Ada satu dokumentari yang saya tonton, tentang seorang lelaki Jepun yang penuh tatu di badannya, seumpama satu sut pakaian. Rupa-rupanya itulah yang dipanggil irezumi, iaitu tatu Jepun yang mempunyai sejarah mendalam dalam kalangan rakyat Jepun.

 

Irezumi, yang bermaksud ‘memasukkan dakwat’ dalam bahasa Jepun adalah satu bentuk kesenian di Jepun. Ia dilukis untuk menggambarkan wira legenda, atau makhluk mitos, dan menjadi satu kisah yang memikat semua.

 

Sejarah tatu terawal Jepun yang pernah direkodkan adalah pada abad ke-5, malah dalam satu catatan Cina pada abad ke-3, ada menerangkan bagaimana orang Jepun ketika itu menggunakan tatu sebagai sempadan kelas sosial. Catatan turut menyatakan tatu digunakan sebagai perlindungan daripada raksasa laut.

 

Simbolik penggunaan irezumi ini meledak ketika zaman Edo, apabila ramai rakyat yang memberontak terhadap hierarki sosial ketat era pemerintahan Shogun Tokugawa. Mereka menjadikan irezumi sebagai pilihan dalam melampiaskan ketidakpuasan hati dalam ketidakadilan yang berlaku.

 

Irezumi dicacah pada badan menggunakan tangan, pemegang kayu serta jarum logam yang dipasang melalui benang sutera. Kaedah ini memerlukan dakwat khas yang dikenali sebagai dakwat Nara (juga dipanggil zumi).

 

Tatu yang diamalkan oleh orang Ainu dan orang Ryukyuan menggunakan dakwat jenis ini yang diperoleh daripada tumbuhan nila. Ia adalah proses yang menyakitkan dan memakan masa, dan diamalkan oleh golongan pencacah yang dikenali sebagai horishi.

 

Pada zaman Edo, irezumi kei (“hukuman tatu”) adalah hukuman dikenakan terhadap jenayah yang dibuat. Tempat tatu ditentukan oleh jenayah; pencuri bertatu di lengan, pembunuh di kepala. Bentuk tatu itu berdasarkan tempat jenayah itu berlaku.

 

Pada permulaan zaman Meiji, kerajaan Jepun mengharamkan tatu, menambahkan lagi stigma terhadap orang yang mempunyai tatu. Sekitar era 40-an, tatu masih dikaitkan dengan imej jenayah.

 

Selama bertahun-tahun, tatu tradisional Jepun dikaitkan dengan yakuza, mafia terkenal Jepun, dan banyak perniagaan di Jepun (seperti tempat mandi awam, pusat kecergasan dan mata air panas) masih mengharamkan pelanggan yang mempunyai tatu. Walaupun tatu masih diharamkan di banyak kawasan rekreasi awam hari ini, rayuan 2019 mengubah klasifikasi tatu sebagai hiasan dan bukannya prosedur perubatan.

 

Pada hari ini, walaupun tatu semakin popular dalam kalangan belia Jepun kerana pengaruh Barat, tatu terus punyai stigma dalam sebahagian besar Jepun. Tidak seperti kebanyakan negara lain, mencari kedai tatu di Jepun boleh menjadi sukar, dan kebanyakan kedai tatu diletakkan di kawasan yang sangat mesra pelancong atau tentera AS.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Leave A Reply