Ibnu Khaldun dalam salah sebuah bukunya yang paling popular sehingga dibaca oleh pelbagai nama popular zaman moden ini seperti Mark Zuckerberg pernah membahaskan kepentingan menuntut ilmu dalam Muqaddimah seperti mana yang tertulis yang diterjemahkan secara kasar oleh saya, “Ia diketahui bahawa mendidik anak kecil di dalam Al-Quran adalah simbolik kepada Islam itu sendiri. Umat Islam pernah dan sedang mengamalkannya di seluruh kota-kota mereka kerana telah tertanam di dalam hati mereka kepercayaan daripada Islam yang diambil daripada Al-Quran dan As-Sunnah itu sendiri.”

Institusi pendidikan dalam peradaban Islam itu sendiri bermula dengan cara tidak formal, yang melibatkan pengajaran ilmu di masjid-masjid. Namun, ia tetap melahirkan tokoh-tokoh hebat dan antaranya ialah keempat-empat Imam yang mengasaskan mazhab paling asas untuk majoriti umat Islam di seluruh dunia. Tradisi awal pendidikan dunia Islam berterusan sehingga ke hari ini dan dapat dilihat pada institusi pondok yang wujud di Nusantara.

Adapun, pada ketika abad ke-10 Masihi, setiap pelajar dari dunia Islam mengenali maktab iaitu sekolah yang dibina berdekatan dengan masjid. Maktab adalah untuk pendidikan bagi pendidikan yang lebih rendah dan untuk kebanyakan para pelajar yang muda. Mereka yang berjaya menamatkan pendidikan di maktab akan menyambung pelajaran di Madrasah yang lebih dibina dekat dengan masjid yang lebih besar. Antara contoh Madrasah yang kini sudah menjadi sebuah universiti terkenal di dunia adalah Universiti Al-Azhar (970 Masihi) di Mesir atau Universiti Al-Karaouine di Fes, Morocco (859 Masihi).

Madrasah biasanya mengajarkan selain ilmu-ilmu berkaitan dengan ajaran Islam, ia juga mengajarkan ilmu seperti sejarah, astronomi, geograi, perubatan, matematik dan banyak lagi. Pada abad ini juga, madrasah dibina di merata tempat dunia Islam terutamanya ketika dibawah pemerintah salah seorang pemerintah Seljuk yang terkenal seperti Nizam al-Mulk. Ketika sekitar 1100s begitu, kita dapat melihat 75 buah madrasah di Kaherah sahaja, 51 di Damsyik, dan 44 buah di Aleppo.

Kita boleh beranggapan bahawa madrasah ini peranannya adalah seperti universiti hari ini. Selain tempat pembelajaran, Madrasah turut menempatkan fakulti yang berbeza bagi setiap subjek yang diajarkan, bahkan terdapat tempat tinggal untuk setiap cendekiawan yang mengajar. Para pelajar pula akan memilih subjek, jurusan dan meluangkan berapa tahun untuk belajar di bawah pensyarah yang berbeza. Apabila pelajar menghabiskan pelajarannya, maka mereka akan memilik ijazah sebagai bentuk pengiktirafan kepada mereka yang sudah menghabiskan pelajaran.

Bahkan mengejutkan dalam dunia Islam ketika itu, betapa sebenarnya madrasah ini tidak sahaja dihadiri oleh kaum lelaki, malah kaum perempuan. Mereka juga merupakan tenaga pengajar di madrasah. Kalau tidak, tak akanlah seorang tokoh ilmu pada waktu seperti itu Ibn ‘Asakir yang menulis buku Tarikh Dimashq yang membahaskan tentang sejarah Damsyik itu sendiri telah berguru dengan 70 orang guru wanita!

Bukan sahaja peranan wanita ketika itu sebagai pelajar dan guru, wanita juga merupakan orang yang mengasaskan madrasah yang kini dikenali sebagai universiti pertama dalam sejarah iaitu Universiti Al-Karaouine di Fe, Morocco yang ditubuhkan oleh pedagang wanita yang kaya raya pada waktu itu yang bernama Fatima al-Fihri.

Isteri pemerintah-pemerintah muslim pada waktu itu juga berperanan besar. Sebagai contoh seperti Zubayda, isteri kepada Khalifah Harun Ar-Rashid dan juga isteri kepada Sultan Sulaiman dari Turki Uthaminyah bernama Hurrem Sultan, kedua-dua mereka telah mendana pelbagai projek madrasah, masjid, sekolah untuk pembangunan pendidikan umat Islam. Ketika pemerintahan Dinasti Ayyubi di Damsyik, betapa sebenarnya terdapat 26 buah madrasah dibangunkan oleh kaum wanita sahaja!

Dibandingkan dengan Eropah pada zaman itu, betapa seluruh dunia Islam, dari pelbagai dinasti dan empayar begitu mengangkat martabat wanita. Wanita tidak pernah diletakkan di kedudukan terpuruk dan dianggap kelas kedua bahkan peranan mereka dalam mengangkat sebuah peradaban masih mekar dalam sejarah, sebagai tanda bahawa sesungguhnya Islam tidak pernah hadir mendiskriminasikan wanita, tetapi mengangkat martabat mereka!

Sumber:

Alkhateeb, Firas (2012). Education In Islamic History. Lost Islamic History. http://lostislamichistory.com/education/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.