Kelihatan ramai anak muda yang teruja dengan retorik ayat acah perpaduan seperti “Im not Malays, Im Malaysian”. Tanpa disedari, ayat retorik ni sebenarnya boleh dimanipulasi demi agenda tersembunyi. Tapi manalah anak muda sedar akan bahaya ini, mungkin sebab faktor “uneducated people” bak kata Tun M. Orang Tua-Tua pernah pesan, “Menang Sorak, Kampung Tergadai”.
Pertama sekali, kita kena tahu, Malays itu kaum (race), Malaysian itu kewarganegaraan (nationality), Islam itu agama (religion). Adalah suatu perkara yg kurang cerdik apabila kita menafikan sebahagian acuan identiti peribadi ini dan hanya mengambil salah satu darinya sahaja untuk menggambarkan latar belakang kita.
Menjadi Islam tidak menghalang kita dari menjadi Malays. Menjadi Malaysian tidak menghalang kita dari menjadi Malays. Sebuah Qiyas yang tidak kena malah falasi kerana elemen kaum, agama dan kewarganegaraan tu bukan perkara yang sama untuk dianalogikan. Ianya sama juga, kita tak boleh kata “Im not Muslim, Im Malaysian”.
Racun yang tersembunyi disebalik laungan slogan retorik dambaan anak muda ini ialah, “Im not Malays/Chinese/Indian, Im Malaysian. Therefore, I want your Felda, your UiTM, Abolish Jakim, Equality in Religion, Majlis Raja-Raja perlu dikaji semula, bla bla bla. We are all Malaysian maaa”.
Habis rosak segala perikatan perlembagaan dan kontrak sosial. Perkara 153 (Hak Keistimewaan Melayu), Perkara 3 (1) (Kedudukan Islam).
Nak bersatu, tak perlu pun buang identiti setiap warganegara. Berikut merupakan konsep integrasi kaum yang ada dalam dunia sekarang.
1) SEGREGASI (A+B+C = A-B-C)
Suatu ikatan paling lemah dimana masyarakat yang bercampur ini saling menolak kaum yang lainnya. Ini boleh menimbulkan ketegangan kaum kerana ianya bersifat pengasingan (segregate).
2) AKOMODASI (A+B+C = A+B+C)
Akomodasi atau konsep pluralisme adalah ikatan yang agak rapuh dimana setiap kaum boleh hidup bersama tetapi amat tebal persempadanan antara satu sama lain dengan identiti sendiri. Mereka tidak bercampur gaul.
3) AKULTURASI (Aa+Bb+Cc = Aa+Bab+Cac)
Akulturasi atau asimilasi budaya adalah ikatan yang pertengahan dan ideal (wasatiy) dimana kaum minoriti menerima kebudayaan kaum majoriti tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal. Secara peribadi, saya melihat konsep ini amat menepati Perlembagaan dan corak kehidupan masyarakat Majmuk di Malaysia. Setiap kaum bebas mengamalkan budaya masing-masing tetapi menerima kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, Hak Keistimewaan Orang Melayu sebagai kontrak sosial.
4) ASIMILASI (A+B+C = A)
Asimilasi adalah dimana kesemua kaum dalam sesebuah masyarakat majmuk itu meninggalkan budaya masing-masing dan menerima budaya kaum majoriti sebagai budaya yg dominan. Mereka seolah-olah telah masuk menjadi kaum majoriti tersebut. Ianya ikatan yang agak kuat tetapi tidak sesuai diamalkan di Malaysia kerana setiap kaum mempunyai hak dalam mengamalkan adat budaya masing-masing yang diwarisi sejak sekian lama. Dalam sejarah, Tamadun Yunani/Greek pernah cuba untuk adimilasikan seluruh penduduk empayarnya dengan budaya Helenisasi (Keyunanian) melalui ekspedisi Alexander The Great.
5) AMALGAMASI (A+B+C=D)
Amalgamasi ialah jenis ikatan paling kuat dimana semua kaum meninggalkan identiti tradisi budaya masing-masing lalu bercampur menjadi sebuah masyarakat baharu. Ianya kedengaran Utopia dan amat sukar tercapai. Walaupun ianya ikatan yg kuat, namun amalgamasi menghapuskan warna warni tradisi. Konsep “Im not bla bla, Im Malaysian” merupakan manifestasi amalgamasi.
Tetapi, kenapa Amalgamasi tidak sesuai di Malaysia?
1) Malaysia terdiri dari masyarakat majmuk yang kaya dengan tamadun ketimuran. Orang Melayu amat tebal dengan kebudayaan mereka. Begitu juga masing-masing dengan orang Cina dan India. Ketiga-tiga kaum ini memiliki sejarah ketamadunan yang amat panjang dalam survival mempertahankan identiti kaum.
2) Kaum di Malaysia amat terikat dengan konsep ethno-religious.
3) Masyarakat Malaysia tidak akan mampu ke arah ini kerana kita tidur berlainan bantal. Mimpi berlainan bahasa. Makan berlainan citarasa. Ekonomi berlainan darjat.
4) Ahli Parlimen sendiri tidak menguasai Bahasa Perpaduan dengan fasih.
5) Kelihatan amalgamasi yang hendak dilakukan bersifat partially (sebahagian sahaja). Yang Adat Kemelayuan sahaja dibuang. Kuasa pula minta dikongsi. Tetapi segala identiti dipihak bukan Melayu taknak pula dikorbankan. Masih lagi memperjuangkan Sekolah Jenis Kebangsaan dan sebagainya. Menuntut Keadilan (Equity) bukan bermakna Kesamarataan (Equality). Keadilan itu bermaksud “meletak sesuatu perkara di tempat yang betul”.
6) Kalau kita nak buang Kemelayuan kita, Kecinaan kita, Keindiaan kita bagi menuju Kemalaysiaan, maka apakah itu Kemalaysiaan? Bagaimana Kemalaysiaan itu? Tiada identiti spesifik yang nak gambarkan konsep Malaysian yang baharu ni. Bagaimana budayanya? Apa bahasanya?
Anak muda kena faham konsep-konsep ini dulu. Jangan seronok nak jual hak kita tapi pihak sana tak berkongsi pula dengan kita. Anak muda jangan main dengan “api” ini. Kelak, “Anak Kecil Main Api, Terbakar Hatinya Yang Sepi”. Anak mudalah watak anak kecil yang sepi itu. Sepi tanpa kesedaran. “WAHAI ANAK MUDA, JANGAN BIARKAN DARAH PANASMU MEMBAKAR KEWARASAN AKALMU”.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih