Kekalahan teruk pada tangan Israel memang menya.kitkan untuk Gamal Abdel Nasser. Awalnya stesen radio Arab memainkan propaganda yang Israel semakin tewas (Aburish, 2004). Namun pada 9 Jun 1967, Nasser muncul di hadapan media televisyen untuk mengumumkan kekalahan Mesir.

Di pentas sama, beliau meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Zakaria Mohieddin yang terperanjat habis kerana tidak sangka. Daripada ucapan peletakan jawatan inilah perkataan “an-Naksa” diabadikan: Mesir kehilangan segalanya.

Walaupun kalah, rakyat Mesir seolah-olah memaafkan Nasser. Ratusan ribu dalam kalangan mereka membanjiri jalanan sebagai tanda sokongan (kepada Nasser) dan bantahan terhadap peletakan jawatan ini (Kandil, 2012).

Angkatan Mesir tidak mampu menandingi Israel kerana terlalu berbirokrasi. Pangkat anggota dinaikkan berdasarkan kesetiaan (kepada kerajaan), bukannya bakat atau pengalaman. Angkatan ini juga takut untuk berkata benar pada Nasser.

Tanpa senj.ata moden, mereka tidak mampu berlaw.an dengan baik. Nasser menerima Resolusi PBB 242 yang menggesa Israel keluar daripada wilayah diperolehi daripada per.ang… kerana Nasser kemudian meminta Yasser Arafat supaya menubuhkan sebuah negara Palestin bersebelahan dengan Israel melalui jalan perdamaian.

Secara tidak langsung, Nasser telah menyerahkan amanah “masalah Palestin” kepada Arafat.

Dan beliau meninggal dunia selepas menyatukan Arafat dengan Raja Hussein, di samping isterina Tahia. Kalau dalam bab politik, Nasser masih muda: 52 tahun, cuma dengan sejarah arteriosc.lerosis (salur dar.ah tersum.bat), ur.at bersimpul dan kencing manis.

Hussein dan Arafat menangis di khalayak ramai. Muammar Gaddafi pula pengsan dua kali kerana terlalu sedih (Burleigh, 2013).

Muammar Gaddafi sedang menangis.

Dan Mesir mendapat pemerintah baru, iaitu Anwar Sadat.

Sebelum Ramadan 1973

Anwar Sadat mempunyai pemikiran yang pragmatis. Dunia Arab masih belum cukup bersatu, mahupun berpadu untuk menghalau Israel keluar. Jadi beliau mengisytiharkan niat untuk mengiktiraf Israel… asalkan Israel keluar daripada wilayah diambil 1967 (Podeh, 2015).

Setelah mengetahui yang Sadat minta Israel kembalikan Semenanjung Sinai, Gaza dan Tebing Barat, Golda Meir terus naik berang. Sementara itu, Hafez al-Assad memasang niat untuk mengembalikan Pergunungan Golan ke pangkuan Syria.

Jadi pada masa ini, hanya al-Assad saja yang benar-benar mahu berper.ang. Sadat pula ingin berper.ang (kerana Meir tidak menerima syarat) kerana Mesir masih malu.

Sepanjang pemerintahan, Sadat membeli aset keten.teraan baru (kebanyakannya daripada Kesatuan Soviet yang kini mempengaruhi doktrin per.ang Mesir).

Berkali-kali angkatan Arab menjalankan latihan besar-besaran, yang membuatkan pihak Israel tidak senang. Sadat memastikan rancangan per.angnya diketahui hanya kumpulan kecil dalam kalangan pembesar ten.tera. Bermakna anggota bawahan hanya akan tahu beberapa jam sebelum per.ang bermula.

Unit perisikan Israel (dipanggil Aman) pasti yang Syria takkan berper.ang tanpa Mesir. Pihak Aman mendapat banyak maklumat tentang mµsµh daripada seorang anggota Mossad berbangsa Arab di Mesir bernama Ashraf Marwan… menantu Gamal Abdel Nasser sendiri. Marwan mendedahkan habis: Sadat sedang tunggu MiG-23 untuk ambil balik Sinai.

Maklumat ini digunakan pihak Aman sebaik-baiknya. Mereka tahu yang Mesir mesti ambil masa hingga Disember 1972 untuk mahir dalam mengendalikan MiG-23. Jadi Israel mempunyai masa beberapa bulan.

Kemudian Marwan memberitahu bahawa Mesir ada masalah kekurangan alat gantian (spare part). Pada masa itu, ketua Aman iaitu Eli Zeira yakin… Mesir belum bersedia. Tanpa Mesir, tiada Syria. Cuma Israel agak hairan.

Jeneral Ariel Sharon perasan angkatan Mesir terlalu rapat dengan Terusan Suez. Beliau memberitahu jeneral bawahan untuk bersiap siaga (kerana Israel masih menguasai Sinai). Tanpa pengetahuan Meir, Zeira dan Sharon, maklumat Marwan sebenarnya datang daripada Sadat sendiri.

Persediaan Israel

Tangan Golda Meir sangat terikat. Beliau tidak dapat menggunakan doktrin yang ditinggal Levi Eshkol, walaupun dengan cadangan daripada Jeneral David Elazar. Mereka bertemu pada 8:05 pagi, yang mana Elazar mahu menyer.ang Syria pada pukul 12:00pm, 3:00pm dan 5:00pm secara pra-emptif.

Tetapi pentadbiran Meir teringat amar.an White House: “jangan berani mulakan per.ang di Timur Tengah” (Pressman, 2012). Tambah pada hari itu (6 Oktober), Israel menyambut perayaan Yom Kippur yang paling suci dalam akidah Judaisme.

Henry Kissinger meminta bantuan Kesatuan Soviet untuk menenangkan keadaan melalui pengaruh Moscow di Timur Tengah. Pada masa ini, Meir boleh mengabaikan arahan Richard Nixon.

Walau bagaimanapun, pengaruh Amerika Syarikat amat diperlukan. Kerana banyak negara membangun dan maju berkawan dengan Amerika Syarikat. Semua negara ini bergantung pada minyak OPEC.

Jika mereka terpaksa menyokong Israel, tentu OPEC akan mencetuskan masalah politik dengan menyek.at bekalan minyak. Ini akan memberi teka.nan kepada semua pihak. Jadi Meir membuat keputusan: jangan ser.ang dulu (Quandt, 2005).Tetapi Meir memberi arahan kepada Elazar, supaya bersedia dengan semua unit udara dan empat divisyen berperisai. Pada hari suci yang Judaisme tuntut taubat, Meir dan Elazar perlu menguruskan 100,000 hingga 120,000 anggota. Kerana semboyan berbunyi pada hari itu.

Dua Untuk Satu

Anwar Sadat memulakan per.ang dengan Operasi Badar yang Mesir kehilangan 20 kereta kebal dalam masa dua hari. Walau bagaimanapun, Jeneral Ahmad Ismail Ali berjaya mengha.ncµrkan 400 kereta kebal Israel.

Anwar Sadat.

Seperti yang diketahui, Syria masuk melalui Pergunungan Golan apabila Mesir mula menyer.ang. Apabila barisan Israel di Sinai sudah jatuh, Mesir tidak langsung terhalang. Ia merupakan satu peper.angan dua negara untuk satu… untuk diri sendiri, bukannya Palestin pun.

Pada 13 Oktober 1973, Mesir berjaya membµnµh Mejar Jeneral Avraham Mandler di Sinai.

Namun Mesir tewas dalam pertemp.µran itu, kehilangan sekurang-kurangnya 200 kereta kebal. Ini kerana Mesir telah melangkaui garisan pertahanan sendiri. Sehari kemudian, Israel menghantar 160 F-4 Phantom II ke Mesir… mungkin untuk menggunakan taktik Eshkol.

Namun Jeneral Hosni Mubarak sudah bersedia, dengan 62 MiG-21 yang menum.bangkan 17 buah jet F-4 hingga Israel berundur.

Per.ang mula berpihak kepada Israel dalam beberapa operasi kemudian, meskipun mereka menanggung kerugian besar. Tetapi di Suez, tempat paling penting, pihak Avraham Adan tewas pada tangan Yusuf Afifi.

Pihak Antarabangsa Pening

Henry Kissinger menggunakan semua proksinya untuk menghentikan peper.angan ini. Walaupun PBB meluluskan perintah gencatan sen.jata, ketiga-tiga pihak masih berapi untuk sambung. Ten.tera Ketiga Mesir pula terper.angkap di Sinai, memberi peluang untuk dieksp.loitasi Kissinger. Beliau menghubungi Golda Meir: “walau apa cara sekalipun, jangan buat apa-apa pada ten.tera ini.” (Smith, 2018) Kerana Kissinger tahu, Anwar Sadat akan menghubungi Amerika Syarikat untuk menyelamatkan unit ini.

Sebelum peper.angan berakhir, Israel berada 101 kilometer daripada Kaherah sambil memegang Terusan Suez sekurang-kurangnya sebanyak 1,600 kilometer persegi. Ten.tera Ketiga yang masih kuat berada dalam zon dike.pµng Israel.

Namun angkatan Mesir mash terurus, dan tidak menyerah begitu saja. Walaupun nampak gaya macam Mesir akan kalah, sebenarnya tidak: Israel mempunyai jumlah anggota begitu ramai yang tiada tempat teduh. Israel sendiri tidak dapat menghantar bekalan bagi menampung keperluan mereka. Kemudian, kalau jumlah ini mara ke depan, mereka akan keluar daripada garisan pertahanan dan masuk dalam zon operasi Mesir.

Bermakna kalau kalah, sempadan Israel (tanpa Sinai) akan terdedah. Namun kalau menang, Israel akan mengambil Kaherah… sekali gus menjatuhkan kepimpinan Anwar Sadat (Stein, 2002).

Sementara itu, angkatan Syria sudah berundur kerana asa.kan Israel yang bertubi-tubi. Pada masa Israel berada 100+ kilometer daripada Kaherah, mereka sudah mara ke arah Damsyik. Kerana Golda Meir bersedia untuk kehilangan Sinai. Tetapi kehilangan Sinai tanpa dapat apa-apa di utara adalah satu kekalahan bagi Israel.

Sementara itu, Raja Hussein menyampaikan pesanan kepada Israel melalui Amerika Syarikat. Baginda terpaksa berper.ang bagi pihak Arab. Israel pula enggan membuka medan baru (untuk ser.ang Jordan).

Kepimpinan Meir berjaya mendapatkan bantuan daripada Richard Nixon. Dan pada 25 Oktober 1973, peper.angan ini tamat. Beberapa tahun kemudian, Anwar Sadat menerima nasib Raja Hussein: menjadi pemimpin buangan dalam Liga Arab… kerana beliau bersetuju dengan Camp David Accords yang memulakan hubungan diplomatik dengan Israel.

Bagi Israel, Per.ang Yom Kippur merupakan kemenangan diplomasi. Bagi Mesir, ia merupakan kemenangan politik kerana mereka mendapat Semenanjung Sinai. Bagi Sadat secara peribadi, ia merupakan kekalahan besar… kerana beliau dibµnµh pada 6 Oktober 1981.

RUJUKAN:

Aburish, S.K. (2004). Nasser, the Last Arab. St Martin’s Press. Halaman 262.

Burleigh, M. (2013). Small (ditapiskan), Far Away Places: The Genesis of the Modern World 1945-65. PanMacMillan. Halaman 511.

Kandil, H. (2012). (ditapiskan), Spies and Statesmen: Egypt’s Road to Revolt. Verso Books. Halaman 84.

Podeh, E. (2015). Chances for Peace: Missed Opportunities in the Arab-Israeli (ditapiskaN). The University of Texas Press. Halaman 104-105.

Pressman, J. (2012). (ditapiskan) Friends: Alliance Restraint in International Politics. Cornell University Press.

Quandt, W. (2005). Peace Process: American Diplomacy and the Arab-Israeli (ditapiskan) since 1967. University of California Press. Halaman 104-105.

Smith, J.D.D. (2018). Stopping (ditapiskan): Defining the Obstacles to Ceasefire. Routledge. Halaman 41.

Stein, K. (2002). Heroic Diplomacy: Sadat, Kissinger, Begin, and the Quest for Arab-Israeli Peace. Psychology Press. Halaman 87.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.