Cakap pasal peta, sejak manusia mula mengembara telah banyak manuskrip dan ukiran berbentuk peta. Tapi, peta zaman dulu sangat berbeza dengan peta sekarang, di mana kebanyakkan peta mengikut sisi pandang pengembara atau pelayar.
Tapi, ada satu peta ini diketahui sebagai peta dunia tertua iaitu peta Imago Mundi. Peta ini berasal dari tamadun Mesopotamia pada abad ke-6 SM. Peta yang diukir dalam tablet tanah liat ditemui di Sippar, Iraq, utara kota purba Babylon ini, menunjukkan ia diukir pada zaman Babylon.
Dalam Imago Mundi, ia menggambarkan ibu kota Babylon sebagai pusat dunia dan dikelilingi oleh tujuh bandar dan tujuh pulau.
Ada dua bulatan yang mengelilingi ibu kota Babylon yang mewakili badan air. Bulatan luar mewakili laluan air melingkar, disebut “sungai pahit” atau laut masin, yang dipercayai mengelilingi dunia. Di luar air ini, terdapat lapan wilayah segi tiga, setiap satu dilabel sebagai “wilayah” atau “pulau”.
Peta ini juga mencerminkan pandangan kosmologi dan keagamaan masyarakat Babylon. Bahagian belakang tablet ini menggambarkan bintang-bintang dengan buruj yang boleh dikenali.
Gambaran bintang dan buruj ini menunjukkan pemahaman rakyat Babylon tentang hubungan antara bumi dan syurga. Mereka melihat dunia sebagai cakera rata yang dikelilingi oleh air, konsep dunia yang biasa dibayangi oleh masyarakat tamadun kuno.
Di sekeliling cakera dunia ini, terdapat lapan buah segitiga yang mewakili kawasan atau pulau yang dikenal pasti sebagai tempat tinggal makhluk mitos dan lagenda.
Beberapa makhluk mitos yang disebut dalam tablet Imago Mundi seperti burung Anzu, manusia kala jengking, dan naga laut bersaiz besar. Selain itu, tablet tersebut juga menyebut tiga wira lagenda iaitu Utnapištim (wira banjir besar-besaran), Sargon (pemerintah kota Akkad), dan Nur-Dagan (raja Buršaḫa).
Dengan kewujudan peta ini, kira boleh tahu apakah bayangan masyarakat Babylon tentang dunia di sekeliling mereka. Peta ini juga menggambarkan konsep mereka tentang alam semesta sebagai cakera rata yang dikelilingi oleh air, yang dipengaruhi oleh kepercayaan agama dan tradisi budaya mereka.
Kini, peta ini dipamerkan di Muzium British di London dan terus menarik minat pengkaji dan pelawat dari seluruh dunia. Ia adalah salah satu bukti penting tentang bagaimana manusia tamadun purba memahami dan menggambarkan dunia mereka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih