Bila seseorang datang bekerja di tempat baru, Jabatan Sumber Manusia akan buat sesi latihan untuk pekerja tu. Sumber manusia akan cerita pasal pengenalan syarikat, proses kerja, dan semua prosedur dibawah Jabatan Sumber Manusia.
Selepas tu, Bahagian Keselamatan Pekerjaan akan sambung sesi latihan. Pekerjaan akan diberi latihan induksi keselamatan pekerjaan. Biasanya mengambil masa satu-dua jam untuk satu sesi.
Antara yang akan diterangkan ialah undang-undang berkaitan dengan tempat kerja iaitu Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Akta ini terpakai untuk setiap industri yang dinyatakan dibawah Jadual Pertama. Ada 10 industri dalam jadual iaitu:
- Pengilangan
- Lombong dan Kuari
- Pembinaan
- Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
- Kemudahan dan Utililiti
- Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi
- Perdagangan borong dan runcit
- Hotel dan Restoran
- Kewangan, Insurans, Harta Tanah dan Perkhidmatan Perniagaan
- Perkhidmatan awam dan Pihak Berkuasa Berkanun.
Pendek kata semua tempat kerja yang ada tertakluk kepada akta ni kecuali yang dinyatakan dalam seksyen 1(3) ;
- Kapal dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 atau Ordinan Perkapalan Saudagar 1960
- Semua yang dibawah Angkatan Tentera.
*Kapal yang berada di dalam kawasan Perairan Malaysia adalah tertakluk kepada dua ordinan diatas.
Ini kebiasaannya diceritakan secara umum untuk seksyen 15 (tanggungjawab majikan) dan seksyen 24 (tanggungjawab pekerja).
Dibawah seksyen 15(2)(A), ada empat tanggungjawab umum setiap majikan dan pemilik tempat kerja.
- Maklumat.
Setiap pekerja perlu diberitahu tentang bahaya dan risiko mereka di tempat kerja. Pekerja juga perlu diberitahu tahap risiko yang terdedah kepada mereka dan langkah pencegahan yang telah diambil untuk memastikan kebarangkalian kemalangan itu dapat dikurangkan. Majikan boleh gunakan poster, memo atau papan notis untuk menyampaikan maklumat kepada pekerja.
- Arahan.
Setiap proses kerja mestilah mempunyai prosedur selamat (SOP) yang disediakan oleh majikan untuk seseorang pekerja melakukan kerja. Contoh prosedur pengendalian bahan kimia atau prosedur pengendalian mesin. Proses untuk menyediakan prosedur selamat semestinya melibatkan bahagian keselamatan pekerjaan untuk memastikan prosedur kerja mengikut undang-undang dan akta.
- Latihan
Setiap pekerja mestilah dilatih untuk melakukan sesuatu proses kerja. Contohnya pekerja yang ditugaskan untuk mengendalikan mesin, dia mestilah dilatih untuk cara pengendalian mesin itu. Selain itu, pekerja juga perlu dilatih untuk menangani situasi bahaya atau kecemasan sekiranya berlaku.
- Penyeliaan.
Ini bermaksud majikan perlu mengadakan penyeliaan kesihatan kepada pekerjaan berdasarkan keperluan akta. Sebagaikan contoh, pekerja yang terlibat dengan kawasan kerja bunyi bising perlu dihantar untuk pemeriksaan kesihatan tahunan berdasarkan peraturan pendedahan bunyi bising 2019. Bukan semua pekerja perlu dihantar untuk pemeriksaan kesihatan, keperluan ni perlu dirujuk peraturan berkaitan proses kerja yang dilakukan oleh pekerja.
Dibawah seksyen 24, ia menerangkan tentang kewajiban pekerja yang berada didalam premis atau tempat kerja.
- Menjaga keselamatan diri dan orang lain semasa bekerja
- Bekerjasama dengan majikan untuk memastikan tempat kerja selamat.
- Menggunakan Alat Perlindungan Diri yang telah disediakan oleh majikan.
- Mematuhi arahan dan prosedur keselamatan dan kesihatan yang disediakan oleh majikan.
Ada 67 seksyen dalam akta ni, untuk sesorang pekerja kebiasaannya cukuplah untuk anda mengetahui hak anda ditempat kerja. Jika anda memasuki sesuatu tempat kerja dan melakukan proses kerja berbahaya, anda seharusnya tahu apa impak dan risiko yang anda terdedah semasa melakukan kerja tersebut. Anda juga perlu tahu apa yang telah dilakukan oleh majikan untuk mengurangkan kebarangkalian kemalangan dari pendedahan risiko tersebut.
Kalau anda perasan, dalam seksyen 15 untuk tanggungjawab majikan banyak kali disebut terma ‘Setakat yang praktik’. Setakat yang praktik bermaksud tahap paling maksimum untuk majikan memastikan kebarangkalian yang rendah untuk kemalangan berlaku.
Saya bagi contoh situasi dalam proses bahan kimia. Majikan menggunakan bahan kimia berbahaya jenis A untuk menghasilkan produk. Bahan A boleh menyebabkan radang paru-paru kepada pekerja sekiranya terdedah kepada pekerja melebihi 8 jam sehari dan dalam kepekatan yang tinggi. Majikan akan mengikut hierarki kawalan yang digariskan oleh JKKP untuk mengurangkan risiko.
- Menghapuskan penggunaan bahan kimia A. Ini bergantung kepada proses kerja, jika proses kerja tersebut memerlukan bahan kimia A sebagai bahan utama, tentu mustahil untuk menghapuskan penggunaan bahan tersebut. Sekiranya penghapusan gagal, pergi ke langkah kedua.
- Menggantikan bahan kimia A dengan bahan kimia yang kurang berbahaya. Sekiranya tiada bahan kimia lain yang boleh digunakan untuk menggantikan bahan kimia A, langkah ketiga digunakan.
- Mengasingkan proses kerja seperti bilik khas atau kawasan khas. Ini mengurangkan jumlah pekerja yang terdedah kepada risiko bahaya dan menjimatkan kos seperti latihan khas dan alat perlindungan diri.
- Bilik khas atau kawasan khas untuk proses kerja bahan kimia A mestilah mempunyai sistem kawalan udara yang baik untuk mengurangkan risiko pekerja tersedut bahan kimia itu.
- Langkah pertadbiran ialah pemeriksaan kesihatan tahunan, latihan khas untuk pekerja dan prosedur proses kerja. Majikan akan memastikan pekerja tidak bekerja melebihi 8 jam dan mengurangkan kepekatan kandungan bahan kimia dalam udara.
- Alat perlindungan diri seperti topeng muka yang sesuai juga diberikan kepada pekerja untuk memastikan pekerja kurang terdedah kepada bahan kimia.
Dalam situasi bahan kimia A, adalah tidak mungkin untuk bahan kimia itu dihapuskan atau digantikan.
Kita tahu bahan kimia tu berbahaya, tapi tiada bahan kimia lain untuk menggantikannya dalam sesuatu proses. Jadi langkah kawalan digunakan untuk mengurangkan risiko pendedahan tersebut.
Contoh lain ialah kita tahu kerja ditempat tinggi bahaya, tapi kita masih perlu melakukan kerja tempat tinggi. Jadi langkah kawalan nombor 3 hingga 6 perlu digunakan untuk memastikan kebarangkalian pekerja jatuh dikurangkan.
Ini contoh untuk proses langkah kawalan yang melibatkan bahan kimia berbahaya. Proses kawalan risiko ini berulang untuk setiap proses kerja yang ada ditempat kerja berdasarkan keperluan. Bahagian keselamatan pekerjaan tempat kerja selalunya ada target untuk memastikan kemalangan tidak berlaku di tempat kerja mereka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih