Dalam dunia kebinatangan, terdapat beberapa haiwan yang agak pelik dan unik. Salah satunya adalah alligator gar. Sekali dengar mesti ramai yang anggap itu adalah buaya. Tapi bukan, sebab alligator gar merupakan salah satu spesies dalam keluarga ikan.
Kalau alligator gar ni ikan, kenapa letak nama buaya? Ikan ni ada kacuk dengan buaya ke?
Alligator gar ataupun atractosteus spatula merupakan ikan yang tergolong dalam genus atractosteus. Rupa bentuk ikan ini agak aneh sedikit berbanding ikan biasa terutamanya dekat bahagian mulut. Sebab mulut dia serupa macam buaya yang miliki muncung dengan barisan gigi yang tajam.
Selain itu daripada mulut macam buaya, nak kenal rupa bentuk alligator gar ni mudah je iaitu badannya berbentuk tirus dan miliki sisik yang keras. Katanya ikan ini merupakan fosil hidup sebab sudah wujud sejak 100 juta tahun yang lalu. Malah fosil alligator gar juga telah ditemui di pelbagai benua. Sayangnya, hari ini alligator gar hanya hidup secara liar di Amerika Syarikat dan Mexico sahaja.
Kebiasaannya alligator gar suka hidup di sungai yang tenang dan kurang deras. Deme juga wujud dekat kawasan tadahan air dan paya. Kadang-kadang alligator gar kelihatan di pinggir laut sebab deme sesat. Nasib baiklah deme jenis boleh bertoleransi dengan air laut yang agak masin.
Bermakna deme tak kan mati bila tersesat ke laut. Disebabkan alligator gar ni sukakan suasana yang tenang ribut jiwa, bolehlah kita cakap “air yang tenang jangan sangka tiada alligator gar”.
Apabila melihat kepada struktur mulut dan gigi yang macam buaya ni, adakah alligator gar merupakan ikan ganas?
Tak juga sebab tak pernah ada kes manusia diserang oleh alligator gar biarpun sudah berinteraksi dengan ikan itu selama ribuan tahun. Tapi kena berhati-hati juga sebab dia ngap apa yang ada dekat sekeliling. Kalau korang memandai-mandai hulur tangan dekat dia, memang terus kena ngap.
Mungkin alligator gar kurang ganas tetapi deme agak rakus terutamanya bab makan. Sebab deme ni jenis suka makan semua benda yang ada dekat sungai tu. Dah lah rakus lepas tu cuma ada satu haiwan je yang jadi pemangsa kepada alligator gar iaitu buaya. Oleh sebab itu alligator tidak boleh dilepaskan sesuka hati di kawasan yang bukan habitat deme.
Cuba bayangkan jika alligator gar di lepaskan dekat beberapa sungai utama di Malaysia, pasti akan memberi banyak masalah. Alligator gar akan mengancam keseluruhan ekosistem sungai sehingga ikan asal pupus. Kesian dekat kitalah kempunan nak makan ikan tempatan, terpaksalah lahap alligator gar.
Tapi orang Amerika Syarikat cakap, alligator gar ni tidak sesuai untuk dijadikan makanan. Sebab isi kan ni dikatakan sangat tidak sedap. Nak siang pun susah sebab sisik alligator gar agar keras dan tak boleh guna pisau biasa. Dekat sana pun jarang orang nak tangkap alligator gar untuk buat masak asam pedas. Kebiasaannya, deme memancing alligator gar sebab ikan ini sangat agresif.
Bermaksud korang campak je umpan terus dia ngap. Malah alligator gar sangat sukar ditewaskan dan korang perlu berlawan untuk angkatnya ke darat. Sebagai rekod alligator gar yang paling besar pernah ditangkap adalah seberat 137kg.
Kepada korang semua kalau nampak ada pihak yang cuba lepaskan alligator gar ke sungai, sila laporkan kepada pihak berkuasa. Jika pakwe korang jenis suka bagi ayat manis dan curang banyak kali, anggap je lah dia tu manusia bermulut buaya.
Alam kehidupan ni sangat menarik. Sebab tu kami terbitkan BIOLOGIA yang bercerita macam-macam pasal haiwan. Jom beli di Shopee: https://bit.ly/biologiashopee
Rujukan
Florida Museum. (n.d). Atractosteus spatula. Dipetik daripada https://www.floridamuseum.ufl.edu/discover-fish/species-profiles/atractosteus-spatula/
Konstantinovsky, M. (2022, Mei 18). Alligator gar: 100 Million years old and still kicking. How Stuff Work. Dipetik daripada https://animals.howstuffworks.com/fish/alligator-gar-100-million-years-old-and-still-kicking.htm
Texas. (n.d). Alligator gar (atractosteus spatula). Dipetik daripada https://tpwd.texas.gov/huntwild/wild/species/alg/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih