The Immortals adalah unit infanteri berat dari ten-tera elit Empayar Achaemenid, juga dikenali sebagai Empayar Parsi yang pertama, peradaban ini diasaskan oleh Cyrus The Great pada tahun 550 SM, di Iran hari ini. Nama ‘Immortals’ diciptakan oleh sejarawan kuno Yunani, Herodotus, dan segala apa yang diketahui mengenai mereka kebanyakannya berasal dari sumber penulisannya.

Jika anda mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah Parsi, atau pernah menonton filem 300, anda mungkin tahu bahawa orang Yunani dan Parsi tidak saling ramah antara satu sama lain.

Tetapi sayangnya, tidak ada sebarang cara untuk mengetahui dengan jelas apakah sesuatu yang ditulis oleh Herodotus itu benar. Bahkan ada kemungkinan juga tidak pernah wujud unit ten-tera elit Immortal dan Herodotus berkemungkinan terkeliru dengan perkataan Parsi Kuno anûšiya (pembantu/pendamping) dengan anauša (abadi atau Immortals dalam bahasa Inggeris). Wallahualam. Ini adalah sedikit catatan tentang ten-tera ‘Abadi’ Parsi atau disebut dengan nama Athánatoi berdasarkan bahasa Yunani.

Menurut Herodotus, unit Immortals sentiasa akan memiliki keanggotaan seramai 10,000 ten-tera dalam unit mereka. Tidak akan lebih, dan tidak akan kurang. Tapi ini tak bermaksud ten-tera ini mengamalkan ilmu kebal, namun praktik dan amalan mereka jauh lebih unik dari itu.

Gambar hiasan

Sekiranya seorang anggota mereka meninggal dunia, atau jatuh sakit, atau apa saja penyebab kema-tian, posisinya akan segera digantikan oleh askar lain. Inilah alasan yang meninggalkan tanggapan bahawa unit ini dianggotai oleh makhluk yang kononnya kekal abadi, kerana jumlahnya yang tidak pernah berkurangan.

Untuk menjadi seorang anggota ten-tera Immortals, pahlawan itu mestilah kelahiran Parsi dan latihan bermula pada usia semuda yang mungkin. Apabila terdapat kekosongan posisi dalam unit Immortals, para pemimpin akan memilih askar terbaik dari kumpulan yang lebih rendah, yang dikenali sebagai Sparabara dan Takabara. Selain kedudukan statusnya yang berada di bawah Immortals, tidak banyak perkara yang diketahui mengenai kedua-dua kumpulan ‘simpanan’ ini.

Ukuran Kekuatan Ten-tera Parsi

Dibandingkan dengan mana-mana musuh mereka, seperti Yunani contohnya, ten-tera Parsi tidak memiliki persenja-taan yang terbaik. Walaupun mereka mempunyai perisai bersisik, mereka menggunakan perisai yang dibuat dari bahan kayu dan anyaman, yang tidak banyak membantu menahan se-rangan sen-jata seperti pe-dang dan tom-bak Sparta. Cuba mengatasi kebergantungan pada kekuatan senja-ta mereka, Parsi sebaliknya berusaha menakut-nakutkan musuh mereka dengan kekuatan ten-tera mereka yang besar. Herodotus mendakwa bahawa terdapat 3 juta kekuatan tem-pur di bawah Xerxes.

Walau bagaimanapun, para penyelidik zaman moden tidak menolak kemungkinan bahawa angka itu hampir tidak tepat. Mungkin sebenarnya ia berjumlah lebih kurang 70,000 infanteri dan 9,000 penunggang kuda, di mana jumlah ini masih boleh dianggap agak besar untuk satu angkatan ten-tera. Ia mungkin juga dikira bersama dengan unit lain yang menyertai rombongan ten-tera seperti gundik dan hamba yang dibenarkan untuk dibawa bersama askar Immortals, jadi ia akan menampakkan kemaraan ten-tera iti kelihatan lebih besar.  Berdasarkan jumlah ten-tera mereka sahaja, beberapa kota dilaporkan terus menyerah tanpa menentang apabila melihat ten-tera penye-rang Parsi maju ke arah mereka.

Jumlah anggota ten-tera elit Immortals tidak pernah lebih atau kurang dari 10,000 orang

Latihan

Latihan ten-tera Immortals adalah keras dan dimulakan lebih awal. Sejak lahir, kanak-kanak lelaki diasingkan dari bapa mereka sehingga usia lima tahun. Kemudian mereka akan dibawa untuk memulakan latihan sebagai pejuang. Ini melibatkan berbagai pengasahan kemahiran, termasuk mema-nah, bertem-pur, dan cara hidup di luar negeri. Mereka berlatih kawalan statik, mereka berlatih untuk perarakan yang mencabar, dan akhirnya setiap pemuda Parsi yang menjalani latihan perlu tahu bagaimana hendam menjinakkan kuda liar.

Mereka akan memasuki perkhidmatan keten-teraan setelah mereka berusia 15 tahun dan kekal berkhidmat sebagai ten-tera sehingga berusia 50 tahun. Kemudian mereka akhirnya dapat bersara, dengan syarat mereka berjaya meneruskan hidup.

Setelah memasuki perkhidmatan keten-teraan, mereka boleh diserap sebagai anggkota pasukan berkuda atau askar berjalan kaki. Mereka tidaklah kekal menduduki suatu posisi, kerana veteran yang paling mahir juga boleh berkhidmat di kedua-dua unit. Para ten-tera juga dilatih mema-nah dan pertem-puran tangan kosong (melee), yang memaksimumkan keberkesanan ten-tera mereka yang sudah sedia besar.

Latihan Pe-rang

Masalah besar ten-tera Parsi adalah keperluan logistik untuk mengangkut manusia. Kadangkala itu bermakna ten-tera Immortals mempunyai banyak masa lapang. Jadi, apa yang mereka lakukan untuk meluangkan masa? Adakah mereka membu-ru singa atau cheetah? Bahagian paling menarik adalah ten-tera Immortals dibenarkan membawa karavan bersama dalam rombongan ekspedisi mereka. Karavan ini dipenuhi dengan stok makanan, jadi mereka tidak mungkin akan membu-ru kucing besar kerana lapar.

Gambar hiasan

Sebaliknya, membu-ru cheetah atau singa merupakan salah satu bentuk latihan bagi memastikan kemahiran tem-pur mereka agar sentiasa konsisten, tumpuan sentiasa tajam dan keupayaan sentiasa cergas. Mereka juga menggunakan kulit haiwan untuk menghiasi karavan dan pakaian seragam mereka. Kulit akan menjadi simhol keberanian dan keterampilan seorang ten-tera Immortal. Oleh kerana perbu-ruan ini sangat berbahaya, ia biasanya hanya dilakukan oleh ten-tera Immortals peringkat tinggi.

Pasukan Berkuda

Walaupun senja-ta buatan Parsi tidak membantu mereka memenangi pertem-puran melawan ten-tera Yunani dan Macedonia, satu kelebihan dari segi mengendalikan senja-ta yang dimiliki oleh Immortals dan mengatasi ten-tera musuh adalah kebanyakan mereka ini serba boleh dan mahir menggunakan senja-ta ketika menunggang kuda. Ini menjadikan senja-ta ringan mereka sangat berbahaya. Dengan menunggang kuda, ia membolehkan mereka meninggalkan daya impak yang besar dari daya hayunan senja-ta yang tumpul dan tom-bak yang tajam.

Kaedah inovatif lain yang digunakan oleh orang Parsi dalam memanfaatkan pasukan berkuda adalah melalui kereta sabit (scythed chariot). Kereta sabit yang menggunakan tenaga kuda itu diciptakan pada awal pembentukan Empayar Achaemenid dan digunakan sepanjang masa hingga saat kejatuhannya pada tahun 330 SM. Kereta sabit itu tinggi, jadi hanya sebahagian kecil kedudukan pemandu yang terdedah di atas roda gandar.

Kereta sabit Parsi

Pada setiap roda gandar telah dipasangkan bilah sabit besi sepanjang dua kaki yang tajam dan berputar mengikut putaran roda, ia berupaya memo-tong sama ada kaki musuh mahupun kaki kuda yang ditunggangi musuh. Bahkan kesan po-tongannya bukan kesan po-tongan yang tepat, kerana mata bila diputar dan digiling melalui kulit, otot, saraf, dan tulang hingga ia berisiko menghan-curkan kaki mangsanya.

Selain kereta sabit dan askar yang menunggang kuda, orang Parsi juga kerap menggunakan penunggang unta. Dalam satu pertem-puran, mereka membawa 10 gajah pe-rang bersama mereka, tetapi tidak banyak yang ditulis mengenai unit pe-rang haiwan mereka.

Pembawa Epal

Senja-ta yang sering digunakan oleh Immortals adalah tom-bak mereka. Biasanya sepanjang enam kaki dengan mata bilah tembaga yang tajam atau hujung tom-bak berbentuk lebar daun yang dibuat dari bahan besi, dan pengimbang logam di hulunya. Daya imbangan ini juga digunakan sebagai senja-ta berkuasa tumpul. Selalunya pengimbangnya berbentuk seperti buah yang ditandakan mengikut pangkat pemiliknya. Yang paling biasa adalah buah delima.

Gambaran seorang “pembawa epal”

Walau bagaimanapun, 1,000 anggota elit dari unit Immortals akan memiliki senja-ta ini.  “Pembawa Epal” ini adalah pengawal Maharaja. Askar-askar ini terdiri dari pahlawan Immortals yang terbaik, dipilih dari unit keten-teraan paling elit, dalam sebuah angkatan ten-tera terbesar dalam sejarah Kuno.

Mereka menjaga istana dan tom-bak mereka lebih panjang, sekitar enam hingga lapan kaki panjang. Sekiranya Maharaja meninggalkan istana, mereka akan mengelilinginya secara penuh. Ini membuatkan Maharaja hampir mustahil untuk didekati.

Sebilangan besar senja-ta Immortals cukup ringan, yang dah tentu mempunyai kelemahannya. Tetapi satu faedah utama ialah ia membolehkan mereka membawa begitu banyak senja-ta sekaligus. Askar pejalan kaki membawa sekurang-kurangnya pe-dang pendek, tom-bak, sarung kulit diisi penuh dengan anak pa-nah, busur, dan perisai.

Bagi penunggang kuda, mereka membawa perisai gangsa, 120 batang anak pa-nah, cokmar atau belantan besi, dan dua tom-bak besi. Untuk perlindungan, para Immortals dan ten-tera lain memakai perisai tembaga dan besi bersisik yang akan berkilauan di bawah sinar matahari. Ini akan meningkatkan daya penglihatan mereka ketika mara ke kota.

Taktik Pertem-puran

Anak pa-nah Parsi agak nipis dan hanya berkesan dalam jarak 120 ela. Tetapi sekali lagi, di sinilah jumlah mereka sangat berguna. Immortals akan melancarkan gelombang demi gelombang se-rangan menggunakan ribuan anak pa-nah. Menurut catatan seorang askar Yunani yang terselamat dalam pertem-puran melawan ten-tera Parsi, anak pa-nah mereka digambarkan sangat banyak hingga “menghitamkan langit.”

Bagaimana formasi ten-tera Achaemenid biasa dibentuk adalah dengan meletakkan pema-nah di barisan paling hadapan, dan di sisi mereka adalah pasukan berkuda. Para pema-nah disokong oleh infanteri ringan dan berat. Gelombang se-rangan pertama menghujani musuh dengan anak pa-nah dan askar pelontar akan melepaskan tembakan batu, dan kemudian kepingan timah disasarkan terhadap baris hadapan musuh. Ini akan menakutkan musuh, dan kemudian mereka akan dihabisi dan dikalahkan oleh tenaga kerja unit infantri Parsi.

Oleh kerana keberkesanan dari segi ukuran ten-tera dan taktikal keten-teraan mereka, Empayar Achaemenid menjadi empayar terbesar pada zamannya, yang meliputi 3,4 juta batu persegi. Ia terbentang dari Anatolia dan Mesir di seluruh Asia barat, ke India utara dan Asia Tengah. Sebenarnya, mereka memegang rekod peratusan tertinggi penduduk dunia di bawah pemerintahannya. Dari 112.4 juta orang yang hidup pada tahun 480 SM, dianggarkan 50 juta populasi, yang merupakan 44 peratus daripada seluruh manusia di Bumi, hidup di bawah Empayar Achaemenid ketika itu.

RUJUKAN:

Schmitt, Rüdiger (2004). “Immortals”. Encyclopaedia Iranica


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.