Seringkali dalam mana-mana isu hangat di media social, al-Faqir dapati segelintir netizen seolah-olah kurang memahami akan istilah-istilah diatas. Ianya menjadi seperti istilah yang disalah fahami atau disalahgunakan. Terutama apabila makin hampirnya hari-hari penting proses pilihanraya. Kelak, kita akan melihat istilah-istilah ini disalah tafsir (secara sengaja mahupun tidak sengaja) oleh pelbagai pihak.

ISLAM : Islam merupakan sebuah agama monotheism dan kini merupakan agama kedua terbesar di dunia setelah agama Kristian. Agama Islam bukanlah hak milik eksklusif sesebuah kaum kerana ianya diturunkan kepada seluruh kaum-kaum di dunia. Sesiapa sahaja bebas untuk memeluk agama suci ini kerana sememangnya agama Islam merupakan rahmat ke seluruh alam. Ianya buka milik kaum Arab dan bukan pula milik kaum Melayu. Setiap kaum boleh menjalani agama suci ini selari dengan budaya baik setiap tamadun mereka Maka, tidak perlulah kita hendak buat perbandingan “Hidup Cara Islam VS Hidup Cara Melayu”. Perbandingan ini tidak tepat langsung kerana mengaitkan antara “agama” dan “kaum”.

MELAYU : Melayu merupakan sebuah kaum yang sebenarnya lebih besar dari peta Semananjung Tanah Melayu hatta peta Malaysia. Alam Melayu atau Nusantara merupakan wilayah yang berpendudukan padat dengan kaum Melayu. Malah, rumpun atau keluarga kaum Melayu bukan sahaja terhad di sekitar ASEAN (Asia Tenggara) sahaja, ianya juga meliputi hingga ke Madagascar, Hawaii, Oceania termasuk Polynesia-Micronesia. Hal ini boleh kita telusuri melalui genetic dan linguistic mereka. Jadi tidaklah tepat untuk membuat provokasi “Melayu balik Indon la!”. Ini kerana kesemua wilayah Alam Melayu ini merupakan “Rumah asal kaum Melayu” yang mereka bebas untuk belayar kesana kemari suatu ketika dahulu. Melayu dalam konteks Malaysia adalah sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

UMNO : UMNO merupakan sebuah parti politik konservatif-nasionalis di Malaysia. Nama lainnya adalah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar) atau dalam Bahasa Inggerisnya “United Malays National Organisation”. Tidak semestinya mereka yang mempertahankan Hak Keistimewaan Melayu itu orang UMNO kesemuanya. Mungkin mereka merupakan NGO-NGO Melayu yang bebas dari ideology politik seperti Persatuan-Persatuan Silat. Tidak semestinya juga orang Melayu itu perlu memasuki Parti UMNO ini. Orang melayu boleh sahaja menyertai Parti lain seperti PPBM (Parti Peribmi BERSATU Malaysia), PKR (Parti Keadilan Rakyat), PAS (Parti Islam Se-Malaysia) dan banyak lagi.

KERAJAAN : Kerajaan adalah sebuah entity yang dikenali sebagai Badan Pelaksana dalam sesebuah Negara. Kerajaan menurut konsep Demokrasi Berparlimen adalah mereka yang menjadi Jemaah Menteri (State Exco/Federal Cabinet) dan diketuai oleh seorang ketua bergelar Menteri Besar (State) atau Perdana Menteri (Federal). Oleh kerana Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO dan komponen-komponen lain memenangi majority kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum (PRU), maka para perwakilan ini telah diberi mandat secara sah untuk membentuk Kerajaan diperingkat Federal. Manakala peringkat State, mana-mana parti atau gabungan yang telah memenangi majority kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRU yang dijalankan serentak itu, akan diberi mandat untuk membentuk Kerajaan Negeri.

NEGARA : Negara dalam konteks Malaysia adalah merupakan Persekutuan antara 13 buah negeri berserta sebuah wilayah persekutuan. Ketua bagi Negara Persekutuan Malaysia ini ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri PAduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Ianya berbeza dengan Ketua Kerajaan iaitu Perdana Menteri. Oleh itu, perlulah kita bijak mengetahui mana satu hal ehwal Kenegaraan dan Hal Ehwal Kepartian. Usahlah dipolitikkan Istitusi Raja-Raja, Bendera Kebangsaan, Lagu Kebangsaan, Perlembagaan Negara dan lain-lain hal yang bersifat Kenegaraan.

Kesimpulannya, usahlah kita melibatkan politik kepartian dalam setiap isu yang dihidangkan di media sosial. Kita perlu bersatu padu dibawah panji-panji Negara tanpa mengira Agama, Kaum dan Parti. Kita boleh berbeza ideologi agama dan politik. Malah kita juga berbeza warna kulit dan kaum. Namun, kesemua perbezaan ini perlulah diharmonikan dibawah satu payung Kenegaraan. Walau bagaimanapun berbezanya kita, kita tetap Warganegara Malaysia yang mematuhi dengan penuh taat setia terhadap segala isi perlembagaan, undang-undang, budaya dan norma bangsa Malaysia. Moga Malaysia terus menjadi contoh Negara bermasyarakat majmuk. BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

IBN JAWI merupakan penuntut bidang Engineering di sebuah universiti. Beliau juga giat dalam pengajian Turath Islami secara Talaqqi Sanad bagi mengimbangi aspek duniawi dan ukhrawi. Beliau yang meminati topik Falsafah, Sejarah dan Politik merangka usaha kebangkitan ummah melalui Kalam & Qalam. Walaupun memiliki aliran pemikiran tersendiri, namun beliau terbuka untuk bertukar pandangan dengan mana-mana aliran pemikiran agar dapat memahami cara berfikir kelompok berlainan.

Leave A Reply