Malam 13 Jun 2025, serangan udara dilancarkan ke atas Tehran. Langit Iran diterangi ledakan bom, menyasarkan loji Natanz dan fasiliti strategik lain.
Serangan ini dikesan datang dari Isr**l. Dunia tergamam. Bunyi letupan bergema di kawasan sensitif termasuk pusat pengayaan uranium.
Pentagon keluarkan kenyataan ringkas. Katanya Isr**l bertindak sendirian. AS hanya pantau dari jauh dan fokus lindungi tenteranya di rantau itu.
Ramai pakar geopolitik tak terima alasan itu. Kawasan udara dikawal radar canggih milik AS, termasuk di Iraq, Jordan dan Qatar.
Mustahil Isr**l boleh rempuh masuk tanpa izin tersirat. Serangan tepat, menyasar individu penting. Bukan kerja sebarangan.
Antara yang terkorban, komander IRGC Hossein Salami. Bersama beliau, dua saintis nuklear kanan Iran, termasuk Tehranchi dan Abbasi.
Ini satu kehilangan besar bagi Teheran. Dari sudut pertahanan hingga teknologi nuklear, mereka antara otak utama.
Trump, dalam kenyataan peribadi, beri isyarat jelas. Katanya Iran gagal guna peluang diplomatik. Jadi, sekarang terimalah akibat.
Ayat terakhirnya: “Just do it, before it is too late.” Ia tidak langsung kedengaran seperti kata-kata damai. Trump dan AS, siapa tak kenal, kan?
Beberapa jam selepas itu, media utama seperti Axios sahkan Isr**l diberi lampu hijau untuk teruskan serangan.
Laluan udara Isr**l ke Iran bukan mudah. Tapi jika mereka masuk melalui Jordan, Syria, Iraq, ia membuktikan satu perkara: kerjasama senyap As-Is**l sedang berlaku.
Iran ketika itu dilihat pasif. Ramai kecewa, menganggap Iran hanya kuat dari segi retorik. Tapi rupanya, diam mereka bersifat strategik.
Teheran mulakan serangan balas berskala penuh. Diberi nama “True Promise III”, ia melibatkan lebih 150 misil balistik dan ratusan dron.
Sasaran mereka jelas. T** A**v, Haifa dan wilayah strategik lain. Siren amaran bergema di seluruh negara.
Sistem pertahanan udara Isr**l mula aktif. Iron Dome, David’s Sling dan Arrow digunakan serentak untuk memintas ancaman dari langit.
Namun serangan kali ini luar jangka. Beberapa misil menembusi benteng pertahanan dan sampai ke kawasan awam.
Sekurang-kurangnya 34 cedera dan satu kematian direkod. Hospital di T** A**v sesak. Kecederaan dari serpihan, trauma dan gegaran letupan.
Kerosakan infrastruktur mula kelihatan. Lapangan terbang, loji kuasa dan kompleks perumahan rosak teruk. Malam itu Isr**l rasa langit yang mereka musnahkan di luar, kini menyala di atas kepala sendiri.
Iran kali ini guna senjata canggih. Misil Khorramshahr bawa peledak hampir dua tan, dengan jangkauan 2,000 kilometer.
Qassem Bassir pula misil berkelajuan Mach 12, dengan sistem panduan optik. Ia terbang terlalu laju untuk sistem radar bertindak.
Malah Iran dedah penggunaan Fattah-1, misil hipersonik kelajuan Mach 15. Ini bukan sekadar cepat, tapi boleh berubah arah di udara.
Arrow dan David’s Sling belum pernah diuji terhadap senjata seperti ini. Dalam erti kata lain, Isr**l tak ada pelindung sempurna.
Amerika mula gelabah. Pentagon sahkan dua kapal pemusnah dipindahkan ke Mediterranean timur. Lengkap dengan peluru pemintas dan radar canggih.
Mereka beri alasan ia untuk lindungi aset As. Tapi semua tahu kehadiran kapal perang itu beri sokongan langsung kepada Isr**l.
Sistem Patriot dan THAAD mula bergerak aktif di sekitar Teluk dan Jordan. Jet pejuang As berkeliaran di udara, sedia digerakkan.
Maka persoalan pun timbul. Adakah ini petanda Perang Dunia Ketiga? Belum lagi. Tapi garis merah sudah dilanggar. Rusia dan China mula perhati dengan teliti.
Setakat ini, mereka kekal pasif. Tapi jika loji nuklear Iran dihentam lagi, atau pangkalan mereka terkena serangan, mereka mungkin bertindak.
Iran belum ada senjata nuklear secara rasmi. Tapi mereka semakin dekat. Tahap pengayaan uranium dah melepasi 60%.
Jika capai 90%, satu senjata boleh dibina dalam beberapa bulan. Dunia Barat tahu ini. Sebab itu tekanan ke atas Iran makin kuat.
Isr**l pula senyap-senyap miliki senjata nuklear. Mereka tak pernah akui secara rasmi. Tapi semua tahu mereka simpan kad kuasa itu.
Iran tak mahu berdiam diri. Mereka serang balas bukan sekadar reaksi, tapi juga mesej. “Kami bersedia lawan jika diceroboh!”
Dan jika mereka putuskan keluar dari NPT, maka tidak ada lagi pengawasan antarabangsa. Dunia akan lihat perlumbaan senjata terbuka.
Apa yang berlaku hari ini bukan cuma konflik dua negara. Ia adalah pertarungan masa depan antara kuasa serantau.
Isr**l cuba kekal sebagai dominan tunggal. Tapi Iran tak mahu tunduk. Mereka tunjuk bahawa kuasa teknologi dan keberanian boleh lawan monopoli.
Ekonomi dunia pula terheret sama. Selat Hormuz mula dielak kapal tangki. Harga minyak global naik mendadak.
Malaysia mungkin antara yang terkesan. Harga petrol mungkin akan naik. Rantaian bekalan terganggu dan pastilah pelabur gelisah tak senang duduk.
Tapi anehnya, media barat terus angkat naratif Is**l. Iran digambarkan sebagai ancaman. Isr**l dipuji kerana ‘bertahan’.
Padahal serangan dimulakan oleh Isr**l. Dan Iran sekadar bertindak balas ke atas pembunuhan ketua dan saintis mereka.
Dalam dunia hari ini, siapa ada kuasa, dia kawal cerita. Siapa lemah, jadi bahan propaganda.
Diharapa, negara kita, Malaysia jangan terus jadi penonton. Kita perlu kuasai teknologi. Kita perlu bina sistem pertahanan sendiri.
Supaya bila dunia bergolak, kita tidak jadi “kuli” dalam permainan kuasa besar. Tapi jadi negara yang dihormati. Kita sendiri pernah dijajah dan harta dijarah.
Begitulah. Dunia terbakar lagi. Setiap misil yang dilepaskan, setiap nyawa yang hilang, bukti nyata manusia masih dikawal amarah dan kerakusan.
Ada tangan di belakang yang rancang semua ini. Ada agenda yang mahu kuasa kekal di satu pihak sahaja.
Ibrah terbesar, api kecil yang dibiar, akhirnya membakar seluruh peradaban. Dan mereka yang diam, akan hanyut dalam abu sejarah.
Maka, jangan leka. Jangan biar kita dibentuk oleh cerita yang ditulis oleh tangan-tangan zalim. Kerana siapa yang gagal faham sejarah, akan dipaksa ulang kesilapan yang sama.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ilmu, inspirasi, makna, ketepatan, dan keindahan.

Comments are closed.