu yang boleh digunakan melawan angkatan Ayubiyyah. Bagi pihak Hashashin pula, pakatan sebegini bukan saja mengukuhkan kedudukan mereka. Malah, ia dapat menghapuskan pengaruh Salib yang dianggap duri dalam daging kepada semua kerajaan di Timur Tengah.
Dan ada sebab mengapa pihak Salib mahu bergabung dengan Hashashin. Pada April 1192, seorang bangsawan Salib dari Itali bernama Conrad of Montferrat[4] dibun-uh oleh dua pembu-nuh Hashashin selepas kedua-duanya menyamar sebagai rahib Nasrani. Salah seorang daripada pembu-nuh berjaya ditahan dan selepas disek-sa, mengakui arahan dikeluarkan oleh Richard I/Richard the Lionheart.
Bagi ramai sejarawan, kemungkinan arahan bun-uh dikeluarkan baginda tidak mustahil kerana banyak kelebihan yang diraihnya selepas Conrad mangkat. Ini termasuklah membenarkan Ratu Isabella I dari kerajaan Jerusalem berkahwin dengan Henry II of Champagne sekaligus membenarkan Henry II bergelar raja baru Jerusalem. Bagaimanapun, keterangan itu diragui oleh sejarawan Ibnu al-Athir. Sebaliknya, beliau mencadangkan Salahuddin dan Rashid sebagai dalang di sebalik pembu-nuhan Conrad.
Namun begitu, tiada siapa yang kebal kecuali Ilahi. Pada tahun 1250-an, kubu-kubu Hashashin digem-pur habis-habisan oleh angkatan Mongol. Sera-ngan tersebut menyaksikan banyak kubu jatuh termasuk Istana Masyaf pada tahun 1260. Bagaimanapun, angkatan Mongol tidak kekal lama di Masyaf selepas tewas di tangan al-Zahir Baibars di Ain Jalut[5].
Selepas mereka diusir dari Masyaf, kumpulan Hashashin kembali beroperasi di Masyaf. Namun begitu, kumpulan tersebut tidak mempunyai kekuatan politik seperti semasa era Hassan dan Rashid. Pada tahun 1270, cabang Hashashin di Syria diambil alih oleh kerajaan Mamluk dan bertindak sebagai pasukan khas rahsia kerajaan itu. Antara yang bernasib malang sebagai mangsa Hashashin pada ketika itu ialah Philip of Montford[6].
Kini, Istana Masyaf menjadi sebahagian dari lanskap bandar itu hari ini. Melalui projek pemuliharaan istana yang dijalankan pada 2000 hingga 2006 mendapati terdapat beberapa sisi rahsia istana yang tidak diketahui umum. Antara ciri istana yang tersembunyi ialah sebuah terowong rahsia dan sistem saliran yang menyalurkan air hujan ke dalam tangki.
Selain itu, istana ini turut mempunyai sebuah rumah mandi tradisional sekaligus memperlihatkan aspek kemewahannya tidak pernah dilupakan. Hari ini, ia masih terpelihara dengan baik walaupun berdepan anc-aman per-ang dan pengga-nas yang muncul selepas Per-ang Saudara Syria tercetus pada 2011.
NOTA:
[1] Pengasas kerajaan Nizari berfahaman Syiah Ismailiyyah dan Hashashin. Diberi gelaran Orang Tua di Atas Gunung oleh Marco Polo dalam bukunya, Kisah Pengembaraan Marco Polo. Menyediakan batu asas kepada Hashashin sebagai sebuah organisasi yang digeruni para pemerintah pada abad ke-11 dan ke-12 Masihi.
[2] Cendekiawan Parsi dan pengasas Madrasah Nizamiyyah. Dikatakan dibu-nuh oleh Hashashin atas arahan Sultan Malik I. Mengikut beberapa versi, beliau dibu-nuh kerana terbabit dengan perebutan kuasa dengan Malik I atau tidak setuju dengan tindakan baginda mendukung fahaman Syiah selepas mengikuti debat Ahli Sunnah Waljamaah-Syiah yang dianjurkan Madrasah Nizamiyyah.
[3] Ketua Hashashin Syria. Muncul dalam Assa-ssin Creed sebagai antagonis utama siri dengan gelaran al-Mualim. Dalam permainan video itu, Rashid mengarahkan protagonis, Altair untuk membu-nuh Grand Master of Knight’s Templar Ke-11, Robert IV de Sable semasa kempen Richard I di Arsuf.
[4] Antara pemain utama kempen Salib ketiga dan bergelar Raja Jerusalem selepas berkahwin dengan Isabella I secara tidak langsung pada 1190 sebelum ditabalkan secara rasmi pada April 1192.
[5] Kekalahan signifikan Mongol di tangan pihak Mamluk semasa cuba menakluk Syam dan Mesir selain Pertem-puran Marj al-Saffar pada 1303. Ain Jalut juga menjadi saksi penggunaan mer-iam tangan pertama yang menakutkan ten-tera Mongol mengikut keterangan buku-buku keten-teraan Arab pada abad ke-13 dan ke-14.
[6] Antara pemain Salib semasa kempen Salib ketujuh. Menjadi pencetus Pertem-puran St Sabas selepas membantu ten-tera Genoa menghalau angkatan Venice keluar dari Tyre pada 1256. Cuba mendapatkan bantuan Eropah melawan Baibars kerana faktor usia, kepimpinannya yang bertenaga dan sedar tanpa bantuan Eropah, angkatan Salib akan tumbang.
RUJUKAN:
DHWTY. (2014). Masyaf Castle, the Seat of the Assassins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih