Sebut saja ikan coelacanth atau ikan selakant, ramai tahu ia wujud sejak era dinosaur dan disangka pupus bersama mereka sejak berjuta-juta tahun lalu. Tetapi ia ditemui semula oleh nelayan sekitar tahun 1930-an dan sejak itu mengundang rasa ingin tahu dalam kalangan saintis. Baru-baru ini, satu kajian Perancis mendedahkan ikan selakant berupaya hidup selama 100 tahun.
Ikan nokturnal yang boleh membesar mencecah saiz manusia ini turut mencapai kematangan seksual yang lewat. Ikan betina hanya mencapai kematangan seksual sekitar usia 50-an manakala ikan jantan pula mencapai perkara sama antara 40 hingga 69 tahun. Disebabkan inilah, para saintis percaya ia mengalami kadar tumbesaran yang perlahan dan mempunyai usia yang panjang.
Disebabkan ia sukar ditemui, komuniti saintifik menggelar ikan selakant ini sebagai spesies teran.ca.m. Sebarang kajian hanya boleh dibuat sekiranya ikan selakant ini ditangkap atau sudah ma.ti. Sebelum ini, para saintis menyangka ia hanya mempunyai hayat sekitar 100 tahun. Tetapi semua itu berubah apabila saintis-saintis Perancis menggunakan teknik pengukuran umur ikan komersial pada ikan berkenaan.
Sebelum ini, usia ikan dikira dengan mengira garisan-garisan besar pada sisik ikan selakant yang spesifik. Kiraan sebegini sama seperti mengira gelang sebagai pengukur usia pokok. Tetapi pada ikan selakant, saintis menemui garisan-garisan yang lebih kecil yang hanya boleh dilihat menerusi lampu khas.
Menurut penulis kajian Bruno Ernande, terdapat lima garisan kecil bagi setiap satu garisan besar yang ditemui. Ini dilihat sepadan dengan usia spesimen ikan yang dikaji mereka iaitu 84 tahun. Menerusi teknik sama, mereka mendapati embrio ikan selakant yang dikaji berusia lima tahun. Ini mendorong saintis-saintis membuat kesimpulan ikan selakant bertelur selama lima tahun, satu tempoh yang dianggap aneh bagi mana-mana spesies ikan atau haiwan.
Walaupun tidak mempunyai kaitan genetik dan perbezaan dari segi evolusi, ikan selakant mempunyai usia panjang sama dengan penghuni dasar laut lain seperti ikan jerung dan ikan pari. Terdapat dua jenis ikan selakant yang wujud iaitu jenis yang tinggal di perairan berhampiran Kepulauan Comoros, Afrika dengan satu jenis lagi wujud di perairan Sulawesi, Indonesia. Disebabkan statusnya sebagai spesies teran.c.am, ikan selakant dilindungi di bawah Akta Spesies Teran.c.am Amerika Syarikat.
RUJUKAN:
Tonkin, Sam. (2021). Mysterious ‘living fossil’ coelacanth fish that outlived the dinosaurs can survive for 100 YEARS – and females are pregnant for half a DECADE, study finds.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih