Bila disebut individu yang bernama George Junius Stinney Jr, sudah pasti akan mengundang rasa sebak kepada sesiapa yang pernah membaca tentang kisahnya. Dia adalah satu-satunya individu paling muda di Amerika Syarikat yang pernah dijatuhkan hukuman m4ti atas kesalahan membunuh.

Dijatuhkan hukuman pada usia 14 tahun. Diulangi, 14 tahun. Lagi menyedihkan, George Stinney m4ti katak atas kesalahan yang memang tidak pernah pun dilakukannya. Jelas sekali, ia adalah satu bentuk penindasan paling k3jam terhadap kaum kulit hitam pada waktu ketika itu.

Kisah bermula pada bulan Mac 1944 selepas dua orang kanak-kanak perempuan berkulit putih bernama Betty June Binnicker dan Mary Emma Thames yang berusia 11 dan 7 tahun dilaporkan hilang. Bagaimanapun, mayat mereka berdua kemudian telah berjaya ditemui dengan kesan hentakan pada bahagian kepala.

Malang tidak berbau selepas George Stinney didakwa sebagai antara individu terakhir yang dilihat bersama mangsa sekaligus menyebabkannya ditahan. Sepanjang tempoh penahanannya, George Stinney yang dikurung bersendirian dalam sel bukan sahaja tidak dibenarkan sama sekali untuk berjumpa dengan ibu bapanya, bahkan turut dilarang untuk ditemani peguam bela.

Semasa hari perbicaraan terakhir dijalankan, hanya kitab Injil yang menjadi peneman George Stinney sebagai pengakuan dirinya tidak bersalah. Tiada sebarang pengakuan bersalah daripada George Stinney samada secara bertulis mahupun lisan yang direkodkan.

Selepas dua jam perbicaraan, meskipun tanpa sebarang bukti kukuh, kesemua pihak juri berkulit putih tmemutuskan bahawa George Stinney didapati bersalah atas kesalahan m3mbun*h dan seterusnya dijatuhkan hukuman m4ti dengan menggunakan kerusi elektrik.

Hanya selepas 70 tahun berlalu iaitu pada tahun 2014, George Stinney telah mendapat pembelaan sewajarnya oleh pihak juri di South Carolina selepas didapati tidak bersalah dalam kes pemb*nuhannya. Dilaporkan, berat besi yang digunakan untuk membunuh Betty dan Mary lebih daripada 19 kilogram. Jadi, agak mustahil untuk George mengangkat besi tersebut apatah lagi untuk memb*nuh mangsa.

Kisah George Stinney ini telah mencetus inspirasi kepada Stephen King untuk menghasilkan salah satu karya teragungnya berjudul The Green Mile (1996) yang kemudian diangkat ke layar perak. Fakta yang tidak boleh dinafikan lagi bahawa filem The Green Mile (1999) adalah salah satu filem terbaik sepanjang zaman.

Artikel dinaikkan selepas mendapat izin penulis asal, Jack Lester.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.