Kedatangan aplikasi seperti WhatsApp melengkapkan revolusi digital pada zaman ini. Sekelip mata, sistem mesej teks menjadi ketinggalan zaman. Sudahlah berbayar, setiap mesej terhad pula.

Jadi dengan adanya WhatsApp, dimensi komunikasi terbuka luas tanpa pengguna perlu risau tentang bayaran. Sejak Februari 2014, Facebook telah membeli WhatsApp dengan harga AS$19.6 bilion (Deutsch, 2020).

Dan sekarang WhatsApp berdepan dengan masalah tentang keperibadian pengguna.

Sejak mengudarakan kemas kini baharu tentang dasar keselamatan data peribadi, WhatsApp menerima kritikan hebat.

Katanya WhatsApp akan berkongsi maklumat lengkap dengan Facebook. Hujah sedemikian kelihatan janggal dan seolah-olah tidak sah di sisi undang-undang juga.

Tetapi orang ramai yang mengutamakan keselamatan data peribadi enggan mengambil rιsιkσ. Jadi mereka melakukan sesuatu yang sangat bersejarah.

Migrasi Maya Paling Besar Dalam Sejarah Digitalisasi

Satu tweet sahaja!

Dengan hanya dua patah perkataan, Elon Musk mεηyεηgat WhatsApp. “Gunakan Signal,” kata beliau di Twitter, yang diciap semula oleh Jack Dorsey (CEO Twitter).

Dua patah perkataan ini menjadi rezeki paling besar untuk Signal (DeCambre, 2021). Nilai saham dagangan Signal melonjak tinggi, kerana kebanjiran jutaan orang yang meninggalkan WhatsApp meskipun terbukti selepas itu, ianya adalah saham milik Signal yang berbeza.

Daripada AS$0.60 ke AS$38.70 dalam satu hari.

Musk memang tidak berpuas hati dengan Facebook. Syarikat Cambridge Analytica pernah dituduh mεηγαlαhgµηαkαη data peribadi Facebook untuk bantu memenangkan Donald J. Trump dalam pilihan raya.

Jadi suatu gerakan maya iaitu #DeleteFacebook menular, yang turut disertai Musk tetapi mungkin kerana isu keselamatan (bukannya Trump).

Malah dakwaan terhadap Cambridge Analytica mendapat perhatian Dewan Perwakilan Amerika Syarikat yang mengeluarkan perintah penjelasan pada Mark Zuckerberg.

Zuckerberg tenang menjawab sekitar 600 soalan dalam sesi yang berlarutan selama dua hari (Wichter, 2018).

Panjang berbual, ada soalan yang mengerutkan dahi juga.

Dan Zuckerberg turut memohon maaf kerana membiarkan Cambridge Analytica ambil data (Gilbert, 2019).

Tidak cukup setakat maaf, Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat menghµkµm Facebook dengan δεηδa sebanyak AS$5 bilion (Wong, 2019).

Jadi sebagai aset utama Facebook, wajarlah orang ramai berasa tidak selamat.

Telegram juga mendapat tempias selepas isu ini bermula. Jumlah pengguna baru meningkat sekurang-kurangnya 500 peratus.

Ini merupakan migrasi maya yang sangat besar dalam dunia digitalisasi, sampai Jair Bolsonaro dan Recep Tayyip Erdogan juga turut serta (Cuthbertson, 2021).

Penjelasan Daripada Pihak WhatsApp

WhatsApp telah membuat penjelasan rapi tentang syarat penggunaan yang diperbaharui secara mengejut.

Pertama sekali, WhatsApp menyentuh tentang piawaian keperibadian dalam mesej peribadi (personal messaging).

WhatsApp tidak berkongsi maklumat bersama Facebook mahupun mengintip perbualan yang dibuat secara peribadi. Bermakna mesej-mesej bersama kawan atau kekasih sejati mahupun gelap hanya dibaca melalui dua peranti sahaja.

Fungsi aplikasi ini tidak terhad pada komunikasi semata-mata. WhatsApp juga tidak dapat melihat lokasi penggunaan.

Dan maklumat dalam talian tidak dikongsi bersama Facebook. Semua perbincangan dalam kumpulan WhatsApp kekal selamat dan telus.

Dibawah data peribadi baru ini, hanya peniaga sahaja yang terkesan (itupun bersyarat jika peniaga itu sendiri membenarkan). Peniaga mempunyai pilihan untuk menggunakan perkhidmatan hosting daripada Facebook.

Perbualan antara peniaga dan pelanggan boleh dibaca WhatsApp. Segala maklumat akan digunakan oleh Facebook kemudian bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran sahaja (al-Heeti, 2021).

Sesiapa yang menggunakan WhatsApp untuk berkomunikasi dalam urusan Facebook Shops juga akan terkesan. Aktiviti pengguna dalam bahagian ini akan dilihat untuk menentukan iklan terbaik.

Akhir sekali, jika ada iklan Facebook yang dimesej dengan WhatsApp, perbualan itu akan digunakan kedua-dua pihak untuk memaparkan iklan-iklan lain.

Jadi pembaharuan dasar peribadi hanya tertakluk pada perniagaan sahaja. Tidak mungkin WhatsApp akan membuat keputusan bµnµh diri, kerana ramai orang sangat menjaga kepentingan data peribadi.

Jadi setakat ini aplikasi-aplikasi lain menumpang selama mana isu ini berlarutan. Kerana tiba satu masa, mereka juga boleh berdepan isu sama satu hari nanti.

Cuma setakat ini, Signal mempunyai sejarah terbaik dalam bab menolak sebarang tawaran pihak ketiga yang ingin mengakses data.

Salah satu pihak yang pernah meminta akses ialah kerajaan Amerika Syarikat (Hautala, 2016).

RUJUKAN:

Al-Heeti, A. (2021, Januari 12). WhatsApp responds to concerns over privacy policy update. CNET.

Cuthbertson, A. (2021, Januari 15). WhatsApp privacy (ditapiskan) causes ‘Largest Digital Migration in Human History’, Telegram boss says as he welcomes world leaders. The Independent UK.

Gilbert, A. (2019, April 24). Facebook understood how (ditapiskan) the Trump-linked data firm Cambridge Analytica could be much earlier than it previously said. Here’s everything that’s happened up until now. Business Insider.

DeCambre, M. (2021, Januari 11). Why an Elon Musk tweet led to a 5,675% surge in Signal Advance’s stock. Market Watch.

Deutsch, A.L. (2020, Mac 18). WhatsApp: The Best Facebook Purchase Ever? Investopedia.

Hautala, L. (2016, Oktober 4). Signal chat app’s creator” US government demanded our user data. CNET.

Wichter, Z. (2018, April 12). 2 Days, 10 Hours, 600 Questions: What happened when Mark Zuckerberg went to Washington. The New York Times.

Wong, J.C. (2019, Julai 12). Facebook to be fined $5bn for Cambridge Analytica privacy violations – reports. The Guardian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.