Hari ini kita dikejutkan dengan berita cubaan bunuh terhadap Donald Trump sewaktu kempen calon Presiden di Pennsylvania. Ini mungkin kisah cubaan bunuh calon Presiden yang pertama pada tahun ini. Tapi, tahukah anda, ada banyak lagi kisah cubaan bunuh pemimpin ketika kempen pencalonan presiden yang berlaku sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu?
19 Mac 2004. Presiden Taiwan, Chen Shui-bian dan Naib Presiden, Annette Lu sedang berkempen di Tainan, Taiwan, iaitu sehari sebelum pilihan raya presiden Taiwan. Kedua-duanya berdiri di tempat duduk belakang sebuah jip yang terbuka pada bahagian atasnya.
Jam menunjukkan 1.45 petang. Jalan penuh sesak dengan orang ramai yang mahu melihat sendiri kehadiran Presiden bersama Naib Presiden. Jip menyusuri jalan yang sesak dengan bergerak perlahan. Namun, tiba-tiba ada bunyi kuat yang kedengaran. Awalnya, kedua-duanya percaya bahawa mereka telah terkena mercun, yang menjadi perkara biasa dalam perarakan dan perhimpunan politik Taiwan.
Namun, Presiden Chen sedar bahawa ia adalah sesuatu yang lebih serius apabila dia menyedari bahawa dia mengalami pendarahan pada bahagian perut dan terdapat lubang peluru pada cermin hadapan kenderaan mereka. Presiden Chen melaporkan sakit di perutnya dan Annette Lu melaporkan sakit pada lututnya dan mereka dibawa ke Hospital Chi-Mei.
Setelah disiasat, didapati bahawa sebutir peluru telah menembusi cermin depan jip itu, terus tergeser pada bahagian perut Presiden. Satu lagi peluru menembusi cermin depan dan terkena pada bahagian tuangan (cast) lutut Naib Presiden yang dipakainya akibat kecederaan sebelum upacara itu.
Luka yang dialami oleh Presiden Chen hanyalah luka ringan sepanjang 11 cm, mereka berdua dibenarkan pulang dari hospital pada hari yang sama tanpa sebarang kecederaan serius yang lain.
Pada jam 3:30 petang, jurucakap Presiden, Chiou I-jen, mengumumkan bahawa “Mekanisme Keselamatan Negara” telah diaktifkan. Menjelang jam 5:30 petang, kedua-dua gabungan Pan-Blue dan Pan-Green mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan semua aktiviti kempen yang dijadualkan ketika itu.
Persoalannya, siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam insiden tembakan ini?
Setelah beberapa jam siasatan, polis mengumumkan bahawa insiden itu bukanlah bermotifkan politik, dan Republik Rakyat China tidak terlibat dalam perkara itu. Beberapa penyokong Pan-Blue berteori bahawa insiden itu sengaja diadakan untuk Chen meraih undi simpati, manakala beberapa penyokong Pan-Green berteori bahawa pembunuhan itu adalah plot dari China.
Siasatan lanjut dibuat dengan kehadiran tiga saintis forensik Amerika yang tiba di Taiwan. Tahun 2005, polis Taiwan buat sidang khas mengenai insiden tembakan itu. Ada dua suspek, iaitu Chen Yi-hsiung dan Huang Hung-Ren. Kedua-dua mereka ditemui mati sejurus selepas kejadian tembakan itu. Chen tinggal di kawasan sekitar dan menyerupai salah seorang daripada orang yang tidak dikenali yang ditunjukkan dalam pita rakaman polis.
Pada Ogos 2005, polis membuat kesimpulan yang kes itu ditutup secara rasmi, dan suspek utama, Chen Yi-hsiung mati. Kematian Chen Yi-hsiung secara rasmi diputuskan sebagai bunuh diri, dan nota bunuh diri (kononnya dibakar oleh keluarganya) dan ada video isterinya memohon maaf atas jenayah suaminya.
Kisah cubaan membunuh Presiden Taiwan ini pernah divisualkan melalui filem The Shooting of 319 pada tahun 2019.
Oleh: Farahi Kamaruddin
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih