Bagi yang ada anak kecil, normallah kalau si kecil meragam dan menangis. Lagi-lagi kalau si comel itu berada di tempat yang asing baginya. Bila itu berlaku, pasti ada yang merasa terganggu dan menganggap anak kecil itu sebagai pengganggu ketenteraman. Tetapi bagi seorang ibu dari Korea Selatan ini, cara dia menangani situasi ini ialah dengan memberi 200 buah beg gula-gula dan penyumbat telinga kepada penumpang penerbangan yang dinaikinya.

Wanita ini bersama anaknya, Jun-woo yang berusia empat bulan ketika itu menaiki penerbangan dari  Seoul, Korea Selatan ke San Francisco, Amerika Syarikat. Penerbangan ini mengambil masa selama 10 jam – satu tempoh yang menjerihkan bagi yang berstatus kanak-kanak atau bayi. Jadi, kalau dengar budak menangis atau meragam dengan mak bapak, siapa tak kasihan.

Tetapi sebelum itu, kalau nak tau kisah ibu hebat Alam Melayu, apa kata korang dapatkan LIPUR LARA ALAM MELAYU. Selain kisah ibu, terdapat pelbagai kisah lama yang menarik untuk dibaca. Ada harga diskaun lagi! Pautan pembelian: https://shopee.com.my/Lipur-Lara-Alam-Melayu-i.238336777.21315815920

Mungkin atas sebab itulah, wanita Korea itu sanggup menyediakan lebih 200 buah beg hadiah berisi gula-gula dan penyumbat telinga sebelum mengagihkannya kepada semua penumpang. Turut disertakan dalam setiap beg yang sama ialah satu nota kecil ini:

“Helo, saya Jun-woo dan saya berusia empat bulan. Hari ini, saya akan ke AS bersama ibu dan nenek untuk melawat mak cik saya yang menetap di sana. Saya sedikit gementar dan takut kerana ini merupakan penerbangan pertama saya. Ini bermakna saya mungkin akan menangis atau mengeluarkan terlalu banyak bunyi semasa meragam. Saya akan cuba diam tetapi saya tidak boleh berjanji tentang hal berkenaan. Maafkan saya ya.

“Jadi, mak saya sediakan sebuah beg hadiah untuk anda semua! Mak sediakan gula-gula dan penyumbat telinga. Jadi, jika anda rasa saya terlalu bising, sila guna penyumbat telinga yang diberi. Semoga anda semua menikmati perjalanan yang menyenangkan. Terima kasih.”

Salah seorang penumpang yang menerima beg hadiah berkenaan ialah seorang jurukamera dari stesen televisyen KGO-TV yang berpangkalan di San Francisco, David Corona. Dalam catatannya di Facebook, dia mengakui  mengendalikan kanak-kanak dalam situasi sebegini bukan sesuatu yang mudah dan memahami tindakan wanita berkenaan. Pada masa sama, jurukamera itu turut menyifatkan penyediaan beg yang dibuat wanita tersebut sebagai satu perkara yang terpuji dan patut dijadikan contoh.

Kisah ini muncul tidak lama selepas seorang wanita bernama Stephanie Hollifield menulis satu surat terbuka kepada seorang penumpang lelaki semasa terbang di AS. Semasa penerbangan, penumpang lelaki tersebut tak habis-habis merungut tentang kerenah anak perempuan Hollifield yang berusia dua tahun termasuk menangis. Kerenah penumpang yang tidak bertimbang rasa itu mengguris perasaannya sepanjang penerbangan.

Bagaimanapun, Hollifield bernasib baik apabila seorang pramugari yang baik hati memberi anak perempuannya cawan dan penyedut minuman sebagai mainan. Malah, pramugari yang sama turut memujuk kedua-duanya dengan menyatakan kedua-duanya sudah melakukan yang terbaik untuk mengawal keadaan masing-masing semasa penerbangan.

Selepas surat terbuka itu dimuat naik di Facebook, ia mendapat reaksi baik dalam kalangan ibu bapa. Malah, ada yang menganggap perlakuan penumpang yang duduk bersebelahan Hollifield itu sebagai terlalu mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira tekanan dan kesusahan yang dialami ibu dan anak itu.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Menariknya, ini bukan kali pertama penumpang berstatus ibu bapa bersikap prihatin terhadap kebajikan para penumpang lain. Pada 2012, dua ibu bapa yang membawa anak kembar mereka mengagihkan penyumbat telinga dan nota kecil kepada penumpang dalam penerbangan dari Washington D.C ke San Francisco. Dua tahun selepas itu, beberapa pasangan ibu bapa turut melakukan perkara sama semasa menaik penerbangan menuju ke Miami.

Berita-berita sebegini menunjukkan perlunya kerjasama dalam kalangan penumpang bila melibatkan bayi atau kanak-kanak. Ya, kerenah mereka terutama masa menangis memang tak selesa. Tetapi kita terlupa, satu ketika dahulu, kita juga pernah jadi seperti mereka. Masa kita buat hal, mak bapaklah yang tolong pujuk dan tenangkan kita walaupun undang rasa tak selesa kepada orang yang memandang/mendengar.

Kanak-kanak juga merupakan ingatan kepada kita bahawasanya kita semakin berusia. Tatkala mereka makin membesar dan meneruskan impian yang mahu dikecapi, kitanya pula akan jadi semakin tua dan lemah. Masa itulah, apa yang kita tak suka apa diorang buat dulu akan menghantui semula diri kita lagi-lagi kalau ada keadaan penyakit seperti dementia dan Alzheimer.

Jangan berlagak hanya kerana diri rasa kuat dan muda. Perlu ingat, nikmat juga merupakan satu ujian kepada manusia – uji sama ada manusia itu bersyukur atau tidak. Bila Tuhan tarik balik atau letakkan kita dalam situasi menyedihkan, barulah kita sedar betapa kerdilnya kita jika dibandingkan dengan Rabb Sang Pencipta. Jadilah orang yang memahami dan bertimbang rasa sebab itu yang buat Allah dan Rasul-Nya lagi kasih terhadap kita.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:

World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN

Pereira, A. (2019, 26 Februari). Mother on flight to SFO from Seoul passes out 200 bags of candy, earplugs in case baby cries. SFGate.

Coffey, H. (2019, 27 Februari). MOTHER HANDS OUT 200 SETS OF EARPLUGS ON FLIGHT WITH NEWBORN BABY. The Independent.

Rudd, M. (2019, 26 Februari). ‘Please use them when it’s too noisy because of me’: Thoughtful mother hands out 200 bags of candy and earplugs to fellow plane passengers in case her baby cries on board. Daily Mail.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply