Semua parti politik dalam negara sebenarnya terkesan selepas melihat apa yang berlaku dalam tempoh tiga tahun ini. Sebuah kerajaan bertambah kuat kerana budaya lompat parti. Kerajaan sama tumbang terburai angkara lompat parti juga. Itulah manis dan pahit demokrasi perwakilan. Tidak bersetuju dengan ketua kerajaan (Perdana Menteri) saja, mesti tarik balik sokongan; mimpi sajalah “tidak bersetuju” adalah demi rakyat. Selalu mesti untuk jaga tembolok sendiri.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Jadi untuk mengelak kecelakaan menimpa semula, ada parti sedang melolong untuk wujudkan rang undang-undang (RUU) khas. Jujur cakap, RUU ini tidak mendatangkan banyak manfaat pun. Kerana Israel juga ada RUU anti lompat parti. Dan kerajaan Israel baru tumbang buat kali keempat dalam masa empat tahun.

Main Kotor

Orang sini sembang lebat katanya Israel bersatu padu. Tetapi cuba tengok balik macam mana kerajaan mereka ditubuhkan. Sejak merdeka pada tahun 1948, Israel tidak pernah mempunyai sebuah kerajaan majoriti. Setiap masa mesti kena jalinkan pakatan dengan parti lain untuk menubuhkan kerajaan minoriti. Pelan menjadi sampailah tahun 1990, apabila parti dalam kerajaan minoriti mula membuat kerja gila.

Pada tahun 1988, Israel mengadakan pilihan raya. Parti Likud mendapat majoriti iaitu 40 kerusi, diketuai Yitzhak Shamir. Di belakang adalah Ma’arakh dengan 39 kerusi dibawah Shimon Peres. Mereka hanya perlu 61 buah kerusi saja. Parti-parti lain tidak mahu bergabung. Jadi Shamir dan Peres bersetuju untuk buat “kerajaan perpaduan”: Shamir jadi Perdana Menteri; Peres jadi Menteri Kewangan.

Shamir (kanan); Peres (kiri)

Masalahnya Peres buat wayang di belakang Shamir, sebaik sahaja Amerika Syarikat masuk line. Kerajaan George H.W. Bush bising minta Israel selesaikan isu pengusiran rakyat Palestin. Peres tahu ini isu panas. Jadi beliau pun bising minta Shamir terima cadangan Amerika Syarikat. Kalau enggan, Peres akan membawa Ma’arakh keluar.

Dan itu yang Peres buat: usulkan undi tidak percaya dan dapatkan mandat presiden untuk bentuk kerajaan. Kini di tempat Shamir, barulah Peres sedar kerjanya susah. Ada parti tidak mahu bekerjasama dengan “pemakan babi dan arnab”. Jadi mandat presiden dipulangkan kepada Shamir yang berjaya membentuk kerajaan. Sejak hari itu, tindakan Peres dipanggil “main kotor”. Jadi sebagai langkah untuk ‘menyucikan mandat rakyat’, semua parti politik sebulat suara wujudkan RUU anti lompat parti (Nikolenyi, 2018).

Main Kotor Tetapi Bersih

Sejak tahun 2009, kerajaan Israel berada dalam tangan Benjamin Netanyahu. Beliau pandai bermain politik sampai semua parti akur dan ikut cakap. Tetapi apabila nama beliau terpalit dengan dua kes pecah amanah, integritinya habis terjejas (Hovel, 2017). Tiada parti politik mahu kerjasama dengan partinya sampai kena buat pilihan raya berkali-kali. Punya cuba elak, tetapi itu saja jalannya. Selepas empat kali berpilihan raya, parti-parti anti-Netanyahu mencapai kata sepakat: biar Naftali Bennett (Yamina) pimpin Israel selama 18 bulan, sebelum diganti Yair Lapid (Yesh Atid).

Yair Lapid (kanan); Naftali Bennett (kiri).

Namun kerajaan ini tidak bertahan lama, terlungkup sekali lagi kerana Bennett gagal menangani segala rencana pembangkang (usaha Netanyahu) yang sering mengugut undi tidak percaya (McKernan, 2022). Nampak tak? Buat RUU untuk haling apa Peres buat. Tetapi Netanyahu atur strategi sama macam Peres jua. Jadi apa guna buat RUU?

Soalan ini kena ditanya pada ahli politik yang inginkan RUU anti lompat parti. Sejauh manakah keberkesanannya? Kalau ahli politik tidak dibenarkan tukar khemah, apa yang akan halang mereka daripada a) undi tak percaya atau b) tidak sokong belanjawan (bajet) kerajaan setiap tahun?

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

Hovel, R. (2017, Ogos 4). Former Netanyahu Aide Ari Harow Reaches Deal To Become State’s Witness. Haaretz.

McKernan, B. (2022, Jun 29). Israel braces for fifth election in less than four years. The Guardian.

Nikolenyi, C. (2018). Keeping Parties Together? The Evolution of Israel’s Anti-Defection Law. Polish Political Science Yearbook. 47 (2): 188-200.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply