Di sebalik keghairahan mengenai hubungan diplomatik bersama negara-negara Arab, Israel sebenarnya berdepan dengan masalah jauh lebih besar.

Krisis politik negara tersebut baru saja selesai, itupun angkara penularan koronavirus. Jika tidak, pihak pembangkang Israel tiada masalah untuk membubarkan lagi kerajaan Israel.

Untuk pengetahuan semua, Benjamin Netanyahu berdepan dengan dakwaan penyelewengan. Dakwaan ini menyebabkan tiada parti ingin bekerjasama dengan Likud.

Jadi pada 9 April 2019, Likud hanya mendapat 35 kerusi sahaja (perlu 61 kerusi untuk membentuk kerajaan). 11 bulan kemudian, selepas dua pilihan raya, akhirnya kebuntuan Israel dipecahkan.

Netanyahu dibenarkan menjadi Perdana Menteri, tetapi dalam masa dua tahun perlu berundur untuk PM Tepi Benny Gantz. Israel menunjukkan masalah apabila sebuah negara ada dua perdana menteri (pengaruh Gantz kuat juga).

Benny Gantz dijangka mengambil alih kerajaan pada 17 November 2021.

Asalnya Netanyahu ingin merampas Tebing Barat daripada Palestin. Tetapi Gantz berpendapat lebih baik pulihkan negara dulu, kerana COVID-19 menyebabkan terlalu banyak pengangguran (Somfalvi & Azulay, 2020).

Pendapat Gantz sebenarnya betul: memang cerita gila sebab 155,604 kes positif (39,479 masih lagi aktif) di Israel. Sejuta rakyat pula telah dibuang kerja, akibat penutupan ekonomi demikian hari.

Cari Pasal Sendiri

Benjamin Netanyahu mengisytiharkan perintah darurat pada 19 Mac 2020. Ketika itu, angka positif Israel melonjak begitu mendadak. Dua bulan kemudian Israel menamatkan perintah berkurung ini. Berkali-kali kerajaan dikecam, kerana terlalu cepat.

Hari ini nampaknya Netanyahu telah buat kesalahan besar. Keadaan sudah di luar kawalan: dalam masa seminggu, Israel mencatatkan hampir 18,000 kes baru. Jadi kerajaan tiada pilihan lain. Kena buat perintah berkurung sekali lagi.

Bermula 17 September (TOI, 2020):

  1. Hotel, pusat beli belah, restoran dan sekolah dikehendaki tutup.
  2. Status rumah ibadat masih lagi dibincangkan
  3. Setiap tempat dihadkan 10 hingga 20 orang saja (dalam rumah dan luar rumah).
  4. Rakyat dibenarkan keluar hanya dalam 500 meter dari rumah.
  5. Hanya atas tujuan makanan dan ubat sahaja boleh lebih 500 meter.

Netanyahu mengakui ini memang “harga mahal” yang perlu dibayar negara. Perlu diingatkan bahawa Netanyahu menutup ekonomi sehari sebelum sebelum Tahun Baru Judaisme iaitu Rosh Hashanah.

Mungkin kerajaan takut perayaan tersebut boleh menyebabkan kluster baru. Netanyahu berpendapat bahawa kerajaan tidak bersalah dalam hal ini.

Tetapi rakyat sudah mula bersuara, siap cuba menghalang Netanyahu keluar negara lagi (untuk menandatangani perjanjian bersama Bahrain).

Sudah 12 minggu rakyat membuat bantahan, dengan himpunan seramai 10,000 hingga 25,000 orang. Mereka tidak berpuas hati dengan kes penyelewengan dan pengurusan kerajaan dalam menghadapi koronavirus (Al-Jazeera, 2020).

Malah dengan Perintah Berkurung 2.0. ini, Israel dijangka mengalami kerugian sebanyak AS$5.7 bilion (Zwick, 2020). Fikirkan, AS$5.7 bilion untuk tiga minggu memang sangat pedih.

Malaysia berjaya memutuskan rantaian COVID-19 dengan perintah berkurung selama 12 minggu yang dilonggarkan secara berperingkat.

Kalau Israel terpaksa menutup ekonomi selama 12 minggu, Kementerian Kewangan menganggarkan kerugian sebanyak AS$20 bilion sekurang-kurangnya.

Jika flip flop kerajaan ini berterusan, tentu sekali rakyat akan semakin marah.

RUJUKAN:

Al Jazeera. (2020, September 13). Anti-Netanyahu protesters keep up pressure on Israeli leader.

Somfalvi, A., & Azulay, M. (2020, Jun 30). Gantz: one million unemployed don’t care about annexation. YNetNews.

TOI. (2020, September 14). Israel to enter 3-week lockdown from Friday: schools, malls, hotels to be closed.

Zwick, G. (2020, September 13). 2nd lockdown to cost Israel upward of NIS 15B. Israel Hayom.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.