Dalam kehidupan harian manusia, makanan merupakan asas seperti minyak kepada kenderaan. Tanpa makanan, pelbagai masalah boleh timbul bermula dengan kemarahan sampailah Izrail memanggil. Makanan mempunyai pelbagai jenis zat; antaranya ialah protein yang memberikan manfaat besar kepada darah, kulit, otot dan tulang. Cuma berbeza dengan lemak dan karbohidrat, tubuh badan tidak menyimpan protein. Sebaliknya setiap sajian makanan yang menyumbangkannya.
Salah satu
makanan tersebut ialah daging. Industri daging di peringkat global telah
mencapai suatu tahap kemajuan yang malang sekali mempunyai impak sangat besar
kepada alam sekitar. Atas impak inilah kegiatan aktivisme di negara-negara
Barat kian hangat. Sungguhpun begitu ramai dalam kalangan mereka terbuai dengan
falasi vegeterianisme sampai seolah-olah “mengaibkan” (guilt-shaming)
pemakan-pemakan daging sebagai zalim ats sokongan ekonomi kepada industri yang
menzalimi haiwan.
Sejak
azali lagi, peranan haiwan dengan manusia menjangkaui batasan makanan
semata-mata. Namun realiti tersebut tidak menidakkan haiwan sebagai sumber
makanan utama. Berterus terang, tiada siapa pernah menunggang ayam dan itik
sepertimana kerbau, kuda dan lembu dibuat sebagai alat pengangkutan. Dan
tunggangan babi pula belum pernah dikomersilkan, walaupun dalam peperangan.
Maka manusia terikat kepada suatu konklusi yang tidak berubah. Jika 200,000
tahun dahulu manusia melembutkan daging dalam kantung kulit dengan cara
jerangan. Sekarang manusia menggunakan periuk tekanan sahaja.
Secara
statistik, lebih daripada 72 bilion haiwan menjadi makanan setiap tahun.
Amerika Syarikat sahaja menternak 9 bilion ayam setahun. Angka yang besar ini
perlu dikendalikan dengan pendekatan pro-persekitaran juga, kerana perlu diakui
bahawa kesan industri makanan kepada ekosistem sangatlah besar.
- Pencemaran alam
Najis
merupakan punca utama disebalik segala ancaman terhadap alam sekitar. Amerika
Syarikat pernah ditimpa musibah besar dengan Taufan Florence yang merosakkan
ladang-ladang babi di North Carolina. Biasanya ladang-ladang babi mempunyai
lantai bertingkat dimana najis boleh dipam ke lubang bawah tanah yang dipenuhi
air dan bakteria untuk mencernakan najis tersbeut. Namun apabila banjir akibat
Taufan Florence melanda, sebanyak 38 bilion liter najis ini keluar mencemarkan
sungai yang menghancurkan ekosistem tersebut.
Untuk
meletakkan perspektif, isipadu 38 bilion liter tersebut jika air terawat boleh
disalurkan untuk kegunaan 1.54 juta keluarga. Aplikasikan angka tersebut pada
skala perladangan babi di Pulau Pinang yang mana kes di Gertak Sanggul didapati
memberikan kerosakan besar kepada persekitaran teluk negeri. Najis babi dibawa
hujan ke pantai Gertak Sanggul yang turut mempunyai kerang. Keadaan dikeruhkan
lagi apabila ladang-ladang babi ini tidak mempunyai lesen pun.
Tidak cukup dengan itu, pengurusan teruk daripada ladang-ladang udang berdekatan turut memberikan kesan buruk kepada teluk pulau. Pada masa yang sama, dua sungai yang dijadikan sumber bekalan kepada 100,000 orang Sabah pula dilaporkan telah tercemar akibat perladangan ayam.
Industri
daging global juga terbukti merosakkan kualiti tanah dan air yang menyumbang
kepada 18% daripada gas rumah hijau. Angka ini sangatlah besar sehinggakan
jumlah kenderaan seperti kapal, pesawat, lori dan kereta pun tidak mampu
menandinginya. Implikasi daripada gas rumah hijau boleh dikaji dengan perubahan
iklim yang mendatangkan banjir dan kemarau.
- Modal air dan gandum
Pengeluaran
daging memerlukan modal yang sangat besar. Untuk menghasilkan sekilogram
daging, seekor lembu perlu makan 25 kilogram bijian (berbeza mengikut rantau)
dalam bentuk dedak dan 15,000 liter air. Kajian pada tahun 2006 mendedahkan
bahawa 30% permukaan Bumi telah digunakan untuk perusahaan daging sahaja.
Purata pemakanan daging bagi negara-negara berpendapatan tinggi iaitu 200-250
gram sehari merupakan punca industri daging kian bertambah.
Pertambahan
ladang turut mencipta pekerjaan apabila banyak kilang-kilang pemprosesan dedak
dibangunkan. Namun permintaan untuk bijian boleh mengganggu imbangan bekalan
yang menaikkan harga. Sekaligus kesan ini memberi impak kepada golongan miskin.
Di peringkat global, 12.9% populasi kekurangan zat ekoran jaminan makanan (food
security) yang teruk. Andai kata kilang-kilang dedak ditutup (contoh simulasi
sahaja), jumlah bijian yang ada boleh dibuat makanan untuk 3.5 bilion orang.
- Kesan
kesihatan
Penternakan
haiwan juga mempunyai kriteria berat yang perlu digegaskan untuk pusingan
modal. Maka para penternak biasanya menggunakan antibiotik yang turut bertujuan
untuk melawan penyakit. Di Amerika Syarikat, 80% daripada pengeluaran
antibiotik digunakan industri ternakan. Penggunaan ini menyumbang kepada
masalah kesihatan berkaitan antibiotik dimana 23,000 daripada rakyat mereka
dijangka menghidapinya setiap tahun.
Pemakanan
daging juga didapati menyumbang kepada kencing manis, penyakit jantung dan
strok.
- Diet
Seimbang Sebagai Sunnah
Apabila
berbicara tentang Rasulullah SAW, perkataan ketinggalan
zaman perlu difikirkan. Namun situasinya bukan Rasulullah SAW yang
ketinggalam zaman. Dalam sebuah hadis, baginda dipetik mengatakan bahawa
anak-anak Adam tidak berjaga-jaga semasa mengisi perut. Bahawasanya “sudah
mencukupi buat anak-anak Adam untuk memakan beberapa suap. Jika ingin makan
berlebihan, isilah 1/3 perut dengan makanan, dan 2/3 lagi dengan air dan udara.
“ (al-Tirmizi 1381, Ibn Majah 3349).
Merumuskan
hadis baginda, pemakanan perlu ada disiplin. Namun diet baginda pula sukar
untuk diteliti secara saintifik oleh kerana kemiskinan yang melanda hidup
baginda. Manusia memerlukan amaun kalori tertentu untuk mengekalkan kesihatan
badan. Dan Rasulullah SAW dipetik pernah menjamah kurma sahaja. Pemakanan kurma
kurang sesuai dalam perspektif moden atas pelbagai persoalan seperti
kurma-kurma diproses (tidak segar).
Sungguhpun
begitu, apa yang baginda makan sebenarnya tiada beza pun dengan Diet
Mediterranean yang terbukti paling sihat. Bangsa-bangsa di sekitar Laut
Mediterranean memakan buah-buahan, sayur-sayuran, gandum dan lemak sihat pada
kadar harian. Ayam, ikan, kekacang dan telur pula diaturkan secara mingguan.
Manakala produk-produk tenusu yang lain terkawal secara seimbang, dengan daging
merah dihadkan sama sekali.
Mudah
kata, diet ini melebihi tumbuh-tumbuhan bukannya daging. Malah wain merah pun
dikurangkan bagi bukan Islam. Hasilnya, diet ini terbukti boleh mengawal berat
badan kadar gula dalam darah dang membantu mencegah kemurungan. Tiga perkara
ini turut mengelakkan risiko jantung, nyanyuk dan strok.
RUJUKAN:
Holloway,
A. (2014, May 3). Neanderthals may have been the first to boil their food.
Retrieved from https://www.ancient-origins.net/news-evolution-human-origins/neanderthals-may-have-been-first-boil-their-food-001614.
Loh, A.
(2018, September 26). Farm with retention pond dumps pig dung into bay.
Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/09/26/farm-with-retention-pond-dumps-pig-dung-into-bay
Matthews, C. (2006, November 29). Livestock a major threat to
environment. Retrieved from http://www.fao.org/newsroom/en/news/2006/1000448/index.html.
Meat and Animal Feed. Retrieved from https://www.globalagriculture.org/report-topics/meat-and-animal-feed.html.
Migala,
J. (n.d.). 8 Ways to Follow the Mediterranean Diet For Better Health. Retrieved
from http://www.eatingwell.com/article/16372/8-ways-to-follow-the-mediterranean-diet-for-better-health/.
Pierre-Louis,
K. (2018, September 19). Lagoons of Pig Waste Are Overflowing After Florence.
Yes, That’s as Nasty as It Sounds. Retrieved from https://www.nytimes.com/2018/09/19/climate/florence-hog-farms.html
Residents
Cry Foul Over Tamparuli Poultry Farms Contaminating River. Retrieved from https://www.borneotoday.net/residents-cry-foul-over-tamparuli-poultry-farms-contaminating-river/.
Water,
Food and Energy. Retrieved from https://www.unwater.org/water-facts/water-food-and-energy/.




No comments yet