Minyak mempunyai peranan sangat besar dalam dunia ini. Penggerak enjin kenderaan dan ekonomi negara, manusia tentu sekali menghadapi masalah besar tanpa minyak.Tetapi lagi banyak masalah akan berlaku jika minyak tertumpah dalam kuantiti banyak.
Memandangkan Port Dickson dan Tanjung Tuan sedang menghadapi krisis tumpahan minyak (Habibu, 2020), sewajarnya impak-impak tumpahan minyak dibincangkan.
Ada banyak punca yang menyebabkan tumpahan minyak. Berkemungkinan sesuatu kem4l4ngan yang berlaku, dan minyak mentah terkeluar daripada kapal tangki atau pelantar minyak.
Malah tumpahan boleh juga disengajakan, seperti dibuat Iraq semasa menduduki Kuwait secara haram. Angkara Saddam Hussein, seluruh Timur Tengah berdepan dengan krisis besar satu masa dahulu.
Kerana di Kuwait, berlaku tumpahan minyak paling teruk dalam sejarah. Hampir 160 bilion liter sengaja dibuang, dengan 605 hingga 732 telaga minyak dib4k4r kerana dasar bumi h4ngvs.
Lima peratus tanah Kuwait dicemari minyak, dengan operasi pemulihan memakan kos sangat tinggi. Di sini jelas bahawa walau apa pun niatnya, impak tumpahan minyak tetap sama.
Alam sekitar yang tercemar menjejaskan ekonomi sebuah negara, sekali gus memberikan kesan dalam peringkat sosial. Disebabkan itulah pihak media sentiasa kecoh jika berlaku kes-kes tumpahan biasa.
Politik pun boleh bergegar, kerana tidak berpuas hati dengan kaedan kerajaan menangani krisis. Dalam hal ini, haiwan paling teruk merasai kesan. Tangisan mereka tidak didengari sesiapa.
Sejujurnya tumpahan kecil boleh mendatangkan bala lebih besar (berbanding tumpahan besar) kepada haiwan (Bautista & Rahman, 2016).
Minyak boleh merosakkan bulu pada pelepah atau kulit haiwan, menjejaskan kemampuan mereka untuk mengimbangi suhu badan. Jadi jika suhu alam berubah secara ketara (kerana burung berterbangan dari tempat ke tempat), mereka boleh m4ti.
Haiwan juga dikenalpasti bergantung pada bau untuk mengenalpasti anak (dan ibu). Bau minyak yang kuat boleh membvnvh bau semulajadi haiwan. Jadi ibu tidak boleh mengecam anak.
Anak burung yang memerlukan ibu mereka akan dibuang (kerana ibu tidak tahu itu anaknya). Kelaparan dan kehausan akan menentukan nasib anak-anak burung ini. Minyak turut terbukti menjejaskan keupayaan burung untuk terbang. Jadi burung tidak boleh mencari makanan (atau lari daripada pem4ngs4).
Burung-burung yang cuba membersihkan diri (dengan paruh) akan menelan minyak, yang menjejaskan salur penghadaman, mengganggu fungsi hati dan merosakkan ginjal. Ini akan memberi kesan sangat besar, dalam hidup mereka.
Kesan sama menjejaskan mamalia berkulit dengan cara yang sama. Memerang dan anjing laut pun tidak boleh mengimbangi suhu badan jika dilitupi minyak.
Apa yang berlaku pada dalaman burung akan berlaku pada mereka, jika minyak ditelan. Malah ada haiwan boleh buta terus.
Bagi ikan pula, ini nasib mereka.
Manusia pula akan menerima musibah kesihatan daripada udara. Tumpahan minyak akan merosakkan kualiti udara (Middlebrook, et al. 2011).
Banyak bahan kimia – benzene, toluene, poly-aromatic hydrocarbon antaranya – terdapat dalam minyak mentah. Bahan-bahan ini boleh menjejaskan paru-paru (dan seluruh badan).
Malah jika minyak ini terb4k4r, lagi teruklah kesannya. Jelaga daripada bahan ini akan berhamburan di udara, sekali gus tersebar secara tidak terkawal.
Proses pembersihan dan pemulihan pula diketahui mengeluarkan bahan pencemaran udara juga, seperti nitric oksida.
Semasa Amerika Syarikat berdepan dengan Krisis Deepwater Horizon, seluruh Gulf Coast didapati mempunyai kualiti udara sangat teruk.
Setakat ini Malaysia masih lagi dalam keadaan terkawal. Kerana Deepwater Horizon ialah suatu malapetaka bersaiz 6,500 hingga 176,100 km2.
Tumpahan minyak antara Port Dickson ke Tanjung Tuan hanyalah dua kilometer; maka kesannya mungkin tidak dirasai sangat.
RUJUKAN:
Bautista, H., & Rahman, K.M.M. (2016). Effects of Crude Oil Pollution in the Tropical Rainforest Biodiversity of Ecuadorian Amazon Region. Journal of Biodiversity and Environmental Sciences. 8 (2): 249-254.
Habibu, S. (2020, Oktober 13). Authorities cleaning up oil spill in Port Dickson. The Star.
Middlebrook, A.M., et al. (2012). Air quality implications of the Deepwater Horizon oil spill. Proceedings of National Academy of Sciences. 109 (50): 20,280-20,285.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih