Dalam persoalan kita adalah bagaiman sebuah negara haram Israel yang hanya mengandungi pelarian-pelarian p3r4ng mampu mempunyai bekalan peluru dan senjata yang mencukupi bagi mengalahkan negara-negara Arab pada 1948 selepas berakhirnya mandat British pada bulan Mei 1948, terdapat sebuah kisah yang mungkin jawapan kepada persoalan itu.
Adalah sukar untuk mengatakan bahawa pihak British yang memberikan bantuan persenjataan kepada penduduk Yahudi di Palestin. Buat pengetahuan pembaca, pihak British telah mewujudkan undang-undang bahawa mana-mana penduduk Yahudi yang mempunyai senjata api adalah boleh dihukum penjara dan kadang-kalanya dihukum mati. Malah pembinaan kilang peluru ini yang bakal dibincangkan adalah tersembunyi dari pengetahuan pihak British.
Walaupun adanya pasukan keselamatan Yahudi yang menjaga penempatan-penempatan yahudi adalah benar-benar terhad dibekalkan oleh British. Penamatan mandat British di Palestin dan serangan-serangan orang Palestin terhadap penduduk Yahudi memerlukan mereka bekalan peluru dan senjata yang mencukupi bagi menjamin kelangsungan hidup mereka, tambahan pula penduduk yahudi memang mempunyai niat untuk mendirikan sebuah negara dalam negara Palestine yang memerlukan pemggunaan senjata.
Kelahiran Institusi Ayalon
Institusi Ayalon ditubuhkan oleh Yosef Avidar, seorang Senior Komander Haganah (pertubuhan separa tentera Israel selepas 1948 digelar Israel Defense Force (IDF)). Pembinaan Institusi Ayalon adalah tidak dibina di atas tanah seperti kilang-kilang yang biasa, sebaliknya dibina dibawah tanah.
Lokasi pembinaan tersebut adalah berada dikawasan berbukit berdekatan dengan bandar Rehovot. Bagi Avidar kawasan tersebut begitu strategik kerana pertamanya tempatnya yang terpencil tetapi tidak jauh dari bandar dan mempunyai bekalan kuasa elektrik yang tersendiri yang ditinggalkan oleh senuah komuniti yahudi pada 1932. Tempat dan bekalan tenaga telah dimiliki oleh pihak Haganah, sekarang adalah untuk mendapatkan bekalan buruh.
Ketibaan pelarian baharu Yahudi telah memberi peluang kepada Avidar untuk merealisasikan jalan keluar bagi pemasalahan tersebut. Yosef telah mengadakan perjanjian dengan memberikan kemudahan fasiliti dan rumah-rumah kepada sekumpulan pelarian di kawasan bukit tersebut dan sebagai balasanya mereka perlu bekerja di kilang senjata yang bakal dibuka tersebut. Mereka berjaya mencapai kata sepakat.
Pembinaan Institusi Ayalon
Pembinaan dilakukan dengan pengalian sebuah terowong bawah tanah selama 22 hari sepanjang 100 kaki panjang dan 33 kaki tinggi. Di dinding terowong dibina konkrit bagi menahan bebanan dari atas. Pemansangan bekalan elektrik tersendiri dilakukan bagi mengelakan rahsia kewujudan kilang ini terbongkar dengan meminta bantuan British bagi memangsang bekalan elektrik.
Adalah pelik apabila sebuah perkampungan kecil dan tempat berbukit yang terpencil menggunakan bekalan elektrik secara berlebihan. Seterusnya di kedua-dua laluan keluar masuk terowong@kilang itu dibina kedai dobi di hujung dan kedai roti di pangkal di atas pintu masuk terowong. Rasionalnya, kedua-dua pembinaan ini pertamanya bagi kedai dobi adalah bagi menutup bunyi bising yang dikeluarkan oleh mesin pembuatan peluru di bawah tanah dengan menghidupkan mesin mencuci baju ternyata lebih bising.
Dalam menghidupkan mesin membasuh baju itu pihak Haganah perlu mempunyai pelanggan dobi. Pelanggan-pelanggan yang didapati adalah melalui penduduk-penduduk setempat dan tender tentera British serta pihak hospital. Dengan adanya tender dari tentera British ini, pihak British dah tidak memiliki syak wasangka dah kat kawasan penempatan yahudi tersebut.
Selain itu, pembinaan kedai roti adalah berfungsi sebagai pintu masuk utama bagi kilang tersebut dengan meletakan dapur batu yang berat tetapi dilengkapi dengan alur bagi memudahkan pembukaan pintu masuk. Tambahan pula, dalam kilang tersebut juga dilengkapi dengan lampu jenis sunlamp bagi memastikan pekerja-pekerja kilang berkulit tanned.
Hal ini kerana, pembinaan penempatan yang dibina oleh pihak Haganah kepada pekerja-pekerja kilang tersebut, adalah sebagai alasan kepada pembinaan sebuah kampung pertanian dan industri kecil kepada penduduk yahudi. Jika berkerja di tempat yang panas tetapi kulit masih putih pucat akan menimbulkan kepelikan kepada pihak berkuasa British.
Mesin Pembuatan San Kelongsong Tembaga
Mesin pembuatan peluru diseludup dari Warsaw, Poland melalui Beirut ke Palestine. Mesin pembuatan peluru boleh dikatakan ketinggalan zaman kerana mesin tersebut adalah teknologi pada era p3rang dunia pertama. Bagi tembaga adalah digunakan bagi menghasilkan kelonsong peluru.
Tembaga diseludup ke Palestin dengan ditulis pada kotak-kotak sebagai bekas gincu. Sepanjang tempoh operasi kilang ini 1945-48 pada masa kemuncaknya telah berjaya menghasilkan sebanyak 40,000 peluru jenis 9mm Parabellum.
RUJUKAN:
Amir Bohbot & Yaakov Katz. 2017. The Weapon Wizards: How Israel Became A High-Tech Military Superpower. New York. St. Martin’s Press.
Don Wildman. “Ayalon Institute Segment”. Youtube, dimuat naik oleh Jewish National Fund. 4 April 2008. https://youtu.be/EQNw5MA3DII. Diakses 12 November 2020
Artikel dikirimkan oleh Meor Amirul untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih