Ishikawa Goemon merupakan seorang penjenayah dan wira rakyat dalam legenda Jepun yang hidup pada abad ke-16 Masihi. Goemon kadangkala dibandingkan dengan Robin Hood, memandangkan beliau menccri barangan daripada orang-orang kaya untuk diberikan kepada golongan miskin. Goemon sering dianggap sebagai penccri terhebat dalam sejarah Jepun.

Seperti Robin Hood, terdapat beberapa versi kisah berkenaan Goemon. Kisah-kisah ini kemudiannya diadaptasi dalam persembahan-persembahan kabuki. Pada hari ini, beliau merupakan satu figura yang sangat terkenal dalam budaya pop – muncul dalam pelbagai media seperti permainan video, siri animasi dan filem.

GOEMON BERSUMPAH UNTUK MENUNTUT BELA ATAS KEM4TIAN BAPANYA

Diyakini bahawa Ishikawa Goemon dilahirkan sekitar pertengahan abad ke-16 Masihi. Pada masa itu, Jepun berada di bawah pemerintahan Keshogunan Ashikaga. Menurut beberapa buah versi penceritaan, Goemon merupakan anak kepada seorang samurai dan dilahirkan di kawasan Kouchi, Wilayah Osaka moden. Versi lain pula menyatakan bahawa tempat lahir beliau adalah Wilayah Iga yang masyhur dengan ninjanya. Goemon dikhabarkan telah kehilangan kedua orang tuanya sejak usia remaja lagi.

Menurut satu versi penceritaan, bapa Goemon merupakan seorang samurai yang bernama Ishikawa Akashi. Apabila Akashi dibvnvh oleh orang-orang suruhan Keshogunan Ashikaga, anaknya Goemon mengangkat sumpah untuk menuntut bela atas kem4tiannya. Atas tujuan itu, Goemon berhenti dari menjadi seorang samurai dan mula menjalani kehidupan sebagai seorang penccri.

Pelakon bernama Bando Mitsugoro III memainkan watak Ishikawa Goemon dalam persembahan drama berjudul Sanmon Gosan no Kiri yang bertarikh Mac 1820 di Nakamura-za

NINJA YANG HANDAL NAMUN GANAS

Goemon dipercayai merupakan pelajar kepada Momochi Sandayu, salah seorang pengasas Sekolah Ninjutsu di Iga. Walaupun Goemon ini seorang ninja yang mahir, namun beliau memiliki keperibadian yang buruk. Beliau seorang yang bersifat panas baran dan sering mengikut kepalanya sendiri.Tambahan lagi, beliau menjalinkan hubungan sulit dengan isteri Sandayu dan bertindak melarikan diri bersamanya dari Iga setelah menccri sejumlah syiling emas daripada gurunya itu. Dalam beberapa versi penceritaan, wanita tersebut kelak dibvnvh oleh Goemon kerana menjadi penghalang dalam salah satu cubaan melarikan diri.

PENTINGKAN DIRI ATAU DERMAWAN?

Goemon mula menempa namanya sebagai seorang pencvri di kota Kyoto. Beliau menubuhkan sebuah kumpulan pencvri dan bersama-sama menjarah kota itu. Pencuri-pencuri ini bergiat pada waktu malam dan menyamar menjadi pedagang pada waktu siang. Sebelum mencuri, mereka terlebih dahulu mengenal pasti sasaran dengan teliti – kebiasannya adalah kediaman daimyo yang penuh mewah.

Goemon dan rakan-rakannya turut mengagihkan barang cvrian tersebut kepada orang ramai, mungkin untuk menimbulkan faktor keraguan kepada pihak berkuasa untuk menangkapnya.

Tindakan mereka ini kemudiannya (pada zaman Edo) diubah menjadi naratif yang lebih romantis, iaitu Goemon dan kumpulan pencvrinya dikisahkan mencvri dari golongan kaya untuk diberikan hasil cvrian itu kepada orang-orang miskin. Hal ini mengubah status Goemon menjadi seorang wira sekaligus menjamin kemasyhurannya dalam kebudayaan Jepun.

Ishikawa Goemon merampas kayu yang digunakan oleh isterinya Oritsu untuk memukulnya

KEM4TIAN GOEMON

Terdapat dua versi yang menceritakan bagaimana pencvri hebat ini pada akhirnya ditangkap oleh pihak berkuasa. Dalam versi yang pertama, beberapa orang pengikut Goemon diberkas dan setelah menjalani penyeksaan selama beberapa tempoh, mereka kemudiannya mendedahkan nama Goemon. Hal ini membawa kepada penangkapannya.

Dalam versi kedua pula, dikisahkan bahawa Goemon melakukan cubaan memecah masuk kediaman Toyotomi Hideyoshi, lelaki paling berkuasa di Jepun pada masa itu. Tidak dapat dijelaskan mengapa Goemon mengambil keputusan untuk melakukan hal yang sebegitu berisiko. Sebahagian pendapat mendakwa bahawa beliau mahu mencvri barangan Hideyoshi sambil pendapat lain pula menyebutkan bahawa beliau berhasrat untuk membvnvhnya.

Walau apa sekalipun keadaannya, Goemon ternyata gagal dalam cubaannya itu. Menurut sebuah legenda masyhur, Hideyoshi memiliki sebuah pembakar setanggi ajaib yang mampu mengeluarkan bunyi amaran andai terdapat penceroboh yang memasuki kamarnya. Berkat keajaiban pembakar setanggi itu, para pengawal Hideyoshi berjaya memberkas Goemon.

Hideyoshi kemudiannya menjatuhkan hukuman m4ti ke atas Goemon dan seluruh keluarganya – iaitu direbus di dalam periuk yang sedang menggelegak panas. Hukuman mereka bakal dijalankan di gerbang Kuil Nazenji, Kyoto sambil disaksikan oleh khalayak ramai.

Goemon dimasukkan ke dalam periuk tersebut bersama anaknya. Sambil mengharungi hukuman yang amat menyeksakan itu, Goemon mengangkat anaknya supaya tubuh anak kecil itu tidak mencecah minyak yang sedang menggelegak. Tidak dapat dipastikan secara jelas sama ada anak itu terselamat ataupun tidak.

Pelaksanaan hukuman Ishikawa Goemon, yang mengangkat anaknya agar terselamat dari minyak yang sedang menggelegak

Walaupun Goemon menemui ajalnya dengan cara yang begitu tragis, kisah hidupnya diabadikan dalam sejarah dan beliau menjadi figura yang masyhur dari semasa ke semasa. Bahkan pada hari ini, Goemon sering ditampilkan dalam pelbagai bentuk budaya pop sekaligus membuktikan kebenaran di sebalik puisi nukilannya sendiri menjelang kem4tiannya, “Andai pepasir di sungai dan pantai sirna dek kehabisan, benih-benih pencvri tidak akan pernah m4ti sama sekali.”

TERJEMAHAN:

DHWTY. (4 Ogos 2017). Ninja Warrior Ishikawa Goemon: Charitable Hero or Vi0lent 0utlaw? Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/ninja-warrior-ishikawa-goemon-charitable-hero-or-vi0lent-0utlaw-008531


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.