Bagi peminat Game of Thrones, pasti masak dengan detik ‘Walk of Shame’ Cersei Lannister (Lena Headey). Sebelum dibenarkan kembali ke istana, Lannister yang sebelumnya ditahan oleh kumpulan militan The Sparrows dipaksa berbogel dan diarak ke setiap jalan sambil dikecam orang ramai dengan slogan “Shame! (Malu)” berulang kali. Tetapi tidak ramai tahu, detik ini diinspirasikan oleh satu kisah benar berkenaan gundik Raja Edward IV, Jane Shore.

Jane Shore atau nama sebenarnya Elizabeth Lambert merupakan puteri kepada seorang pedagang Inggeris terkenal John Lambert. Apabila beliau menginjak usia dewasa, Shore mula menjadi kegilaan ramai lelaki termasuk rakan Edward IV, William Hastings. Tidak mahu perhatian sebegitu rupa, Lambert kemudiannya mengahwinkan beliau dengan kenalan merangkap pemilik bank William Shore.

Bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan dibubarkan atas alasan suaminya itu tidak subur. Perkahwinan tersebut dibubarkan pada Mac 1476 oleh tiga orang bishop yang dihantar oleh Paus Sixtus IV selepas berpuas hati dengan semua fakta yang dibentangkan. Tidak lama selepas itu, Edward IV mula menjalinkan hubungan dengannya pada Disember 1476.

Dalam kalangan raja-raja Inggeris dan Britain, baginda amat menonjol kerana sikap kaki perempuannya yang melampau. Bukan sedikit wanita yang dijadikan sebagai gundik sebelum mereka diketepikan atau diberi kepada rakan-rakan baginda. Malah, permaisuri baginda Elizabeth Woodville cuba dijadikan sebagai gundiknya tetapi ditolak oleh wanita berkenaan.

Perkahwinan mereka hanya terjadi selepas Woodville mengugut akan mengambil nyawanya sendiri sekiranya Edward IV berdegil ingin menjadikannya gundik. Perkahwinan mereka memang bahagia dan dikurniakan ramai cahaya mata. Bagaimanapun, itu tidak langsung tidak mengikis perangai hidung belang baginda.

Dalam kalangan gundiknya, yang mendapat tempat di hatinya ialah Shore. Cinta yang disemai antara mereka terus bertahan sehinggalah baginda mangkat secara tiba-tiba pada 14 April 1483. Shore yang bimbang akan kehilangan statusnya mula mengadakan hubungan dengan kerabat diraja dan bangsawan seperti putera tiri Edward IV, Thomas Grey dan Hastings.

Jadi, siapa sebenarnya yang menjadi pencetus ‘Walk of Shame’ Shore? Ia dicetuskan bukan oleh Woodville tetapi pengganti Edward IV, Raja Richard III. Richard III diketahui sebagai perampas takhta lebih-lebih lagi selepas memen.ja.rakan dua anak saudaranya sendiri, Edward V dan Richard, Duke of York di Menara London. Walaupun nasib mereka tidak diketahui, mereka hanya dilihat kali terakhir di khalayak pada akhir musim panas 1483.

Woodville yang masak dengan sikap kejam adinda iparnya itu memilih berlindung di Westminster Abbey. Ini memaksa Richard III mengalihkan sasarannya kepada Shore dan menuduhnya sebagai perantara baginda dengan Hastings dalam satu plot pengkhianatan. Hastings kemudiannya ditangkap dan dikenakan hukuman pan.cu.ng.

Sebelum dipen.ja.rakan di Pen.ja.ra Ludgate, Shore diarak ke jalan-jalan sambil hanya mengenakan kirtle dan lilin pada kedua-dua tangannya. Walaupun beliau tidak diapa-apakan secara fizikal, Shore dikecam hebat oleh orang ramai setiap kali diarak, satu pengalaman yang dianggap trauma kepada sesiapa yang melaluinya.

Rajah 1: The Penance of Jane Shore oleh William Blake.

Semasa di Ludgate, keayuan dan tingkah lakunya menarik perhatian Timbalan Peguam Negara Raja, Thomas Lynom sekaligus mendorongnya untuk mengahwini Shore. Walaupun Richard III cuba menghalang perkahwinan tersebut, hasrat baginda ditolak mentah-mentah oleh Lynom.

Selepas dibebaskan daripada pen.ja.ra, Shore berkahwin dengannya dan perkahwinan tersebut kekal sehingga beliau meninggal dunia pada 1527. Walaupun Lynom kehilangan kedudukannya selepas Richard III gugur di Bosworth pada Ogos 1485, beliau terus kekal berkhidmat sebagai birokrat termasuk sebagai ketua kerani Arthur Tudor, Prince of Wales di Istana Ludlow.

Di sebalik hakikat bahawa ‘Walk of Shame’ Game of Thrones bersifat fiksyen, ia masih lagi bukan sesuatu yang mudah untuk diharungi seperti diakui Headey. Pelakon British yang pernah membintangi filem 300 dan The Purge itu melihat hukuman sebegitu tidak patut dilalui oleh sesiapa.

RUJUKAN:

Bilyeau, Nancy. (2018). The “Walk of Shame” in Game of Thrones was inspired by the ordeal of 15th century royal mistress Jane Shore, “the Rose of London”. The Vintage News.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.