Letupan dilaporkan menggegarkan langit Tehran. Asap tebal kelihatan naik dari beberapa kawasan ibu negara Iran menandakan satu lagi babak baharu dalam konflik panjang antara Israel dan Iran.

Laporan awal mendakwa serangan ini turut melibatkan Amerika Syarikat.

Menurut Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, serangan ini digelar sebagai “pre-emptive strike” atau serangan awal kononnya untuk menghapuskan ancaman terhadap negara mereka.

Dalam masa yang sama, siren kecemasan berbunyi di seluruh Israel sebagai persediaan menghadapi serangan balas peluru berpandu dari Iran.

Di Tehran pula, media tempatan melaporkan letupan berlaku di beberapa lokasi termasuk kawasan tengah bandar dan bahagian utara serta timur ibu kota. Agensi berita Iran menyatakan peluru berpandu mengenai kawasan berhampiran University Street dan Jomhouri, manakala komunikasi telefon bimbit dilaporkan terganggu di beberapa kawasan.

Presiden US, Donald Trump dilaporkan mengesahkan penglibatan Amerika Syarikat melalui kenyataan video di platform media sosialnya. Laporan media antarabangsa turut menyebut serangan ini diselaraskan antara Washington dan Tel Aviv dengan Amerika telah mengumpulkan aset ketenteraan besar di rantau Asia Barat sejak beberapa minggu lalu.

Langkah ini sebelum ini dilihat sebagai tekanan terhadap Iran dalam rundingan program nuklear, namun kini ia kelihatan seperti persediaan untuk konflik terbuka.

Untuk memahami mengapa situasi ini begitu tegang, kita perlu undur sedikit ke belakang. Israel sejak sekian lama melihat program nuklear Iran sebagai ancaman besar terhadap kelangsungan negara haramnya.

Iran pula menegaskan bahawa program pertahanannya adalah hak kedaulatan negara dan menolak campur tangan luar.

Tahun lalu, konflik singkat antara kedua-dua negara menyaksikan kemusnahan besar terhadap kemudahan ketenteraan dan nuklear Iran. Pertahanan udara Iran dilaporkan lemah selepas serangan tersebut, manakala tekanan dalaman dan protes rakyat menambahkan lagi ketidakstabilan.

Dari sudut pandang Israel, ini mungkin dilihat sebagai peluang.

Serangan terbaru ini juga berlaku ketika rundingan nuklear antara Iran dan Amerika Syarikat masih berjalan.

Iran dilaporkan membuat beberapa konsesi, tetapi Washington menyatakan rasa tidak puas hati terhadap perkembangan rundingan.

Penganalisis berpendapat serangan ini berpotensi menggagalkan proses diplomasi yang rapuh dan membuka jalan kepada konflik serantau yang lebih besar.

Ruang udara kedua-dua negara kini ditutup. Kedutaan Amerika di rantau Teluk mengarahkan kakitangan berlindung di tempat masing-masing.

Negara jiran seperti Iraq turut menutup ruang udara mereka. Semua ini memberi isyarat bahawa situasi ini boleh merebak pada bila-bila masa.

Jika Iran melancarkan serangan balas terhadap Israel atau aset Amerika di rantau itu, kita mungkin menyaksikan perang proksi bertukar menjadi perang terbuka.

Dan jika itu berlaku, kesannya bukan sahaja dirasai di Asia Barat, malah ekonomi global, harga minyak dan kestabilan politik dunia turut akan terjejas.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.