Isu Natuna tengah hangat, ramai minta aku ulas. Sebenarnya isu dia simple je.
Sejak bulan lepas, ada kapal nelayan dan coast guard China masuk ke perairan Indonesia yang hampir dengan Kepulauan Natuna. Indonesia halau, pastu protes melalui saluran diplomatik, panggil duta China.
Yang bikin panas ialah kenyataan Kementerian Luar China yang kata China ada hak nak masuk ke situ sebab kawasan itu China punya. China klaim seluruh kawasan dalam lingkungan “9 Dash Line” adalah kawasan perairan dia, dah kawasan itu termasuk sebahagian daripada kawasan perairan Kepulauan Natuna.
Mengikut undang-undang laut antarabangsa (UNCLOS) yang sedia ada, negara hanya boleh klaim maksimum 200 batu nautikal (370 km) dari garis dasar (baseline) pesisir, atau “zon ekonomi eksklusif” (EEZ). Jadi “9 Dash Line” China ini langgar semua EEZ milik Vietnam, Filipina, Brunei, Malaysia dan Indonesia.
Apa lagi, Indonesia kerah lah dia punya jet pejuang dan kapal perang ke Natuna sebagai “show of force”. Seolah-olah bagitau China “maju lu sini”, kau mari aku bom. Hashtag #NatunaMilikIndonesia dan #JokowiKawalNatuna trending. Seluruh Indonesia rally di belakang Pak Jokowi.
Ada orang risau, Indonesia buat macam ni tak takut China balas ke? Boleh jadi perang antara China dan Indonesia?
Sebenarnya, dalam hubungan antarabangsa, kadang kau kena jadi gangster sikit. China sengaja hantar kapal dia masuk ke kawasan perairan orang untuk “test the waters” secara literal. Kalau kau tak tunjuk taring, macam mana dia nak respect kau? Jadi makin selamba dia. Diplomasi berkesan hanya boleh diwujudkan oleh kekuatan ketenteraan. Peace through strength.
Ini pun bukan kali pertama China dan Indonesia bergaduh pasal kawasan perairan Natuna. Tapi setiap kali Indonesia berjaya mempertahankan hak dia dengan sikap “tiada kompromi” dan “tiada negosiasi”.
Tapi nak buat macam tu kena betul-betul ada kekuatan, tak boleh main gertak suka hati. Tentera laut Indonesia memang tip top, kalau berperang betul dengan China pun tak semestinya kalah, sebab itu China bertolak ansur. Macam kes US vs. Iran juga. Iran boleh lah nak main retaliate sebagai “show of force”, kalau Lubnan atau Jordan buat macam tu dah lama hangus.
Plus China takut Indonesia akan campur tangan dalam Laut China Selatan (SCS). Isu Natuna bukan sebahagian daripada isu tunduhan bertindih di SCS, jadi selama ni Indonesia tak ambil port dan jaga hubungannya dengan China. Tapi kalau Indonesia bengang dengan China, cucuk China dengan isu SCS, isu tu akan jadi isu ASEAN sebab Indonesia ialah de facto pemimpin ASEAN. Tu yang China tak nak. Jadi China dan Indonesia tak akan berperang akibat ketegangan di Natuna.
Indonesia pun pandai, guna pencerobohan China sebagai pretext untuk “militarize” Natuna, terutamanya sejak Jokowi jadi Presiden. Jokowi bercita-cita menjadikan Natuna sebagai “Pearl Harbor” Indonesia, dan sejak tahun 2018 tentera laut Indonesia dah ada pangkalan tentera laut di Natuna. Tengok posisi dia yang ada di tengah-tengah Asia Tenggara tu, ngeri aku bayangkan masa depan Indonesia sebagai hegemon laut di Indo-Pasifik.
Indonesia mewarisi Natuna daripada Belanda. Belanda pula dapat Natuna daripada Kesultanan Riau-Lingga yang berpecah daripada Kesultanan Johor pada tahun 1824. Andai kata Johor tak berpecah dulu, hari ini Malaysia yang akan jadi pemilik Natuna dan “lord of the seas” di Asia Tenggara.
Tapi tu lah, dah takdir. Dan kita baik sangat, tak klaim.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih