Sebenarnya nama Imhotep ini lebih terkenal sebagai arkitek pembina piramid buat Firaun Djoser serta berkhidmat sebagai penasihat kanan kepada firaun ini. Namun, Imhotep ini juga bergelar ahli perubatan yang sangat bijaksana sehingga seorang ahli perubatan British, William Osler menggelarnya sebagai ‘bapa perubatan sebenar.’

Jadi, siapa sebenarnya Imhotep ini?

Imhotep ini lahir dalam kalangan rakyat bawahan, iaitu keluarga miskin pada ketika itu. Imhotep telah menjadi pengamal perubatan dan menulis mengenai perubatan kira-kira 2,200 tahun sebelum Hippocrates, Bapa Perubatan Moden, dilahirkan. Dia juga dikenali sebagai penulis karya Edwin Smith Papyrus, sebuah teks perubatan Mesir, yang mengandungi hampir 100 istilah anatomi dan menerangkan tentang 48 jenis kecederaan dan rawatannya. Teks tersebut mungkin merupakan manual medan ketenteraan dan bertarikh  1600 BCE.

Karya Edwin Smith Papyrus ini ditulis dalam skrip hieratik, singkatan kursif hieroglif Mesir. Apa yang menarik dalam hasil tulisan Imhotep ini adalah pendekatan modennya untuk merawat kecederaan. Tidak seperti kebanyakan teks perubatan dunia purba, setiap kecederaan diterangkan dan didiagnosis secara rasional dengan rawatan, prognosis dan nota penerangan mengenainya. Namun, ia masih memasukkan amalan magis dan sihir dalam rawatannya, iaitu  pada bahagian belakang karya ini mempunyai lapan mantra sihir dan nyanyian untuk penyembuhan.

Malah, ada juga butiran mengenai cara menutup luka dengan jahitan, mencegah dan menyembuhkan jangkitan dengan madu, dan cadangan untuk menyembuhkan mereka yang mengalami kecederaan kepala dan saraf tunjang serta patah tulang bawah badan. Ada juga kaedah emas yang digunakan untuk mengikat gigi dan abses muka dihiris dan dikeringkan. Aloe vera pula digunakan untuk penyakit kulit.

Ramai pengkaji percaya bahawa disebabkan Imhotep terlibat dalam pembinaan piramid, dia mesti telah melihat ramai pesakit yang ditimpa kecederaan ketika proses pembinaan itu. Disebabkan itulah Imhotep mampu menulis sebuah teks yang menyeluruh mengenai kecederaan serta cara-cara untuk merawatnya. Malah, dikatakan Imhotep juga pernah mengendalikan pembedahan ketika itu untuk merawat penyakit.

Imhotep telah disamakan dengan dewa Asclepius oleh orang-orang Yunani kerana kehebatannya dalam bidang perubatan ini. Dia turut dipandang tinggi oleh orang Rom dan maharaja Claudius dan Tiberius mempunyai inskripsi yang memuji Imhotep yang diletakkan di dinding kuil Mesir mereka.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Leave A Reply