Kisahnya begitu jarang dipaparkan dalam mana-mana catatan sejarah, namun dia sebenarnya adalah salah seorang daripada trio per0mpak terkenal Joseon, bersama-sama dengan Hong Gildong dan Jang Gilsan.

Meskipun mereka tidak bergerak bersama, namun ketiga-tiganya begitu aktif dalam kegiatan mereka pada sekitar pertengahan abad ke-16, iaitu sewaktu pemerintahan Raja Myeongjong (tahun 1545 hingga 1567).

Ini adalah kisah mengenai Im Ggeokjeong, seorang per0mpak yang diangkat sebagai hero dalam kalangan rakyat bawahan di Joseon pada sekitar tahun 1550-an. Kisah ini juga akan menyingkap kehidupannya sebagai seorang individu dalam kasta baekjong, iaitu kasta tersembunyi dalam Joseon serta pember0nt4kan yang telah dilakukannya.

Sejarah awal

Nama Im Ggeokjeong ini tidaklah sebegitu popular seperti mana Hong Gildong yang kisahnya kerap dipaparkan dalam penulisan serta divisualkan di layar kaca. Namun, berbanding Hong Gildong yang kewujudannya masih diragui (kebanyakan ahli sejarah berpendapat bahawa ia adalah watak dongeng), Im Ggeokjeong adalah seorang yang benar-benar wujud pada waktu itu.

Nama sebenar dan tahun kelahirannya tidak dapat dipastikan, tetapi Im Ggeokjeong telah dilahirkan di wilayah Yangju sebagai seorang baekjong, iaitu kasta tersembunyi yang tidak boleh disentuh (untouchable) dalam hierarki kerajaan Joseon. Tidak seperti kebanyakan penjen4yah yang lain, Im Ggeokjeong dianggap sebagai seorang hero yang memperjuangkan nasib rakyat bawahan dan diberi sokongan penuh oleh rakyat biasa.

Im Ggeokjeong dikenali sebagai seorang yang pintar dan berani, dan merupakan seorang revolusioner yang menolak sepenuhnya kewajaran sistem feudal dalam kerajaan Joseon.

Penentangannya terhadap sistem ini jugalah yang telah memberi inspirasi kepada seorang penulis, iaitu Hong Myeonghui (1888–1968) untuk menghasilkan novel bersiri bertajuk Im Ggeokjeong sebagai satu usaha dalam memberi harapan buat pembacanya dalam menghadapi zaman penjajahan pada sekitar tahun 1920-an.

Kasta baekjong

Im Ggeokjeong dilahirkan sebagai seorang yang berkasta baekjong (seperti kasta burakumin di Jepun) yang sering dihin4 dan dipandang rendah kerana pekerjaan yang mereka lakukan. Meskipun kasta ini tidaklah hin4 seperti nobi (golongan hamba di Joseon), namun mereka sering dijauhi oleh ahli masyarakat yang lain.

Kebanyakan individu dalam kasta baekjong ini melakukan pekerjaan yang melanggar prinsip Buddhist, seperti menyembelih, melapah dan menjual daging, yang menyebabkan mereka mengalami diskriminasi dalam masyarakat.

Diskriminasi yang mereka alami ini termasuklah tidak mempunyai maklumat dalam pendaftaran nama kerajaan dan tiada hak asasi. Malah, ada sesetengah ahli sejarah berpendapat bahawa layanan yang mereka terima adalah lebih teruk daripada golongan hamba dalam sistem kasta Joseon.

Ini kerana golongan hamba masih berpeluang untuk mendapatkan kebebasan mereka dan menaiki tangga kasta menjadi sangmin (rakyat biasa), namun seorang baekjong kekal terasing dalam kasta mereka. Ahli sejarah turut menyatakan bahawa:

“Tiada jalan untuk seorang baekjong atau ahli keturunan mereka untuk keluar daripada status golongan terbuang, dan seterusnya menjadi sangmin.”

Status orang buangan bagi baekjong ini diberikan kepada mereka yang mewarisi pekerjaan yang tidak mengikut norma masyarakat (tukang sembelih), orang nomad dan jaein (penghibur seperti gisaeng, pelakon, pel4cur). Jika tukang sembelih dianggap tidak mengikut prinsip Buddhist, penghibur pula dipandang rendah kerana hidup berpindah randah serta menjual kehormatan mereka.

Dalam hal ini, baekjong telah dianggap sebagai satu kasta yang tidak boleh disentuh serta terbuang dalam susunan masyarakat Joseon waktu itu. Kisah malang kasta baekjong ini telah disebutkan berlaku dalam beberapa keadaan, iaitu:

  • Hidup terasing

Kasta baekjong ini telah dipaksa untuk hidup secara berasingan daripada ahli masyarakat yang lain dan keadaan ini berterusan sehinggalah keruntuhan hierarki sosial Korea pada akhir abad ke-19. Mereka hidup dalam pengasingan atas dasar undang-undang yang termaktub pada waktu itu.

Kawasan yang didiami oleh individu berkasta baekjong ini terhad kepada sesetengah kawasan sahaja dalam sesebuah wilayah. Rasionalnya kerajaan melakukan pengasingan ini adalah kerana baekjong ini asasnya bersifat liar dan tidak bertamadun serta gemar memburu haiwan.

  • Diskriminasi dalam berpakaian

Satu lagi diskriminasi yang dialami oleh kasta baekjong adalah kawalan ketat terhadap cara pemakaian mereka. Individu baekjong dilarang memakai hiasan kepala (topi) iaitu kain laker hitam yang biasa dipakai oleh lelaki Joseon yang telah berkahwin.

Sebaliknya, lelaki baekjong hanya dibenarkan memakai p’aeliangi, iaitu sejenis topi diperbuat daripada buluh. Mereka juga tidak boleh memakai pakaian sutera, long coats (yang dipanggil chung ch’imak) dan durumagi (overcoat).

Wanita baekjong pula kebiasaannya akan menyikat rambut mereka secara belah tengah, berbanding wanita biasa yang akan membuat sanggul rambut. Malah, wanita baekjong juga tidak dibenarkan memakai apa-apa hiasan pin di rambut mereka.

  • Penafian dalam pemberian nama

Sepanjang pemerintahan kerajaan Joseon, kasta baekjong hanya dibenarkan memakai nama sendiri, dan tidak mempunyai nama keluarga. Nama keluarga yang dibenarkan pula hanya terhad kepada perkataan yang memberi maksud tidak elok seperti p’i (kulit), kol (tulang) dan yae (tiada maksud).

  • Penafian hak asasi

Meskipun golongan baekjong ini tidak dikenakan apa-apa cukai atau bayaran kepada kerajaan, namun mereka juga sebenarnya tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dalam masyarakat. Mereka tidak diberi apa-apa hak, malah tidak juga berhak dilayan seperti rakyat yang lain.

Nama mereka juga tidak diletakkan dalam daftar kerajaan, malah mereka tidak diwajibkan untuk mengikuti latihan ketenteraan walaupun ramai yang ingin menyumbang tenaga buat kerajaan.

Dengan segala diskriminasi yang dihadapi serta penafian yang dilakukan terhadap golongan baekjong ini, ditambah pula dengan situasi ekonomi yang teruk pada sekitar tahun 1550-an, telah membawa kepada kebangkitan Im Ggeokjeong untuk melakukan pember0ntakan demi mempertahankan nasib rakyat bawahan.

Pemberontakan Im Ggeokjeong

Bibit-bibit pemberontakan oleh Im Ggeokjeong bermula pada sekitar tahun 1550-an apabila rakyat kelas bawahan yang miskin mula melakukan r0mpakan sebagai suatu protes terhadap kerajaan dan krisis ekonomi yang berlaku.

Kemarau yang panjang, hasil tani yang tidak menjadi, bebanan cukai yang tinggi serta eksploitasi oleh pegawai tempatan adalah antara faktor yang membawa kepada kejadian r0mpakan ini.

Ser4ngan dan r0mpakan banyak dilakukan terhadap tuan-tuan tanah serta rumah-rumah pegawai kerajaan kaya yang mengenakan cukai secara berlebihan terhadap rakyat. Keluarga aristokrat yang kaya bertambah mewah, dan mereka memeras kesemua tanah yang turut dimiliki oleh rakyat bawahan. Kesemua ini adalah faktor kenapa kumpulan Im lebih banyak menyer4ng golongan pegawai kerajaan dan menteri yang menjadi musuh rakyat.

Siri ser4ngan Im mula bertukar menjadi pemberontakan apabila kumpulannya mula menyer4ng pejabat-pejabat kerajaan dan membahagikan kesemua barangan yang diambil daripada gudang kerajaan kepada rakyat miskin. Malah, Im Ggeokjeong juga mendapat bantuan maklumat daripada pegawai rendah kerajaan yang memudahkan mereka untuk melakukan ser4ngan.

Dalam satu catatan sejarah, iaitu The Veritable Records of King Myeongjong, ada menyebut mengenai bagaimana Im Ggeokjeong melakukan serangannya:

Para per0mpak di Wilayah Hwanghae dikatakan sangat berani. Namun, kumpulan utamanya hanya mempunyai lapan atau sembilan orang sahaja. Apabila berkumpul, mereka membentuk sekumpulan per0mpak, dan apabila mereka berpecah, mereka menjadi sebahagian daripada penduduk.

Mereka mampu menyembunyikan diri jauh ke dalam hutan dan lenyap tanpa sebarang kesan. Ia adalah mustahil untuk mendirikan khemah, melancarkan ser4ngan dan terlibat dalam per4ng seolah-olah mereka adalah musuh negara.”

Im Ggeokjeong sebagai komander utama bagi kumpulan per0mpak ini akan memberi arahan kepada ketua bagi kumpulan-kumpulan kecil yang berada di bawahnya. Jumlah ideal bagi satu kumpulan adalah tidak melebihi 20 orang, dan Im dikatakan mempunyai hampir 200 orang di bawahnya.

Taktik ser4ngan Im Ggeokjeong ini adalah secara gerila, yang berpusat di kawasan pergunungan dan hutan belantara. Malah, kem-kem utama mereka adalah di Wilayah Hwanghae, iaitu sekitar Gunung Guwol, Seoheung dan Singye.

Mereka tidak boleh bertempur secara bersemuka dengan tentera kerajaan kerana senjata yang mereka miliki hanyalah lembing, pedang dan panah, berbanding tentera kerajaan yang memiliki senjata api.

Kelebihan yang mereka dimiliki oleh kumpulan Im ini adalah kelicikan mereka dalam melepaskan diri daripada dikesan oleh pihak kerajaan. Apabila menyedari bahawa diri mereka telah dijejaki oleh pihak tentera kerajaan, kumpulan ini akan menyelinap masuk ke dalam kawasan penduduk tempatan, dan menukar pakaian serta cara pertuturan mereka mengikut penduduk setempat.

Menghapuskan pegawai yang korup

Pihak kelas atasan telah melabelkan Im Ggeokjeong sebagai seorang yang kejam dan penjarah harta mereka. Kumpulan Im ini telah membuat ser4angan pada siang hari, dan berjaya melepaskan diri, malah turut memecah masuk ke dalam penjara kerajaan. Mereka turut memb4n4h askar kerajaan yang menjaga keselamatan rombongan kerajaan bagi menakut-nakutkan ketua bagi pasukan polis Joseon.

Pegawai pertama yang dib4n4h oleh kumpulan Im Ggeokjeong ialah Yi Eokgeun dari Gaeseong, iaitu pada tahun 1559. Dia merupakan pegawai polis di Gaeseong yang menjadi sasaran kerana telah menangkap berpuluh-puluh konco Im. Yi telah dib4n4h dengan tujuh anak panah oleh kumpulan Im.

Setahun kemudian, iaitu pada tahun 1560, Im Ggeokjeong telah menguasai hampir keseluruhan wilayah Hwanghae.

Pada bulan ke-12 mengikut tahun lunar, tahun yang sama, kerajaan Joseon telah menghantar segerombolan tentera ke wilayah Hwanghae dan Gangwon bertujuan untuk menghapuskan kesemua kumpulan Im Ggeokjeong. Namun, tidak beberapa lama setelah itu, berita telah tersebar ke istana bahawa Im Ggeokjeong telah berjaya ditangkap.

Namun, orang yang ditangkap ini sebenarnya bukanlah Im Ggeokjeong, tetapi abangnya, iaitu Gadochi. Meskipun diseks4 dan ditekan, namun Gadochi hanya menyatakan pengakuan palsu berkaitan keberadaan Im Ggeokjeong bersama ahli mereka yang lain. Misi gagal pasukan kerajaan ini telah dikritik hebat oleh para menteri kerana pihak kerajaan telah mengeluarkan belanja yang besar dalam persiapan untuk menangkap Im Ggeokjeong.

Penangkapan Im Ggeokjeong

Kempen pihak kerajaan dalam menekan kumpulan Im untuk menyerah diri telah menemui kegagalan. Sementara itu, semangat dan nilai moral dalam kalangan ahli kumpulan Im Ggeokjeong semakin membuak dan mereka berterusan menguasai kawasan-kawasan lain di wilayah Hwanghae.

Pada bulan ke-10 mengikut tahun lunar, tahun 1561, kumpulan Im dikatakan telah memasuki ibu kota Joseon. Bagi mengekang kemaraan Im Ggeokjeong, Raja Myeongjong telah mengarahkan agar tentera menjaga di empat buah gunung utama di ibu kota, malah pintu ibu kota juga diarahkan untuk ditutup sebelum waktunya yang biasa dan tidak akan dibuka sehinggalah mata terbit.

Pihak kerajaan juga meningkatkan keselamatan di pintu masuk Istana Gyeongbok dan Istana Changdeok bagi menghalang kemasukan Im serta mengarahkan penutupan semua pasar. Namun, berita seterusnya telah mengejutkan Raja Myeongjong dan kesemua menteri. Im bersama kumpulannya telah memasuki dan menguasai hampir keseluruhan ibu kota. Seluruh ibu kota gempar dan hampir runtuh.

Pihak tentera telah berhempas pulas untuk mempertahankan ibu kota dan menjaga keselamatan raja. Strategi yang digunakan oleh pihak tentera kerajaan ini sedikit sebanyak telah berjaya melumpuhkan kumpulan Im Ggeokjeong. Dan, pada bulan pertama tahun lunar (1562), Im Ggeokjeong akhirnya telah berjaya ditangkap hidup-hidup di rumah seorang wanita tua, di Seoheung, wilayah Hwanghae. Dia telah dijatuhkan hukuman pancung bersama ahli-ahlinya yang lain.

Kesan dan signifikan penentangan Im Ggeokjeong

Penentangan Im Ggeokjeong menemui noktah setelah hampir tiga tahun berjuang dalam melawan pihak kerajaan. Pember0ntakannya adalah penolakan secara langsung terhadap kuasa yang dimiliki oleh kerajaan feudal pada waktu itu. Dan penentangan ini sebenarnya telah banyak mengejutkan dan menggoncang kasta yang memerintah serta mentadbir kerajaan.

Pember0ntakan yang dimulakan oleh Im Ggeokjeong ini juga adalah titik tolak pertama dalam pergerakan menentang sistem feudal dalam kerajaan oleh kelas bawahan. Meskipun dia tidak berjaya memberi kejayaan mutlak kepada rakyat kelas bawahan, namun ia cukup memberi semangat buat mereka dalam mengelakkan diri daripada terus menerus ditindas oleh pihak kelas atasan.

Kesimpulan

Apa yang dilakukan oleh Im Ggeokjeong dalam siri pember0ntakannya mungkin silap dari segi undang-undang, namun, dari sudut moralnya, ia telah berjaya membangkitkan semangat rakyat bawahan untuk menyedari akan hak mereka sebagai rakyat dalam kerajaan Joseon dan tidak membiarkan diri mereka menjadi mangsa golongan kelas atasan. Im Ggeokjeong bukan sekadar memulangkan semula harta milik rakyat bawahan, malah turut cuba menghapuskan diskriminasi serta kelas sosial dalam masyarakat waktu itu.

Rujukan

Han, S. K. (2014). The Rebellion of Im Ggeokjeong. In M. D. Shin (Ed.), Everyday Life in Joseon-Era Korea (p. 15). Leiden, Netherlands: Global Oriental.

Mimi. (2012). Social Strata of Joseon Dynasty. Retrieved March 5, 2020, from https://thetalkingcupboard.com/2012/09/03/social-strata-joseon-dynasty/

Shin, M. D., & Park, E. (2014). Everyday Life in Joseon-Era Korea. (M. D. Shin, Ed.). Leiden, Netherlands: Global Oriental. https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.00


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.