Ikan emas sememangnya menarik untuk ditatap sebagai haiwan peliharaan. Tetapi kalau tak suka sekalipun, tak perlulah buang di kolam atau sungai. Jika anda berbuat demikian, anda menjadikan ia samseng di persekitaran liar!
Ini berdasarkan satu dapatan kajian yang diketuai oleh Dr James Dickey dari Queen’s University di Belfast, Ireland Utara. Ini kerana ikan emas bukan saja mempunyai selera makan yang besar. Malah, ia juga tidak teragak-agak mengasak ikan-ikan liar lain dalam merebut makanan. Gabungan dua faktor ini menjadikan ia sebagai haiwan perosak marin yang patut dibanteras habis-habisan.
Selain itu, ia juga mampu beradaptasi dengan setiap keadaan cuaca. Tidak seperti sesetengah ikan perosak yang berdepan masalah beradaptasi dengan iklim cuaca di utara Eropah, itu tidak terpakai kepada ikan emas. Ia juga mampu merosakkan kualiti air sungai, tasik dan kolam dengan cara merosakkan sedimen dan menarik keluar tumbuhan marin.
Spesies haiwan perosak terutama haiwan air menyumbang kepada kehilangan besar biodiversiti di seluruh dunia. Dan satu pertiga daripada pengenalan haiwan perosak dalam persekitaran liar berpunca daripada aktiviti memperdagangkan haiwan peliharaan.
Ini tidak dibantu dengan tindakan pemilik-pemilik haiwan yang tidak bertanggungjawab melepaskan haiwan peliharaan mereka termasuk ikan emas ke habitat liar – kononnya atas dasar perikemanusiaan. Alasan sebegini menyebabkan banyak spesies ikan liar mengalami kekurangan atau pupus kerana tidak dapat bersaing dengan ikan perosak sebegini.
Sejarah merekodkan ikan emas mengalami proses pembelajinakan kira-kira 1,000 tahun yang lalu. Ikan emas yang merupakan sebahagian daripada keluarga ikan kap boleh menghasilkan sejumlah telur yang banyak dan mampu hidup dengan kadar oksigen yang rendah pada musim sejuk.
Salah satu kawasan yang mengalami masalah ikan emas ialah Burnsville, Minnesota. Selepas pihak berkuasa menemui beberapa ekor ikan emas di kawasan sungai dan kolam bandar berkenaan, mereka merayu kepada pemilik haiwan peliharaan agar tidak melepaskan ikan emas mereka ke dalam habitat liar.
Please don't release your pet goldfish into ponds and lakes! They grow bigger than you think and contribute to poor water quality by mucking up the bottom sediments and uprooting plants.
Groups of these large goldfish were recently found in Keller Lake. pic.twitter.com/Zmya2Ql1E2— City of Burnsville (@BurnsvilleMN) July 9, 2021
Ini selepas ikan yang ditemui dan ditangkap mempunyai saiz lebih besar berbanding saiz asalnya. Di Carver County yang terletak tidak jauh dari Burnsville, sekurang-kurangnya 50,000 ekor ikan emas telah dikeluarkan daripada sungai-sungai tempatan.
Ironinya, ikan emas jarang dinyatakan sebagai spesies ikan perosak berbanding ikan-ikan lain. Tetapi amaran telah dikeluarkan pihak berkuasa bukan saja di negeri Virginia dan Washington, Amerika Syarikat. Malah, amaran sama turut dibangkitkan sejauh Australia dan Kanada.
Jadi, bagaimana mahu mengatasi isu ini? Menurut Dr Dickey, salah satu cara yang boleh dicadangkan ialah mengambil spesies ikan alternatif yang tidak berpotensi sebagai spesies ikan penceroboh seperti ikan emas. Selain itu, pemilik-pemilik haiwan peliharaan juga perlu dididik tentang haiwan yang mahu dimiliki termasuk potensinya sebagai haiwan perosak. Ini bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab dalam mengendalikan haiwan peliharaan kesayangan mereka itu.
RUJUKAN
Harvey, F. (2022, 25 Mei). Shiny but deadly – don’t throw goldfish in rivers, pet owners told. The Guardian.
Tonkin, S. (2022, 26 Mei). Tiddlers to terrors! Pet goldfish released into the wild are wreaking havoc on native species due to their insatiable appetites and thuggish behaviour. Daily Mail.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih