Papua Barat merupakan sebuah wilayah yang kurang stabil dalam kedaulatan Indonesia. Umumnya, wilayah ini berbeza untuk dibandingkan dengan Papua New Guinea yang merdeka dibawah monarki Ratu Elizabeth II (sama macam Canada senang cakap). Papua Barat sekarang ada gerakan kemerdekaan iaitu Free Papua Movement yang menjulang ideologi nasionalisme-pemisah (separatist nationalism). Gerakan ini diisytihar kumpulan pengganas oleh Indonesia.

Semangat pembebasan West Papua tidak begitu membuak-buak untuk dibandingkan dengan tempat-tempat bergolak yang lain.

Jadi mudah kata, Indonesia sanggup buat apa sahaja untuk mengekalkan Papua Barat. Persoalannya, kenapa? Cuba tengok balik apa yang ada pada wilayah sebesar Malaysia ini. Jujurnya, ada banyak sebab. Salah satunya terselindung dalam tanah dan aliran sungai.

Menyelongkar Harta Bumi Papua

Beli buku terbaru kami, TERHEMPASNYA PESAWAT MH747 di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

Rahsia alam Papua mula terbongkar pada tahun 1936, apabila pakar geologi Jean Jacques Dozy mendaki Gunung Carstensz. Sebelum sampai ke puncak, Dozy terjumpa batu yang permukaannya berjalur hijau.

Beliau mengambil sampel untuk tujuan penyelidikan. Kerana kajian Dozy, satu dunia tahu – Papua sebenarnya kaya dengan sumber emas dan kuprum (Palyanova, 2019).

Bukan niat beliau pun. Tetapi itulah titik yang memulakan penderitaan ditanggung anak-anak pribumi Papua. Datang satu demi satu syarikat yang ingin mengusahakan perlombongan untuk keuntungan pantas. Kerana emas, semuanya sanggup buat.

Kesanggupan Yang Menganiayai Kaum

Penduduk Papua selepas bebas daripada cengkaman Belanda diberi peluang untuk menyertai Indonesia. Walau bagaimanapun, peluang ini hanya pada nama. Referendum 1969 yang diadakan hanya mengumpul undi daripada golongan tertentu sahaja. Ada yang menyatakan pengundi itu pun adalah agen-agen Indonesia.

New Guinea (Papua) terpisah dua. Timur jadi Papua New Guinea. Yang merah adalah “Wilayah Papua dan Papua Barat”.

Jadi dari awal lagi, referendum tersebut sudah berkiblat pada Indonesia dan rakyat marhaen tiada pilihan langsung… terpaksa diserap masuk dalam pemerintahan Suharto. Terpaksa tetapi rela. Rela tetapi terpaksa.

Walau bagaimanapun, sejarah Papua Barat tidak begitu manis… begitu ketara bezanya dengan wilayah-wilayah lain. Pihak pembebas Papua siap meminta bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu siap, cukup sebagai pemerhati adil dalam referendum kemerdekaan (Davidson, 2016).

Harta Tiada Tandingan

Banyak benda dicanang tentang penindasan Indonesia di bumi Papua. Hal ini kita ketepikan sekejap. Kita berbalik ke topik, iaitu jumlah emas di Papua Barat.

Mesti begitu banyak sampai syarikat dinaung Godfrey Rockefeller dan Henry Kissinger pun berminat.

Syarikat ini adalah Freeport McMoran, yang merupakan hasil gabungan syarikat McMoran Oil and Gas bersama Freeport Minerals.

Freeport McMoran sudah lama bertapak di Papua Barat. Mereka ada banyak lombong. Salah satunya adalah Grasberg.

Hari ini Grasberg merupakan pembayar cukai paling besar di Indonesia, dengan rizab dijangka mencecah AS$100 bilion (Schulman, 2016). Jumlah ini hanyalah anggaran.

Yang sahih mesti lagi banyak. Bayangkan mereka melombong sampai lenyap hutan 166 kilometer persegi, sekali gus mengancam kehidupan suku-suku pribumi yang hari ini binasa dek kebuluran dan penyakit.

Rosaknya alam dek tangan-tangan manusia yang memburu keuntungan daripada lombong.

Papua ibaratkan bukan sebuah wilayah dalam Indonesia. Pulau ini menjadi kawasan perlombongan semata-mata. Kerajaan ibaratkan tidak begitu beramal kebajikan secukupnya pada rakyat.

Beli buku terbaru kami, KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Ini belum lagi kita bincang pasal sisa perlombongan yang mencemari perairan Papua. Pihak Barat sendiri menjangka sebanyak 200,000 tan bahan buangan perlombongan kini merosakkan sistem perairan wilayah… semuanya perlu ditanggung rakyat marhaen.

RUJUKAN:

Davidson, H. (2016, Mei 3). West Papua: UN must supervise vote on independence, says coalition. The Guardian.

Palyanova, G. (2019). Experimental and Thermodynamical Modeling of Ore-Forming Processes in Magmatic and Hydrothermal Systems. MDPI. Halaman 187

Schulman, S. (2016, November 2). The $100bn gold mine and the West Papuans who say they are counting the cost. The Guardian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply