Iran dilaporkan sedang berbincang untuk membeli lebih 40 pesawat tempur J-10C daripada China. Perkara ini disahkan oleh media pertahanan antarabangsa dan dianggap sebagai satu langkah penting Tehran dalam memperkukuh kekuatan udara mereka.
J-10C merupakan pesawat generasi 4++ yang dibangunkan oleh Chengdu Aircraft Industry Group. Ia direka untuk melaksanakan operasi dogfight dan serangan jarak jauh dengan keupayaan radar KLJ-7A jenis AESA.
Radar ini mampu kunci dan jejak sasaran dari jarak jauh serta berupaya beroperasi dalam situasi peperangan elektronik yang berat. Teknologi ini sukar dikesan dan sukar diganggu oleh sistem musuh, sekaligus beri kelebihan besar kepada Iran.
J-10C mampu mengesan puluhan sasaran serentak dan lancar peluru berpandu sebelum pihak lawan sempat sedar. Iran akan jadi negara ketiga yang guna jet ini selepas China, dan Pakistan.
Peluru berpandu jarak jauh PL-15 melengkapkan kekuatan J-10C. Direka untuk buru pesawat musuh dan AWACS, PL-15 dikawal radar aktif dan mampu capai sasaran lebih 200 kilometer jauhnya.
Dalam pertempuran udara jarak dekat, jet ini boleh bawa PL-10, sejenis peluru berpandu infrared homing yang pantas dan sangat efektif untuk dogfight. Ini penting bagi Iran yang berdepan risiko serangan udara dari Yesbiol dan AS.
J-10C juga mampu terbang pada kelajuan Mach 2.2. Ia boleh dilengkapi peluru berpandu udara ke darat, bom panduan pintar dan sistem gangguan elektronik. Keupayaan ini beri fleksibiliti kepada Iran untuk pelbagai jenis misi.
Langkah ini dilihat sebagai usaha Iran menggantikan pesawat lama mereka seperti F-4, F-5 dan MiG-29 yang sudah berusia. Ia juga isyarat Tehran mahu bangunkan doktrin udara yang lebih agresif dan berkesan.
Ini berlaku dalam konteks tekanan berterusan dari Amerika dan sekutunya yang terus desak Iran hentikan program nuklear. Serangan ke atas Syria dan kawasan Lubnan oleh Yesbiol juga semakin kerap.
Maka, pembelian jet ini dilihat sebagai usaha Iran menunjukkan kekuatan dan kesediaan mereka dalam hadapi sebarang bentuk provokasi atau serangan. Pesawat ini simbol kekuatan baru yang tak mudah dicabar.
China pula untung besar daripada urus niaga ini. Selain jualan senjata, ia membuka ruang baru untuk pengaruh Beijing menembusi Asia Barat. Dalam masa sama, ia saingi Rusia sebagai pembekal utama kepada negara yang disekat Barat.
Iran pernah umum rancang beli Su-35 dari Rusia, tapi penghantarannya tergendala. Maka J-10C jadi pilihan kontingensi paling sesuai. Dari segi avionik dan senjata, jet ini lebih moden berbanding kebanyakan pesawat buatan Rusia.
J-10C memang tak setanding F-35 dari segi “stealth”. Tapi dengan kos yang lebih rendah dan kombinasi sistem pertahanan darat Iran, ia cukup untuk beri cabaran kepada mana-mana jet barat.
Amerika pasti tak senang duduk. Tapi ini isyarat jelas dari Iran bahawa mereka tak akan tunduk hanya kerana tekanan. Mereka sedang bangunkan kekuatan sendiri dan tak menunggu belas kasihan sesiapa.
Pesawat ini boleh beroperasi dari landasan pendek, satu kelebihan penting bagi Iran yang memiliki banyak kawasan terpencil dan bergunung. Ini mudahkan serangan dari lokasi rahsia tanpa dikesan awal.
Iran juga melihat prestasi J-10C dalam tangan Pakistan sebelum membuat keputusan. Dalam latihan udara, jet ini menunjukkan keupayaan menyaingi F-16 versi lama yang digunakan Pakistan hasil bantuan AS.
Dalam dunia hari ini, kekuatan udara bukan sekadar pertahanan. Ia beri “leverage” dalam diplomasi. Negara yang ada taring akan dihormati di meja rundingan. Iran kini sedang bina kekuatan itu.
Iran tidak cari peperangan. Tapi selepas serangan ke atas Gaezhahh dan wilayah Syria, mereka tak boleh terus bergantung pada retorik dan kecaman semata. Mereka perlukan kuasa sebagai benteng.
China pula mula menunjukkan arah baru dalam pasaran senjata. Bila Barat gunakan senjata sebagai alat tekanan politik, China gunakan senjata sebagai alat untuk buka kerjasama jangka panjang.
Urus niaga ini juga mungkin buka jalan kepada latihan bersama dan pertukaran teknologi. Kalau jadi kenyataan, Iran bakal ada sekutu baru dalam bidang pertahanan strategik.
Asia kini mula jadi fokus utama geopolitik global. Iran, China dan Rusia sedang bina paksi baru yang mencabar blok lama. Jet J-10C hanya satu elemen kecil dari pelan yang lebih besar.
Dalam tempoh terdekat, dunia mungkin saksikan pesawat ini mula diuji di langit Iran. Ia akan beri mesej yang jelas kepada musuh: era Iran lemah sudah berakhir.
Setiap kali jet ini mendarat atau berlepas, ia bukan sekadar operasi biasa. Ia lambang bahawa kekuatan global kini sedang berubah arah. Kuasa tak lagi milik eksklusif satu pihak.
Iran pernah dianggap lumpuh kerana sekatan. Tapi hari ini, mereka buktikan kekuatan boleh dibina semula dengan strategi dan keberanian. Pesawat ini sebahagian daripada naratif itu.
Kita belajar satu perkara penting. Negara yang tiada kekuatan akan terus ditekan. Tapi bila ada kekuatan, suara mereka mula didengar. Dunia hanya hormat kuasa, bukan slogan.
Nota: Spesifikasi J-10C mungkin berbeza ikut versi yang dibekalkan. China tak pernah dedah sepenuhnya konfigurasi untuk eksport, dan ada kemungkinan Iran akan terima versi custom yang diubah ikut keperluan tempatan. Radar, sistem peperangan elektronik, atau jenis peluru berpandu mungkin tak sama 100 peratus dengan versi yang digunakan oleh Tentera Udara China. Jadi kalau ada beza angka atau komponen, itu perkara biasa dalam urusan senjata. Apa yang penting, keupayaan keseluruhan J-10C tetap beri Iran satu anjakan strategik besar.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.