Bila cakap pasal sejarah Mesir Purba, kita sering lihat bangsa Hyksos semata-mata sebagai bangsa pendatang yang mengaut kekayaan Mesir. Seolah-olah tiada yang bagus disumbangkan oleh bangsa ini buat tamadun Mesir.
Namun, tahukah anda sebenarnya bangsa pendatang ini secara tidak langsung telah membantu Mesir jadi sebuah empayar? Ya benar!
Sebelum itu, jom telusuri balik sejarah bangsa Hyksos. Hyksos adalah sekumpulan pendatang dari wilayah Levant yang tiba di Mesir pada akhir Era Kerajaan Tengah (2055-1650 SM) iaitu sekitar tahun 1800 SM.
Pada mulanya, Hyksos dibenarkan untuk menetap di wilayah Delta oleh pemerintah Mesir. Ini kerana, mereka dilihat punyai potensi untuk memampan kemasukan penceroboh asing yang lain.
Namun setelah mangkatnya Firaun Sobekhotep IV dari Dinasti ke-13, muncul penguasa Dinasti ke-14 di Avaris sebelum digantikan oleh Hyksos yang mengasaskan Dinasti ke-15. Dari situ Hyksos berjaya mendapat kuasa di bumi Mesir.
Ketika memerintah, penguasa Hyksos perkenalkan teknologi ketenteraan baharu iaitu chariot dan busur komposit. Inilah sumbangan bangsa Hyksos yang dimaksudkan!
Chariot adalah sebuah pacuan ringan yang dipacu oleh kuda, jentera kecil ini boleh bergerak dengan pantas merentasi medan perang dan melancarkan serangan yang dahsyat ke atas formasi musuh.
Chariot biasanya dipandu seorang pengendali sambil membawa seorang pahlawan yang bersenjatakan busur komposit. Busur komposit adalah satu lagi inovasi yang memberi kelebihan kepada Mesir di medan perang.
Berbeza dengan busur tradisional, busur komposit dibuat daripada beberapa lapisan bahan yang bermutu, seperti kayu, tanduk, dan kulit binatang. Bahan ini menjadikan busur komposit lebih kuat dan tahan lama berbanding busur lain pada masa itu.
Kombinasi chariot dan busur komposit membantu tentera Mesir menguasai musuh mereka di medan perang dengan mudah. Dengan teknologi itu, mereka berjaya mengalahkan Nubia, Libya, dan musuh terdekat yang lain, di samping meluaskan wilayah dan pengaruh mereka.
Chariot dan busur komposit bukan saja dimanfaat sebagai senjata, bahkan juga sebagai simbol kuasa dan prestij para Firaun. Para Firaun sering menggambarkan diri mereka menaiki chariot di medan perang bagi menonjolkan kuasa dan dominasi mereka.
Teknologi ini membantu Mesir menakluki musuh mereka, meluaskan wilayah mereka, dan menjadikan diri mereka sebagai kuasa dominan di dunia purba.
Selepas Hyksos diusir, pemerintah Mesir berusaha untuk menghapuskan sisa pengaruh mereka. Pun begitu, sisa pengaruh seperti teknologi ketenteraan warisan Hyksos tidak dibuang. Selagi mana ia berguna, lebih baik kekalkan.
Dengan teknologi yang diwarisi daripada Hyksos, Mesir jadi sebuah empayar yang digeruni pada Era Kerajaan Baharu (1550 – 1069 SM). Jelaslah, walau era pemerintahan Hyksos agak singkat, namun warisan mereka kekal mempengaruhi dan mendatangkan kebaikan buat Mesir Purba selama berabad mendatang.
Oleh: Fakhry Harraz
—-
Berminat untuk dalami sejarah tamadun Mesir Purba?
Mempersembahkan, KITAB TAMADUN MESIR PURBA !
Sebuah judul komprehensif yang memuatkan sejarah dan fakta Tamadun Mesir Purba.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Leave A Reply