India mengharungi krisis moral sejak tahun 2012, apabila Jyoti Singh dirog.ol enam lelaki yang bagaikan binatang gila. Kes Jyoti benar-benar menggegarkan politik negara itu. Belum selesai bergegar, kes susulan pula berlaku.

Kali ini, seorang gadis 22 tahun menjadi mαηgsα lima lelaki. Tiga daripadanya (Mohammed Salim, Qasim Bengali dan VIjay Jadhav) pula adalah pesαlαh berulang.

Dua kes ini menjadi sejuk terkemudian, sebelum panas kembali apabila seorang rahib berumur 71 tahun diperlakukan sebegitu di perkarangan gereja.

Nasib mereka ini menghidupkan api yang sudah lama tunggu. Begitu marak ia menjulang, dengan curahan dendam. Kerana kes sebegini asyik berlaku.

Jyoti Singh

Apabila dilaporkan, boleh pula golongan totok datang bersuara dengan hujah acah-acah: “statistik kata Amerika Syarikat lagi tinggi dari India!” Masalahnya, Amerika Syarikat mempunyai perundangan yang jauh lebih telus.

Mαηgsα benar-benar dilayan macam mαηgsα, berbanding India yang menghµkµm mαηgsα dengan falasi αib.

Kes berulang dan falasi αib benar-benar memberi akibat pada masyarakat India. Orang pun marahlah. Apabila orang marah, media ambil peranan.

Cuma dalam keadaan peranan media, kadangkala orang yang tidak bersalah boleh terkena tempias. Ambil contoh kes Sarvjeet Singh, yang dijatuhi hµkµman bersalah pada mata media padahal tidak bersalah di sisi undang-undang.

Latar Belakang Kes

Kes Sarvjeet Singh terjadi beberapa bulan selepas segerombolan warga Bangladesh mendatangi rahib tersebut. Isu masih panas mendidih. Orang masih marah. Jadi kemampuan untuk berfikir secara rasional dari awal lagi sudah lemah.

Kisahnya bermula dengan seorang bekas pelajar kolej bernama Jasleen Kaur. Wanita ini memuat naikkan gambar seorang lelaki dengan kapsyen yang senang cakap: 1) Sarvjeet jalan ketika lampu isyarat merah, 2) Jasleen suruh ikut undnag-undang dan 3) Sarvjeet (dituduh) melemparkan kata-kata berbaur lµcαh.

Hantaran Jasleen menjadi tular… dikongsi 100,000 kali (Bhardwaj, 2018). Pihak polis tidak tunggu lama. Sarvjeet terus ditαhαη untuk berdepan beberapa akta dalam undang-undang India.

Orang ramai menderu memuji keberanian Jasleen. Semua boleh bayang komen terhadap Sarvjeet yang dalam masa sehari menjadi orang paling dibenci India. Jasleen dijulang bagai bidadari.

Walau bagaimanapun, undang-undang tidak pernah mengambil kira tentang pendapat masyarakat… melainkan jika asas untuk dipersalahkan. Jadi siasatan perlu dijalankan. Sarvjeet membela diri dengan mengatakan dirinya tidak bersalah.

Jalan bersimpang empat. Sarvjeet ingin membelok ke kiri. Sekalipun lampu merah, Sarvjeet dibenarkan berbuat sedemikian. Katanya Sarvjeet cuba menjelaskan kepada Jasleen, yang salah faham. Sarvjeet juga berpendapat Jasleen cuba mencari pelµrµ politik kerana menyokong Parti Aam Aadmi dalam ambang pilihan raya (Dey, 2019).

Angin Mula Berubah

India panas selama sebulan dua. Kes Sarvjeet Singh mula sejuk oleh kerana perbicaraan mahkamah yang berterusan (dan juga kerana banyak akta). Masalahnya, macam mana nak buktikan sesuatu atas dasar cakap mulut?

Itu yang menjadi “sticking point” kerana cakap mulut takkan boleh diambil sebagai bukti. Suka atau tidak, Sarvjeet terpaksa membiarkan diri diheret ke mahkamah.

Sebanyak 14 perbicaraan diadakan untuk menentukan nasib Sarvjeet. Semuanya Jasleen tidak hadir, atas dasar komitmen pengajian di Kanada. Dan apabila testimoninya dibawa ke muka pengadilan, pihak mahkamah memutuskan bahawa konteksnya tidak boleh dipercayai untuk memulakan pendakwaan. Penantian empat tahun berakhir secara sekelip mata. Sarvjeet didapati tidak bersalah.

Jasleen Kaur

Empat tahun. Suatu tempoh masa sangat lama. Sesudah media habis kecam-mengecam. Isu menjadi sejuk, baru dibukti tidak bersalah. Inilah bahananya kalau terima penghakiman media.

Tiada masalah kalau uar-uarkan suatu isu yang betul-betul sahih, macam nasib Jyoti Singh. Namun Sarvjeet Singh dituduh seorang wanita yang tidak dapat membuktikan pertuduhan tersebut.

Akhirnya, apa yang terjadi?

RUJUKAN:

Bhardwaj, A. (2018, September 9). This Delhi man was called a ‘pervert’ in viral post 3 years ago – and he’s still stuck there. The Print.

Dey, S. (2019, Oktober 30). Delhi Biker, (ditapiskan) of Molestation in 2015 at Signal, Gets Clean Chit. NDTV.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.