Kalau asyik fikir pasal permulaan alam, mesti kita akan fikir tentang hari terakhir. Itu memang fitrah, meskipun jika seseorang itu tidak beriman mengikut mana-mana agama dalam dunia ini. Sesuatu yang bermula mesti ada kesudahan.

Kalau letak ruh saintifik, perkara Alpha mesti ada Omega. Sesungguhnya persoalan ini pernah ditanya Sir Isaac Newton yang hidup antara tahun 1643 hingga 1727.

Beliau adalah seorang saintis tersohor zaman dulu dan sekarang, barangkali kerana berakal fikiran sangat luas untuk menjawab soalan (dan menyoal perkara) yang tidak berjawapan.

Semua agama Ibrahim menyentuh tentang Hari Pengakhiran. Islam berfirman tentang Yawm al-Qiyamah. Bibel bercakap pasal Judgment Day.

Dan Judaisme pula berhujah perihal Yom Ha-Din. Tetapi agama mana yang benar-benar cakap dengan jelas bila hari itu akan berlaku? Tiada. Sebab itu adalah rahsia-NYA yang sentiasa tahu sebelum alam dicipta lagi.

Memandangkan tiada siapa tahu dengan jelas, ada seorang dua yang memberi pendapat. Kali ini kita ulas pasal pendapat Newton.

Isaac Newton.

Jujurnya Newton adalah seseorang yang sesat kalau ikut Kristian (Berlinski, 2000). Jadi pendapat beliau tidak boleh dianggap nas Kristian.

Catatan Sir Isaac tentang Hari Pengakhiran

Penulisan di atas memang sukar dibaca, tambah pula dengan bahasa Inggeris Lama. Jadi senang cakap, itu adalah catatan Newton yang menafsirkan Bibel dengan pendapat sendiri. Beliau kira berdasarkan beberapa pot.ongan ayat bercirikan ramalan. Kira punya kira, Newton mendapat jawapan – tahun 2060.

Hujah sangat panjang.

Menurut Newton:

“Jadi pengiraannya adalah 42 bulan atau 1260 hari atau tiga tahun setengah, recconing (tidak pasti maksudnya) 12 bulan atau setahun & 30 hari ke sebulan. Dan zaman Dajjal (yang pendek) berlangsung ketika zaman kerajaan-kerajaan, iaitu satu tempoh 1260 hari, jika ditarikhkan daripada zaman tiga raja (iaitu) tahun 800, maka berakhirnya dunia ini pada tahun 2060. Mungkin berlaku selepas tahun itu, tetapi saya tidak nampak asbab berlaku sebelumnya.”

Petikan di atas memang tidak masuk akal langsung. Saya sengaja menterjemah secara direct. Kalau saya guna Google Translate, lagi teruk jadinya.

Kalau tanya pendapat peribadi saya, ada masalah agaknya orang tua ni (spoiler alert: memang ada masalah pun. Jangan berhenti baca).

Tulisan Newton dalam bahasa Inggeris pun tiada tahap kompiden seorang saintis, dengan lenggok tatabahasa berterabut. Namun tidak salah kalau kita cuba faham apa yang ingin disampaikan. Pertama sekali, kita tengok dulu formula digunakan Newton.

Beliau teliti habis bab petanda kiαmαt seperti Kambing Jantan, kemμsηαhan Jerusalem, sistem kepausan (papacy) yang dominan, pemerintahan Paus Gregory (entah apa kena mengena) dan banyak lagi. Dan beliau mencongak guna petanda-petanda ini dalam satu formula.

Tambah tolak habis, Newton dapat lima jawapan: tahun 2344, 2090, 2132, 2374 dan 2060 (Jones, 2015). Walau bagaimanapun, ada pendapat berkata yang Newton sebenarnya meramal kedatangan Nabi Isa (as) untuk membebaskan dunia ini.

Katanya tahun 2060 adalah tahun pertama Bumi dipimpin Isa (as). Dan baginda akan berkuasa selama satu millennium (1000 tahun) yang mana dalam zaman ini, bangsa Yahudi akan diberi negara sendiri di Tanah Israel.

Ternyata ramalan Newton dari awal lagi sudah menyimpang dan tidak tepat. Kerana David Ben-Gurion enggan tunggu sampai tahun 2060 untuk mengisytiharkan kemerdekaan Israel daripada British.

Perlu cakap juga yang Newton sejak umur 51 tahun ada masalah kesihatan yang melibatkan psikologi. Beliau didapati menghidap peηyαkit psychosis dan sentiasa diserαηg “paranoid delusion” (macam khayalan kerana masalah mental).

Beliau tidak cukup tidur pun. Jadi ramalan ini boleh dianggap sebahagian daripada kesan penyakit yang dihadapi beliau. Itulah sebab artikel ini ditulis. Bukannya untuk meminta semua ikut kiraan Newton pun sebenarnya.

RUJUKAN:

Berlinski, D. (2000). Newton’s Gift: How Sir Isaac Newton Unlocked the System of the World. Simon & Schuster. Halaman 145.

Jones, J. (2015, Oktober 14). In 1704, Isaac Newton predicts the world will end in 2060. Open Culture.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.