Pada 8 Disember lepas, Britain merupakan negara pertama meluluskan vaksin Covid-19 yang dihasilkan Pfizer/BioNTech untuk kegunaan populasinya. 12 hari selepas itu, giliran Israel pula mengumumkan perkara sama. Tetapi satu perkara yang tidak disangka Boris Johnson ialah gerakan pemvaksinan Israel dilihat lebih pantas berbanding negara-negara lain.

Sejak melaksanakan pemvaksinan pada 20 Disember lepas, rejim pimpinan Benjamin Netanyahu itu sudah berjaya memvaksin 5.7% populasinya. Ini termasuk 25% populasinya yang berusia 60 tahun ke atas. Jika dibandingkan dengan Britain, London hanya berupaya memvaksin 1.2% populasinya ketika ini.

Jadi, bagaimana Israel berupaya memvaksin rakyatnya pada kadar yang pantas? Jawapannya mudah saja menurut Profesor Allon Moses dari Pertubuhan Perubatan Hadassah: Israel melayan Covid-19 seperti berada di medan pepe-rangan sebenar. Tambah beliau lagi, semua pihak bermuafakat bagi memastikan vaksin sampai kepada golongan yang memerlukan.

Untuk peringkat awal, lapan juta vaksin sudah ditempah dengan Pfizer/BioNTech untuk memvaksin hampir separuh daripada 9.25 juta rakyatnya. Mengikut laporan Jerusalem Post, 3.2 juta dos sudah diterima dengan 600,000 lagi dijangka diterima minggu ini. Manakala baki dos dijangka tiba pada akhir Mac 2021.

Usaha pemvaksinan dimulakan dengan Netanyahu sebagai penerima pertama vaksin Covid-19 Israel. Pada minggu lepas, beliau turut mensasarkan sekurang-kurang 150,000 orang menerima vaksin sehari dalam tempoh seminggu dan dua juta warga Israel menjelang akhir Januari ini. Ketika ini, sasaran tersebut telah tercapai dengan 500,000 orang sudah menerimanya.

Menurut Profesor Moses, pada peringkat awal, vaksin diberi terlebih dahulu kepada petugas barisan hadapan, warga emas berusia 60 tahun ke atas dan golongan berisiko yang ditentukan oleh faktor umur, kesihatan atau pekerjaan. Kini, ia diberi kepada guru-guru selepas kerajaan memutuskan untuk menyambung semula sesi persekolahan.

Kepantasan rejim memvaksin warganya turut dibantu oleh inisiatif pendigitalan sektor kesihatan mereka. Semua warga Israel berusia 18 tahun ke atas mesti mempunyai satu daripada empat pelan insurans kesihatan bukan berasaskan keuntungan iaitu Pertubuhan Penjagaan Kesihatan (HMO). Apabila vaksin sudah tersedia, pesanan suara dan teks akan dihantar kepada individu terpilih untuk menghadiri sesi pemvaksinan yang dijadualkan.

Satu lagi ganjaran menanti mana-mana warga rejim yang bersedia mengambil vaksin ialah pasport hijau. Sesiapa yang sudah mengambil dua dos vaksin layak mendapat pasport ini yang membolehkan mereka mengembara ke luar negara tanpa perlu menjalani ujian saringan PCR. Selain itu, mereka juga dikecualikan daripada beberapa bentuk kuarantin mandatori dan diberi akses khas ke acara kebudayaan dan restoran-restoran sebaik saja PKP yang dilaksanakan ketika ini ditarik balik.

Tambah Profesor Moses lagi, inisiatif pasport hijau mengubah terus persepsi orang ramai yang ragu-ragu mendapatkan vaksin. Ini berdasarkan laporan ramai individu yang tidak layak dari segi syarat mendapatkan vaksin berkumpul di beberapa pusat vaksin dengan harapan mendapat suntikan vaksin pada akhir sesi pemvaksinan.

Pada awalnya, beberapa lokasi pusat pemvaksinan besar dibuka di beberapa lokasi strategik. Tetapi selepas mendapat sambutan bagus dalam kalangan orang ramai, rejim mula membuka beberapa pusat pemvaksinan di kawasan petempatan penting dengan harapan semua orang mendapat vaksin. Ketika ini, terdapat 250 pusat pemvaksinan beroperasi di seluruh negara.

Dan bagi memastikan kempen vaksin Israel berjalan lancar, rejim melancarkan kempen per-ang saraf terhadap kelompok anti-vaksin. Pakar-pakar perubatan profesional dijemput berbicara di televisyen dan memberi jaminan vaksin yang disediakan selamat. Atas permintaan Kementerian Keadilan rejim, Facebook turut menutup empat halaman kumpulan anti-vaksin yang cuba memperlekeh keberkesanan vaksin Covid-19.

Walaupun ramai berharap dengan vaksin Covid-19, ia dapat mengurangkan bilangan kes jangkitan dan kematian, Prof Moses melihat perkara sebegini mengambil masa. Tetapi sekurang-kurangnya vaksin dapat melindungi golongan berisiko termasuk warga emas dan merendahkan tahap jangkitan kepada kecil dan sederhana daripada mengan-cam nyawa.

Di sebalik usaha pemvaksinan yang sedang berjalan, Israel melaksanakan PKP buat kali ketiga selepas kes meningkat kepada 5,000 kes sehari. Kes tersebut merupakan kes yang tertinggi direkodkan dalam tempoh tiga bulan. Dan masih ramai warga rejim yang naik minyak dengan kegagalan kerajaan mengendalikan gelombang kedua Covid-19 termasuk membuka sektor ekonominya terlebih awal pada musim panas lepas.

Dan terbaru, kerajaan campuran yang dipimpin Netanyahu dengan sokongan Benny Gantz runtuh apabila ia gagal memenuhi tarikh akhir pembentangan belanjawan Israel. Ini memaksa pilihan raya umum perlu diadakan untuk kali keempat dalam tempoh dua tahun.

Usaha pemvaksinan Israel meliputi semua warganya yang berusia 16 tahun ke atas kecuali jutaan warga Palestin yang menetap di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Ketika ini, pihak berkuasa Palestin (PA) berharap dapat mendapat akses vaksin Covid-19 melalui kerjasama WHO dengan Covax.

RUJUKAN:

Cheeseman, A. (2020). The world’s fastest Covid inoculation drive: Israel vaccinates half a million in nine days. The Telegraph.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.