2 tahun lepas aku dah pernah tanya siapakah yang akan jadi “villain” dalam Ip Man 4 (https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10206488303885990), tapi serius tak sangka Ip Man akan lawan dengan orang US. Orang armed force pulak tu.

Entah aku rasa pemilihan watak US (Barton Geddes yang dilakon oleh Scott Adkins) sebagai villain memang nak reflect keadaan semasa — ketegangan antara China dan US. Pasaran sasaran utama filem Ip Man ialah China, jadi penerbit filem kena play into psikologi penonton China.

Masa Ip Man 1 (2008) keluar, penerbit filem sebenarnya tak expect sangat filem boleh dapat sambutan hangat, sebab Donnie Yen masa tu kira suam-suam kuku je. Tapi kebetulan waktu tu hubungan China-Jepun tengah tegang, jadi filem Ip Man yang penuh dengan babak-babak membelasah watak jahat berbangsa Jepun terus meletup.

(cuma yang ironinya, Ip Man dalam sejarah tak pernah fight dengan Orang Jepun. Ip Man lari ke Hong Kong pada tahun 1950 pun bukan sebab nak lari dari Jepun, tapi nak lari dari komunis)

Lepas Jepun, British pula kena belasah dalam Ip Man 2 (2010). Ip Man 3 (2015) orang rasa meh sikit, sebab cerita tu tak ada villain utama. Walaupun dari segi koreografi Wing Chun dan kompleksiti cerita, Ip Man 3 sebenarnya adalah terbaik.

Jadi Ip Man 4 kena wujudkan balik watak villain asing, baru penonton rasa syok. Mungkin kita boleh panggil fenomena ini sebagai “kung fu nationalism” (功夫民族主義). Benda ni bukan baru, zaman Bruce Lee pun dah ada. Dalam Fist of Fury (1972) pun ada babak Bruce Lee lawan berpuluh-puluh pendekar karate Jepun dan memecahkan papan tanda “no dogs and Chinese allowed” dengan flying kick.

Kung fu atau wushu (sebenarnya dua benda yang sama, wushu merujuk kepada seni bela diri Bangsa Cina secara umum, kung fu lebih kepada seni bela diri yang terdapat di Selatan China terutamanya di kalangan Kantonis) ialah warisan Bangsa Cina, jadi cerita yang melibatkan penggunaan kung fu untuk menewaskan musuh asing dan mempertahankan maruah bangsa akan menaikkan lagi “self-esteem” bangsa dan membantu overcome sifat “inferiority”.

Cuma bezanya, Bruce Lee punya “nationalism” lebih kepada Orang Cina secara umum. Di zaman kebangkitan China, “Chinese nationalism” lebih berkait rapat dengan negara China. Jadi Ip Man 4 ni nampak macam “US vs. China” sikit, lagi-lagi time berlaku trade war antara dua negara ini dan hubungan dua negara ni berada di tahap paling tegang dalam sejarah.

Dan kung fu nationalism tidak terhad kepada penggunaan daya fizikal, tapi juga melibatkan penonjolan nilai teras bangsa. Villain dalam Ip Man 1 (Miura) dan Ip Man 2 (Twister) semua berperangai bongkak nak mampus dan percaya kepada “brute force”, watak Barton dalam Ip Man 4 ni pun tak akan terkecuali. Tengok trailer pun tau complete asshole, contra sekali dengan watak Ip Man yang sentiasa menekankan “wu de” (武德 – etika dalam penggunaan force).

Ni lebih kurang macam apa yang China klaim sekarang, negara-negara Barat semuanya “imperialis”, China je berbeza, akan bangkit secara aman sebab dipandu oleh etika Confucianism. Imperialis Barat semua penindas, China je akan bawa “win-win”. Dengar boleh, percaya jangan.

OK, panjang pulak cerita. Korang yang nak tonton cerita ni just enjoy, benda-benda overthinking ni biar aku yang buat, jangan pening kepala.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.