Dulu dunia pernah terkena musibah pandemik yang mencelakakan. Penularan Influenza menggugat kesejahteraan dunia ini, pada ketika semua negara besar seperti Amerika Syarikat dan Eropah sudah penat dengan Perang Dunia Pertama. Namun sains berjaya menewaskan pandemik ini.
Dan generasi-generasi seterusnya menumpang nikmati perubatan yang luar biasa. Influenza sudah tidak lagi mengancam orang ramai seperti 1918 dulu. Virus ini hanya menular secara endemik sahaja. Semua kerana pencegahan melalui vaksin dan ubat yang merawat.
Dunia sekarang ini meniti laluan yang sama. Cuma bukan Influenza yang menggugat kesejahteraan dunia. Kali ini ia adalah COVID-19, yang menundukkan sektor kesihatan berdaya maju. Penantian vaksin sudah lama berakhir.
Sekarang cuma tunggu bekalan sampai saja. Hampir 20 juta rakyat Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Cuma teknologi perubatan masih belum mengeluarkan ubat antiviral sepertimana amantadine dan rimantadine dulu mengembirikan Influenza.
Semua pemain industri bioteknologi sekarang sedang berhempas pulas. Dan barangkali sebuah syarikat terkemuka di Israel semakin hampir mengeluarkan ubat tersebut.
Bukan Ubat Ivermectin
Pusat Perubatan Sourasky berpusat di Tel Aviv yang senang cakap merupakan sebuah medan teknologi sangat besar. Institusi ini tidak pernah berasa selesa dengan keadaan semasa. Apa yang tidak berkesan dicuba habis untuk bagi berkesan.
Apa yang sudahpun berkesan ditambah baik pula. Kedua-dua perkara ini dibuat melalui program penyelidikan, tanpa segan silu dengan perbelanjaan tinggi semata-mata untuk menjaminkan masa depan perubatan.
Mungkin inilah masa sesuai untuk membincangkan tentang proses penyelidikan sesuatu ubat. Ia jauh lagi rumit untuk dibandingkan dengan falasi-falasi konspirasi kononnya “mereka cipta penyakit; mereka jual ubat”. Itu adalah penipuan yang mengarut. Sebenarnya proses pengeluaran sesuatu ubat adalah sama seperti vaksin: kena melalui ujian tiga fasa.
Sourasky sudah melaksanakan fasa pertama. 30 pesakit COVID-19 diberi sampel ubat. Dan 29 orang pulih dalam masa beberapa hari. Namun penyelidikan Sourasky tergendala buat sementara waktu.
Kerana program imunisasi Israel berjalan dengan begitu lancar sampai mereka tiada langsung pesakit serius.
Maka mereka terpaksa membuat perjanjian dengan sebuah rangkaian hospital di Greece (Harkov, 2021) untuk fasa kedua dengan 90 orang pesakit serius.
Mengejutnya, dapatan fasa kedua sangat konsisten dengan fasa pertama. Apabila sebuah kajian perubatan didapati konsisten, ini bermakna bahan rawatan itu terbukti berkesan… bukannya secara kebetulan.
Dalam fasa pertama, 29 orang pulih. Dalam fasa kedua pula, 83 orang pulih dengan begitu cepat (Tercatin, 2021).
Kalau mereka berpuas hati dengan fasa kedua, barulah mula fasa ketiga yang akan menggunakan sampel sangat ramai untuk menguji keselamatan pula. Ini adalah proses pengeluaran ubat yang penunggang konspirasi takkan faham.
Tidak mungkin orang boleh buat sesuatu ubat sambil menciptakan penyakit. Prosesnya panjang lagi rumit dan mustahil untuk dilaksanakan serentak.
Sedikit Risiko Dengan Ubat Antiviral Ini
Ubat Sourasky ini bukanlah ajaib seperti dicanang. Ada juga kelemahannya. Ubat ini hanya boleh guna dalam tempoh yang singkat. Dalam fasa pertama, seorang pesakit didapati bertambah buruk dalam masa lima hingga 12 hari.
Kerana sistem imunisasi terlalu aktif. Senang cakap, angin sepoi-sepoi bahasa memang sedap. Tetapi kalau ribut taufan, semua melayang.
Taufan ubat Sourasky seperti boleh dibayangkan menyerang sel sihat. Walaupun tidak menjejaskan sistem imunisasi, mereka masih ada kelompangan yang perlu dibaiki. Itulah kegunaan ujian klinikal, yang mungkin akan selesai pada Disember 2021.
Mungkin ada yang tertanya-tanya – kalau vaksin bagus, apa gunanya buat ubat? Jujurnya, sangat berguna. Kerana bukan semua negara ada vaksin COVID-19. Malaysia adalah negara yang kaya. Jadi giliran Malaysia lebih cepat untuk dibandingkan dengan ceruk-ceruk pedalaman seperti negara-negara Afrika.
Mereka pun manusia.
Dan mereka boleh terkena COVID-19. Lebih baik terkena dalam keadaan boleh dirawat, bukan sekadar dicegah.
RUJUKAN:
Harkov, L. (2021, Februari 8). Coronavirus: Greece to test Israeli ‘miracle drug’. The Jerusalem Post.
Tercatin, R. (2021, Ogos 5). COVID: 90% of patients treated with new Israeli drug discharged in 5 days. Jerusalem Post.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih