Sejak dahulu lagi, polemik claim antara Malaysia dan Indonesia masih lagi tiada kesudahan. Bermula dari bahasa, seni, makanan dan bermacam lagi benda kecil dijadikan sebagai hujah bahawa berlaku budaya claim.

Padahal kedua-dua negara ini memiliki leluhur yang sama walaupun sudah berbeza pemikiran dan fahaman.

Beli buku terbaru kami, KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Baru-baru ini, pihak Indonesia telah membuat dakwaan Malaysia cuba merompak atau claim tarian Reog sebagai salah satu warisan negara.

Tindakan itu telah mendapat respon pantas daripada Menteri Penyelaras Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy.

Muhadjir Effendy

Beliau mengatakan bahawa Malaysia tidak layak langsung claim tarian Reog itu adalah budaya dan warisan asli Indonesia.

Bagi memastikan Malaysia tidak claim secara membabi buta, beliau telah meminta pihak berkenaan membawa usul tarian Reog ke UNESCO sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara (Intangible Cultural Heritagen).

Pengiktirafan UNESCO terhadap tarian Reog akan membuatkan Indonesia memiliki secara mutlak warisan itu dan dapat elakkan Malaysia cuba claim.

Persoalannya sekarang, legit ke tuduhan Indonesia terhadap Malaysia? Untuk itu kita perlu telusuri sejarah tarian Reog.

Tarian Reog dikatakan berasal daripada 5 versi cerita rakyat yang berbeza. Walau bagaimanapun, versi tentang pemberontakan Ki Ageng Kutu adalah paling terkenal dan diingati.

Menurut versi tersebut, Ki Ageng Kutu pada asalnya merupakan hamba kepada raja ketika pemerintahan Bhre Kertabhumi pada abad ke-15.

Oleh kerana tidak tahan melihat sang raja bersikap sangat kejam kerana terlalu mengikut cakap permaisuri, Ki Ageng Kutu telah memberontak tetapi gagal.

Setelah itu, Ki Ageng Kutu telah berundur dan mengasaskan kelas seni bela diri tetapi semangat melawannya tidak akan pernah pudar. Nak lawan raja, Ki Ageng Kutu mestilah miliki angkatan yang ampuh, dapat kuasai para pembesar dan bekerjasama dengan kerajaan sekitar tapi dia sendiri tidak mampu laksanakan semua.

Sebagai tanda ketidakpuashatian kepada raja, Ki Ageng Kutu telah mengasaskan tarian Reog sebagai sindiran kepada Bhre Kertabhumi dan kerajaannya.

Terdapat juga versi lain yang menyatakan tarian Reog diciptakan sebagai salah satu cara untuk menyebarkan Islam kepada masyarakat setempat.

Ki Ageng Kutu tahu masyarakat Jawa sangat berpegang dengan budaya dan adat agak begitu kuat sekali. Bagi memastikan Islam dapat disebarkan dengan aman, Ki Ageng Kutu telah memurnikan budaya Jawa agar bersesuaian dengan Islam.

Itulah yang terjadi kepada tarian Reog.

Dikatakan juga nama Reog itu diambil daripada perkataan riyokun yang bermaksud khusnul khatimah.

Paling penting sekali adalah tarian ini berasal daripada Ponorogo, Provinsi Jawa Timur, Indonesia.

Senang cerita memang agak logik, pihak Indonesia akan melenting jika Malaysia benar-benar cuba claim tarian Reog.

Beli buku terbaru kami, TERHEMPASNYA PESAWAT MH747 di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

Di pihak Malaysia pula, tidak pernah kedengaran bahawa kita akan claim ataupun merompak tarian Reog. Jika ditanya kepada beberapa rakyat Malaysia, mereka sendiri tidak tahu apa itu tarian Reog.

Mungkin ini hanya perencah sahaja bagi menghangatkan polemik bahasa Melayu vs bahasa Indonesia yang sedang hangat di media sosial.

RUJUKAN:

Muhammad Irfan Al-Amin. (2018, Oktober 8). Mengenal sejarah dan asal-usul Tari Reog Ponorogo. Kata Data.

Utusan Malaysia. (2022, April 7). Indonesia dakwa Malaysia mahu iktiraf ‘Reog Ponorogo’ sebagai warisan negara.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply