Jururawat, Suara untuk Memimpin. Kesihatan adalah hak setiap Manusia.
.
Menjadi seorang jururawat sepanjang tempoh beberapa tahun ini, tidak terkira banyaknya pengalaman yang ditimba.
Tapi aneh, bukan berdasarkan teori semata-mata. Pesakit itu sendiri mengajar erti berjuang, erti tidak putus asa dan erti belajar dari silap lalu agar kemudaratan dapat dielakkan.
Pesakit juga mengajar erti kesabaran maha tinggi dan erti pengorbanan yang tidak berbelah bahagi.
Saya, dikenalkan dengan beberapa tokoh kejururawatan tidak kira dari barat mahupun tokoh jururawat islam.
Selain tokoh kejururawatan seperti Florence Nightigale dan Rufaidah binti Sa’ad, ada seorang lagi tokoh jururawat yang seolah dilupakan oleh zaman, beliau adalah Sybil Kathigasu.
Kenapa Sybil?
Beliau merupakan seorang tokoh dan icon bagi keberanian dan kepimpinan seorang jururawat.
Dan merupakan SATU-SATUNYA wanita Malaya atau lebih molek dikatakan Jururawat Malaya yang dianugerahkan pingat KING GEORGE IV di istana Buckingham pada Jun 1948 kerana jasa dan keberaniannya sebagai orang awam dalam menghadapi tindakan musuh.
Sybil merupakan Florence Nightigale Versi Malaya yang jasanya dan keberaniannya semasa zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.
.
Sybil Kathigasu dilahirkan pada 3 September 1899 merupakan seorang pejuang yang telah menyelamatkan banyak nyawa khususnya beratus-ratus kaum Cina semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Ada satu jalan di Ipoh diletakkan dengan nama beliau iaitu Jalan Sybil Kathigasu, Ipoh. Dinamakan khas atas nama beliau atas jasa yang tidak terhingga. Siapa sangka seorang bidan/jururawat seperti beliau diberikan keistimewaan seperti ini bukan?
.
Sybil Kathigasu dilahirkan sebagai Sybil Medan Daly di Medan Indonesia dan merupakan anak peladang Joseph Daly (Ireland-Serani/Eurasian) dan Beatrice Matilda Nee Martin yang merupakan seorang bidan berketurunan Prancis-Serani/Eurasian. Nama tengah Medan tu diberi sempena nama tempat Sybil dilahirkan. Walau bagaimanapun, Sybil dibesarkan di Tanah Melayu dan mendapat latihan Jururawat dan Bidan di Singapura pada usia 21tahun kemudian berkahwin dengan Dr Abdon Clement Kathigasu yang merupakan keturunan India Malaysia dari suku Tamil Ceylon pada 7 Januari 1919, di Gereja St John, Bukit Nanas, Kuala Lumpur.
Kemudian mereka mengendalikan sebuah klinik di Brewster Road (sekarang merupakan Jalan Sultan Idris), Ipoh, Perak.
Keistimewaan Sybil ni, boleh bertutur bahasa Kantonis dengan baik.
Bila Tanah Melayu dijajah oleh Jepun pada 1942, mereka suami isteri bersembunyi dan berpindah ke Pekan Papar, Perak dan disinilah mereka memulakan bantuan dan khidmat tanpa mengira bangsa terutama kepada kaum Cina yang rata-rata bekerja sebagai pelombong dan peniaga.
Seperti lanjutan sejarah yang kita tahu, tentera Jepun menmburu dan membunuh penduduk Cina ekoran sejarah panjang di China. Masa ni, MPAJA (Malayan People Anti-Japanese Army) telah ditubuhkan dan menentang hebat jentera Jepun.
Masa ni, Sybil dan suaminya telah memberikan bantuan perubatan serta maklumat kepads gerakan bawah tanah melalui kedai dispensari Kathigasu di Pekan Papan, Perak. Selain itu, mereka membuka klinik rahsia dan merawat ramai pesakit, tentera MPAJA yang cedera.
Kemudian, pasangan ini telah ditangkap oleh tentera Jepun dan diseksa sebab kantoi tentang kegiatan membantu gerila anti Jepun. Masa ni, Jepun langsung tak syak Sybil boleh berbahasa Cina sebab dia bukan kaum Cina. Walau dipaksa dan diseksa dengan kuku dicabut, jarum ditusuk dibawah kukunya, kaki melecur kerana besi panas, dipukul dengan batang biluh dan sisksaan rawatan air, Sybil langsung TIDAK membocorkan nama mana-mana nama ahli gerila MPAJA. Masa ni, tulang belakangnya rosak, tulangnya patah malahan rahang pun patah.
Kemudian siksaan dilanjutkan dengan pelbagai tuduhan terutama menyimpan radio sebab masa tu diharamkan penggunaan radio hinggalah disumbat ke Penjara Batu Gajah pada 1943.
Sybil bebas dari perang apabila perang dunia kedua berakhir pada Ogos 1945. Lepas 3 minggu perang berakhir, Kapten David dari tentera British telah datang semula ke Tanah Melayu dan menemui beliau di Penjara Batu Gajah lalu Sybil dibebaskan, dibawa ke Papan kemudian diterbangkan ke England untuk menerima rawatan lanjutan.
Sybil meninggal dunia pada 12 Jun 1948 sewaktu berusia 48 tahun di Hospital Lanark, Scotland, Britain akibat Septisemia kerana luka dsri rahang akibat disepak dengan menggunakan but oleh Yoshimura yang menyiksa Sybil pada masa itu. Hasil bedah siasat menunjukkan organ dalaman Sybil rosak teruk dna jenazahnya dikebumikan di Lanark. Pada 1949, jenazahnya dibawa pulang ke Ipoh dan kemudian disemadikan di perkuburan Roman Katolik bersebelahan Gereja St Michael, Ipoh.
Kalau nak pergi tengok peninggalan Sybil, boleh ke RUMAH PERINGATAN SYBIL di rumah kedai 73, Jalan Utama, Papan berhampiran Rumah Raja Bilah.
Kisah Sybil ni ada diabadikan dalam satu drama dokumentari Sybil Kathigasu-Apa dosaku yang ditayangkan di Astro Citra pada Mei 2010.
.
Anda boleh tengok trailer yang saya sediakan disini.
Anda boleh baca sejarah pengorbanan dan keberanian Sybil Kathigasu.
Anda rasa, layak atau tidak Sybil Kathigasu dijadikan icon kejururawatan kita selepas Florence Nightigale (Lady With The Lamp) dan Rufaidah Binti Sa’ad (Tokoh Jururawat Islam)?
Sybil Kathigasu, tokoh keberanian dan kepimpinan Jururawat.
Nur Nabiila Masfuzah
Jururawat Terlatih
#BelNawhen
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih