Apakah dimaksudkan dengan Imperialisme Keintelektualan? Siapakah yang mengutarakan isu imperialisme keintelektualan dalam kalangan penyelidik? Tidak lain tidak bukan tentulah Prof Syed Hussein Al Alatas seorang ilmuwan Melayu yang berani menentang arus.
Satu kertas kerja yang diterbitkan pada tahun 2000 arwah telah menghurai secara jelas tentang imperialisme keintelektualan. Baginya, imperialisme selepas merdeka bukan sahaja dalam bentuk ekonomi dan sosial (budaya barat) tetapi juga dalam bentuk keintelektualan. Imperialisme keintelektualan bermaksud dominasi satu pihak ke atas pihak yang lain dalam bidang ilmu.
Contoh mudahnya begini, dahulu masyarakat Melayu ini begitu banyak manuskrip. Tetapi di mana majoriti manuskrip itu sekarang? Menurut Pusat Penyelidikan Manuskrip UKM terdapat 10,000 ke 15,000 judul manuskrip di 151 perpustakaan, arkib dan muzium di 28 negara. 95% belum dikaji. Kita hanya mengharapkan sarjana barat untuk mengkajinya?
Arwah memberi contoh apabila dia pergi ke Kelantan, beliau bertemu dengan bomoh yang terkenal. Bomoh itu telah menceritakan kesemua informasi tentang ilmu pembomohan Melayu lama kepada penyelidik British yang kemudian diterbitkan tanpa memberi kredit kepada pemberi informasi. Kemudian ilmu itu pula dicedok oleh orang kita selepas merdeka yang memberi kredit kepada ‘sarjana’ inggeris itu tadi.
Contoh kedua, seorang kawannya sarjana falsafah. Arwah telah bertanyakan kepada tidak menyelidik falsafah Islam seperti Jalaludin Rumi. Jawapannya falsafah sebelum Hegel tiada nilai. Contoh yang menarik adalah mengenai sejarah Singapura. Sarjana British menyatakan bahawa Singapura dibuka oleh Stamford Raffles. Dan ianya kekal sehingga sekarang.
Arwah pernah menulis satu artikel yang akhirnya menjadi buku yang bertajuk “Mitos Peribumi Malas” yang diterbitkan oleh DBP. Dalam buku ini secara terang-terangan arwah menempelak sarjana dan penjajah barat yang menyatakan orang pribumi ini malas. Bermula pada tahun 1613 setelah satu abad penjajahan Portugis di Melaka, Melayu dilaporkan sebagai menggunakan waktu untuk bersenang lenang dan mengabaikan pelajaran seperti sastera. Inilah titik mula laporan negatif terhadap orang Melayu. Tapi di mata sarjana Inggeris lagi teruk hingga menyatakan pribumi malas. Walaupun begitu terdapat sarjana Inggeris yang memberi laporan yang baik tentang orang Melayu seperti Frank Swettenham.
Maka arwah telah menulis buku tersebut bagi menafikan. Antaranya tentang dasar penjajah seperti monopoli ekonomi (dimana orang Melayu pedagang dan peniaga tetapi lama kelamaan diambil alih oleh koloni), buruh, dasar pendidikan penjajah, pentadbiran penjajah dan sebagainya. Bacalah buku ini untuk maklumat lanjut.
Walaupun adanya perkembangan ilmuwan yang mula menyelidik untuk menjadikan ilmu itu bebas dari pengaruh imperialisme tetapi perkembangannya sangat perlahan. Antara tokoh ilmuwan yang banyak menyelidik sendiri ilmu adalah mendiang Dr Liaw Yock Fang yang telah mengkaji dan menulis serta menerbitkan semula kitab Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut. Beliau telah pergi ke Vatikan City untuk membuat kajian salinan asal yang terdapat di sana. Hasilnya banyak ilmu seperti air pasang surut, carta-carta pengiraan bulan dan matahari, berbeza dengan tohmahan yang mengatakannya sekadar sebuah kisah dongeng.
Ilmuwan lain adalah seperti Prof Dato Teo Kok Seng yang bertegas bahawa Tamadun Sungai Batu dimaksudkan di dalam silibus buku teks sebagai tamadun Melayu tertua. Prof Dato Shamsul Amri Baharuddin telah menubuhkan Institut Oksidental bagi mengkaji pertembungan ilmu barat dan timur. Contoh paling ketara buku teks negara kita. Masih lagi menyatakan Melaka kalah disebabkan oleh senjata seperti keris.
Para ilmuwan… kajilah manuskrip kita yang ada di negara luar.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih