Selepas pembubaran Kesatuan Soviet, dunia menghirup wangian keamanan yang semerbak indah. Jalinan persahabatan antara Eropah dan Rusia membuahkan hasil lumayan. Ekonomi dunia dipacu dengan baik.

Eropah menikmati keselesaan hidup dengan sumber bahan api daripada Rusia. Namun dunia yang terlalu unipolar (satu pihak menikmati kuasa) mengundang masalah geopolitik seperti peperangan di Yugoslavia dan Timur Tengah.

Dan selama mana dunia akan bersetuju menongkah arus yang sama. Zaman sekarang, kita menyaksikan pertembungan arus dalam unipolariti ini.

Apabila Rusia merampas Crimea daripada tangan Ukraine, pihak Barat agak terkejut. Bukan mudah jika putuskan hubungan terus, kerana terlalu lama menikmati hubungan baik. Gas asli daripada Rusia terlalu murah.

Siap Jerman sudah bekerjasama dengan Rusia dalam projek Nord Stream lagi. Gas asli ini pula digunakan untuk menjana elektrik. Ertinya, mereka perlu Rusia.

Tetapi ikut prinsip, Rusia telah mencuri. Jadi mereka memulakan tindak balas secara kecil-kecilan. Ekonomi Rusia disekat dengan pakej sanction. Pada mulanya, dunia bersidang dalam Group of Eight (G8).

Kenangan Silam Apabila Rusia Masih Relevan

Sejak krisis Crimea, pihak Rusia ditendang keluar daripada G8. Maka tinggallah Group of Seven (G7). Tujuannya adalah untuk menjadikan Rusia sebuah “negara buangan” dalam ekonomi global.

Pada tahun 2014, delegasi Barat (termasuk Jepun) mengisytiharkan sekatan ekonomi yang tertumpu pada pegawai dan kroni kerajaan Rusia. Namun pihak Rusia tidak peduli langsung, siap meminta semua ahli politik disekat Eropah.

Maksudnya, tiada siapa boleh berniaga di Eropah. Cakap pasal perniagaan, bukan takat jual sayur. Syarikat minyak Rosneft misalnya tidak boleh menghantar produk mereka ke Jerman.

Industri bahan api, perbankan dan pertahanan dijadikan sasaran. Tetapi beberapa negara Eropah seperti Itali dan Perancis misalnya tidak bersetuju dengan pendekatan ini.

Bulgaria, Czechia dan Hungary berpendapat yang sekatan ekonomi hanya merugikan diri… kerana ekonomi Rusia tidak langsung melutut (Reid & Cutmore, 2017). Austria dan Jerman siap mengkritik pentadbiran Donald Trump kerana ingin menyambung sekatan (Bershidsky, 2017).

Karikatur Peter Schrank Untuk Faham Sanction

Tarik pergi. Tarik mari. Kita tengok sekatan ekonomi tidak mengubah realiti. Rusia tetap menyerang Ukraine. Dan kerajaan-kerajaan Barat hari ini mengisytiharkan sekatan ekonomi lagi. Sebenarnya sekatan ekonomi kali ini hanyalah cubitan, jauh sekali torehan seperti diminta Ukraine.

Kali ini Barat hanya mengenakan sekatan terhadap perakaunan Rusia. Lebih daripada 80 peratus syarikat dalam institusi perbankan terjejas, kerana mereka tidak boleh memperolehi dana daripada rizab Eropah.

Cakap pasal “perakaunan”, maksudnya duit daripada negara Rusia tidak boleh masuk dalam Eropah. Rusia tidak boleh mengimport barangan teknologi seperti semikonduktor misalnya.

Jika suatu produk dibuat dengan komponen (kapasitor contohnya) “Made in America”, kira produk tersebut tidak boleh eksport ke Rusia. Ini yang masalah sebenarnya. Malaysia yang tiada kena mengena pun kena hati-hati.

Kesannya mengambil masa beberapa bulan hingga tahun sebenarnya. Sebab sekatan ekonomi hanyalah ilusi semata-mata.

Apabila sebuah ekonomi disekat, banyak benda akan berlaku: 1) tiada pelabur sudi datang, 2) rakyat tempatan akan panik dan 3) ekonomi tempatan mesti menghadapi kesukaran.

Tiga perkara ini terjadi pada ketika negara tidak boleh minta pertolongan luar. Ini yang susah. Rakyat dalam kepanikan mesti akan mengeluarkan wang tunai daripada simpanan. Keluaran wang (bank run) akan menyusahkan ekonomi Rusia.

Kerana Bank Negara Rusia perlu menaikkan kadar faedah, sekali gus mempengaruhi faktor hutang bagai (el-Bawab & Schulze, 2022). Maka orang pun akan marah terhadap kerajaan, kerana mencari pasal di bumi orang.

Jadi kesannya memang takkan memberi impak dalam masa sekejap. Semuanya tertakluk pada kesediaan Rusia untuk menghadapinya.

RUJUKAN:

Bershidsky, L. (2017, Jun 26). The U.S. Sanctions Russia, Europe Says ‘Ouch!’. Bloomberg.

el-Bawab, N., & Schulze, E. (2022, Februari 26). What to know about economic sanctions and how they will affect Russia. ABC News.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply