Dalam hidup ini, kadang-kadang mesti kita terdengar pasal penyakit kemurungan. Kemudahan media sosial telah digunakan sepenuhnya untuk menceritakan pasal kemurungan secara terperinci.
Tetapi pemahaman masyarakat kita terhadap masalah kesihatan ini masih lemah. Banyak pendedahan dan kesedaran awam perlu dilakukan, terutamanya untuk memahamkan golongan tertentu bahawa orang yang murung bukannya “tak beriman” dan “tolak takdir”.
Orang yang murung jangan sesekali disuruh baca al-Quran atau mendekati tuhan tanpa mengenali atau mengetahui punca masalah mereka. Mungkin ada yang pelik. Kenapa dulu-dulu kita tak dengar langsung pasal kemurungan? Satu benda semua kena faham tentang sains – ilmunya wujud tanpa disedari.
Kita boleh ambil contoh H1V yang ditemui pada tahun 1983. Tetapi apabila saintis mengkaji sampel-sampel darah, penyakit ini sebenarnya bermula seawal 1908 lagi. Bermakna selama 75 tahun sebelum itu, H1V bermaharajalela dengan ilmu perubatan yang langsung tidak tahu cara mengendalikannya.
Tetapi bagi kemurungan, sejarahnya jauh lagi lama. Mungkin agak mengejut jika diberitahu bahawa kemurungan ialah penyakit lama. Sejak zaman Yunani Kuno lagi penyakit ini sudah dikenalpasti. Tetapi diagnosis dan pemeriksaan agak unik juga. Masa itu, pakar-pakar perubatan sangka asbabnya kerana empat “cecair asas badan” – sanguine, phlegmatia, melancholia dan choleria – tidak seimbang. Cecair ini juga dipanggil humors.
Bagi mereka, orang yang psikologinya normal mesti kena stabil empat cecair (atau bahasa modennya personality) ini. Aretaeus dari Cappadocia pernah menulis bahawa pesakit-pesakitnya agak “hilang fokus, terlalu tegas, nampak sedih.” Dan keyword paling penting dalam penulisan Aretaeus ialah “tak tentu pasal”. Pesak!t—pesak!tnya melenting tanpa sebab pun. Simptom-simptom sama dilihat dalam diagnosis dan simptom penghidap kemurungan pada hari ini.
Peradaban-peradaban lain pun membuat dapatan saintifik yang sama juga. Ilmu kedoktoran daripada Dunia Islam dan Parsi yang bangkit di atas abu Yunani pun tidak menyisihkan penyakit ini sebagai tanda kelemahan iman. Ibnu Sina dan Ishaq bin Imran antaranya menekankan pasal cecair badan bernama melancholia.
Ibnu Sina membukukan ilhamnya dalam Kitab al-Qanun fi al-Tibb bahawa melancholia merupakan sejenis gangguan jiwa (mood disorder) yang membuatkan seseorang murung. Malah fobia pun dipetik beliau sebagai cetusan melancholia.
Hari ini, kira-kira 1,000 tahun kemudian, umat Islam kian terpisah daripada pemahaman saintifik yang katanya dongengan Barat. Bukan semua yang dicanang itu dongeng. Pertama sekali, apa itu kemurungan? Itulah soalan yang ramai perlu tanya untuk belajar tentang penyakit ini.
Kemurungan telah disahkan suatu penyakit yang sangat rumit bukan kerana tiada siapa tahu asbabnya. Sebaliknya kerumitannya kerana penyakit ini boleh melanda atas sebab apa pun. Biasanya sebab-sebabnya begini:
- Masalah kesihatan kronik seperti kanser atau kronik lain.
- Masalah cinta sama ada kecurangan atau kehilangan yang tersayang
- Masalah genetik daripada keturunan
Walau apa pun asbabnya, siapa yang menghidapinya selalu rasa sunyi, sedih dan duka kadang tidak perasan pun. Salah satu ubat yang dibuat bagi tujuan membendung (dan merawat) kemurungan ialah Prozac. Ubat ini merupakan suatu “antidepressant” yang membetulkan imbangan aktiviti otak yang mungkin tidak teratur apabila menghidapi kemurungan, panik dan kebimbangan.
Prozac biasanya digunakan untuk merawat gangguan kemurungan teruk (major depressive disorder) dan gangguan pemakanan bulimia nervosa. Dan kadangkala Prozac perlu diambil dengan ubat lain iaitu Zyprexa supaya penyakit kemurungan berkaitan b!polar boleh dibendung. Namun kombinasi sebegini biasanya dimulakan selepas pengambilan salah satu ubat tidak berkesan.
RUJUKAN:
- Araj-Khodaei, Mostafa & Noorbala, A.A. & Parsian, Zahra & Taheri, Somaiyeh & Emadi, Fatemeh & Alijaniha, Fatemeh & Naseri, Mohsen & Zargaran, Arman. (2017). Avicenna (980-1032CE): The Pioneer in Treatment of Depression. Transylvanian Review. 25. 4377-4389.
- Information Prozac – https://www.drugs.com/prozac.html
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih