Kelibat ikan salmon yang melompat di muara sungai mungkin satu perkara biasa. Memang salmon mempunyai fitrah melompat, sebenarnya untuk menyingkirkan kutu pada badan (Learn, 2018).
Tetapi sehebat-hebat salmon, hebat lagi ikan exocoetidae. Bagi yang tidak tahu, exocotidae ialah sebuah keluarga bagi tujuh genus. Namanya membawa maksud “di luar katil”.
Mungkin kedengaran seperti suami yang isterinya merajuk. Ikan ini dinamakan sebegitu kerana fitrahnya yang suka berterbangan, diketahui sejak zaman Rom lagi.
Gaius Secundus ada menulis tentang ikan terbang dalam Natural History. Umumnya Secundus juga dikenali sebagai Pliny the Elder.
Ikan terbang mempunyai bentuk seperti curut. Sama seperti ikan lain, ia dilengkapkan dengan sirip sisi. Cuma bezanya, sirip ikan terbang amat panjang untuk membolehkannya terbang.
Tidak cukup dengan sirip bagaikan kepak, ikan terbang juga disempurnakan dengan ekor untuk berkemudi. Kedua-duanya – sirip dan ekor – mempunyai saiz yang sesuai untuk menerbangkan tubuh 15 hingga 50 sentimeter panjang.
Evolusi memainkan peranan dalam biologi ikan terbang. Sekitar 235 juta tahun dahulu, Laut Yangtze di China mempunyai suatu ikan bernama potanichtys xingyiensis.
Pada zaman itu, Laut Yangtze terletak di timur Lautan Paleotethys yang terletak di lokasi Lautan Hindi dan Asia Tenggara.
Potanichtys xingyiensis didapati mampu berterbang seperti exocotidae hari ini. Namun exocotidae sebenarnya bukan keturunan potanichtys xingyiensis. Tetapi kedua-dua ikan ini memperolehi kebolehan menarik ini atas sebab yang sama – lari daripada pem4ngs4 (Choi, 2012).
Hidup ikan terbang memang sukar. Banyak haiwan ingin makan mereka. Jadi mereka perlu berterbang untuk lari. Walaupun tidak boleh berkepak seperti sayap burung, sirip mereka masih bergantung pada angin untuk mengekalkan mereka di udara.
Jadi asasnya, ia tidak terbang – hanya meluncur. Andainya angin kuat, tinggilah luncurannya mungkin lapan meter daripada permukaan air.
Dan ia boleh mencecah 72 kilometer sejam, sekali gus meluncur sejauh 400 meter dalam 30 saat.
Matanya serba boleh melihat dalam dan luar air. Dan jika masuk semula dalam air, ikan terbang ini akan berenang laju bagi mendapatkan tujahan secukupnya untuk meluncur semula.
Seekor ikan dianggarkan mampu meluncur sebanyak 12 kali (Wild, 2020). Jadi bayangkanlah lima minit di udara, mesti boleh lari daripada pem4ngs4, bukan?
Salah.
Pepatah keluar mulut harimau, masuk mulut buaya mungkin tidak sesuai buat ikan terbang. Kerana mereka banyak keluar daripada mulut dolfin dan masuk dalam mulut burung.
Kebolehan meluncur tidak memberikan mereka sebarang kuasa untuk menentukan arah, berbeza dengan burung yang boleh mengalihkan posisi dan kelajuan untuk menangkap sesuatu di ruangan udara.
Jadi keluar saja daripada permukaan air, ikan terbang sebenarnya menjadi bufet. Burung yang suka makan ikan terbang ialah frigatebird (bahasa Indonesia: burung cikalang). Tanpa bulu pelepah kalis air, frigate selalu lapar. Jadi luncur saja ikan terbang, merekalah paling bahagia.
Kadang mereka mengikuti aktiviti laut, melihat bagaimana dolfin dan tuna kejar ikan terbang. Apabila air berkocak saja (ikan terbang meluncur), mereka mengambil alih.
Kocakan
Meskipun hebat, ikan terbang malangnya kurang bernasib baik. Barangkali dagingnya enak untuk ikan pem4ngs4 dan burung. Apakan daya, ikan terbang hanya memakan sumber lebih kecil. Tiba masa ia pula dimakan spesis lain.
RUJUKAN:
Choi, C.Q. (2012, Oktober 30). Flying fish evolved to escape prehistoric (ditapiskan). Live Science.
Learn, J.R. (2018, Julai 13). Why are these salmon jumping? ScienceMag.
Wild, S. (2020, Disember 13). Flying fish: real fish but not really flying. Live Science.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih