Dalam banyak bahan dapur, ubi kentang mungkin antara yang paling serba boleh. Macam-macam hidangan menggunakannya sebagai ramuan asas.

Semua orang tahu pasal kentang jejari (French fries), kentang lecek (mashed potato), kentang sagat (potato au gratin).

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Memang macam-macam boleh buat. Satu masa dahulu, rakyat Ukraine sanggup makan kulit kentang kerana terlalu lapar akibat diza.limi kerajaan Joseph Stalin. Pada zaman yang moden ini, ada satu lagi kentang yang diminati ramai.

Memperkenalkan kerepek kentang atau bahasa lebih moden… potato chip.

Umumnya, kerepek kentang menghir.is ubi dengan nipis untuk digoreng dalam minyak panas sebelum ditabur bahan perencah seperti garam, herba atau rempah.

Teknologi perindustrian telah bantu merancakkan lagi proses pengeluaran kerepek kentang yang menguasai 35.5 peratus industri makanan ringan global.

Tidak pasti macam mana kentang kerepek bermula. Resepi paling awal terdapat dalam buku William Kitchiner iaitu The Cook’s Oracle terbitan tahun 1817. Buku ini laris di Amerika Syarikat dan United Kingdom (McElwain, 2019).

Mungkin Kitchiner hanya menulis resepi yang sudah diketahui orang ramai. Kerana buku-buku lain pun banyak bercerita tentang kerepek kentang.

Sejarah kerepek kentang melibatkan sebuah bandar di negeri New York iaitu Saratoga Springs.

Di sini, seorang tuakng masak bernama George Crum agak tersentak. Kerana ramai pelanggan berkata kentang jejari beliau terlalu tebal, terlalu berminyak dan tidak cukup garam.

Jadi Crum menghi.ris kentang nipis-nipis untuk dibuat bentuk kerepek… dan pelanggan beliau sangat-sangat suka.

Apa-apa pun sejarahnya, kerepek kentang menjadi popular. Satu dunia meminatinya.

Cuma sekarang ini, bukan sejarah yang menjadi masalah. Tiada siapa peduli jika segelintir berkata kerepek kentang berasal daripada Indonesia.

Yang orang pelik, kenapa botol kerepek kentang tidak pernah penuh?

Jangankan botol, kerepek kentang dalam bungkusan pun sama! Bagi yang tidak tahu, memang akan kata – syarikat menipu.

Memahami Sains Di Sebalik Makanan Ringan

Kalau perasan, semua syarikat tidak menawarkan kandungan penuh. Takkan mungkin semua syarikat menipu. Mesti ada sebab di sebaliknya. Dan memang ada sebab sebenarnya.

Pertama sekali, kerepek kentang menghadapi masalah logistik. Semasa penghantaran, apa-apa saja boleh terjadi.

Kilang tidak menyediakan pengeluaran untuk seorang pelanggan. Setiap hari entah berapa ribu bungkusan perlu dihantar. Sistem logisik pun perlu bergegas pada setiap masa.

Maka pengeluar sudah tahu yang muatan mesti diletakkan dengan kasar.

Untuk menjaminkan bentuk kerepek daripada kilang dan kedai, mereka mesti mengisi angin sebagai “pelampung impak”.

Sebungkus kerepek diisi angin terbukti lebih menjaminkan, berbanding sebuah bungkusan yang penuh. Kerana kerepek kentang memang sifatnya ra.puh. Tetapi mereka tida boleh mengisi angin sewenang-wenangnya.

Oksigen boleh menjejaskan kualiti kerepek, sekali gus menyebabkan ramai tidak puas hati.

Sedar yang mereka tidak boleh letak oksigen, mereka cari jalan lain. Pada tahun 1994, saintis mendapati bahawa gas nitrogen bukan setakat menambah baikkan rasa kerepek kentang tetapi juga mengawetkan supaya boleh tahan lama.

Sejak hari itu, setiap bungkusan kerepek kentang diisi gas nitrogen untuk: 1) menjadi pelampung, 2) meningkatkan rasa dan 3) bagi tahan lama (Aki, 2018).

Syarikat pengeluar sebenarnya tidak boleh menipu. Kerana setiap bungkusan mempunyai label timbangan.

Label ini diwajibkan sejak tahun 1966 lagi, apabila Kongres Amerika Syarikat meluluskan Fair Packaging and Labeling Act untuk melindungi hak pengguna.

Dibawah akta tersebut, semua pengeluar wajib mengisytiharkan berat bersih kandungan produk untuk mencegah penipuan. Contohnya, Syarikat A menjual kerepek kentang dalam bungkusan (50 gram) dan botol (200 gram).

Berat plastik (jika ada) dan botol tidak boleh dikira sekali. Kandungan kerepek kentang yang patut mencapai 50 gram atau 200 gram.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Tiada masalah jika lebih. Tetapi jangan sesekali kurang (mungkin ada talian hayat jika kurang dalam lima gram sahaja). Akta itu menyediakan ruangan untuk penyelesaian secara baik. Kurang satu dua botol – tiada siapa kisah.

Tetapi kalau asyik kurang, memang berdepan tindakan undang-undanglah. Cuma hebat-hebat Kongres Amerika Syarikat, sampai hari ini karipap inti oksigen kekal kebal. Ini rasanya Mahkamah Dunia (ICJ) pun surrender.

RUJUKAN:

Aki, E. (2018, Mac 11). The Surprising Reason Why Your Potato Chip Bag Is Half Empty. Taste of Home.

McElwain, A. (2019, Jun 17). Did Tayto really invent cheese and onion crisps? The Irish News.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.