Bagi peminat rancangan eksperimen sains Mythbusters, pasti sudah masak dengan pelbagai eksperimen yang dijalankan dalam rancangan tersebut. Salah satu eksperimen yang diuji mereka ialah menguji keberkesanan sen.ja.ta era Joseon iaitu Hwacha.

Klip ujian hwacha Mythbusters:

Pada akhir ujian, mereka menyimpulkan sen.ja.ta tersebut sebagai berkesan dan ia disokong oleh pelbagai fakta sejarah. Salah satu pihak yang merasa bahana hwacha ialah angkatan pe.ra.ng Toyotomi Hideyoshi semasa Pe.ra.ng Imjin meletus antara 1592 hingga 1598.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Sesiapa yang melihat klip di atas sudah tahu ia merupakan versi terawal pelancar roket. Ia terdiri daripada pedati dan sebuah papan yang telah ditebuk lubang yang banyak. Setiap lubang akan dipasang dengan anak pa.n.ah yang dikuasakan oleh serbuk le.tu.pan yang dipanggil singijeon. Ini menjadikan ia sebagai versi terawal roket moden. (Mingren, 2016)

Lakaran roket launcher ini.

Begitupun, untuk merealisasikan hwacha bukan sesuatu yang mudah. Pertama sekali, orang Korea harus mempunyai bekalan serbuk le.tu.pan yang banyak bagi memastikan singijeon dapat dihasilkan. Ini dicapai oleh saintis dan komander ten.te.ra Joseon abad ke-14, Choe Mu-seon selepas mengetahui rahsia penulenan potasium nitrat daripada pedagang-pedagang China antara 1374 hingga 1376.

Selepas memperoleh rahsia berkenaan, kerajaan ketika itu melantik beliau mengetuai usaha pembangunan serbuk le.tu.pan dan sen.ja.ta api. Dari situ, pelbagai sen.ja.ta mula dibangunkan mengikut rekaan dari China termasuk me.ri.am tangan dan pelbagai versi roket termasuk juhwa dan singijeon. (Doe, 2005)

Lagi lukisan gambarkan tentera Korea menggunakan Hwacha.

Hwacha dibangunkan pada tahun 1409 oleh beberapa saintis termasuk Yi Do dan anak Choe Mu-seon, Choe Hae-san dan berupaya melepaskan 100 singijeon. Ini disusuli oleh satu lagi versi yang kita kenali hari ini oleh Raja Munjong (semasa bergelar Putera Mahkota Yi Hyang) dan adindanya Yi Gu pada tahun 1451. Hwacha yang ditambahbaik ini berupaya melepaskan 200 singijeon terhadap pihak musuh. (Doe, 2005)

Selain digunakan sebagai sen.ja.ta pertahanan di darat terutama di sempadan, ia turut digunakan sebagai kelengkapan persen.ja.taan oleh ten.te.ra laut Joseon. Bezanya ialah ia harus diletakkan pada kedudukan yang stabil sebelum ia digunakan. Oleh sebab itu, sesetengah nakhoda melancarkan hwacha dari tingkap-tingkap kapal atau dari dek utama. Bagi yang menggunakan hwacha di dek utama seperti di atas kapal jenis panokseon, sasaran utama mereka ialah kain layar kapal musuh.

Contoh lukisan panokseon

Pe.ra.ng Imjin menyaksikan penggunaan secara meluas hwacha baik di darat mahupun di laut. Bagi menangkis asakan armada laut Jepun, Laksamana Yi Sun-sin menggunakan hwacha yang diletakkan di atas panokseon-panokseon sebagai sen.ja.ta jarak jauh selain geobukseon (kapal kura-kura) yang disaksikan dalam filem The Admiral: Roaring Currents.

Antara pertem.pu.ran yang menyaksikan penggunaan hwacha ialah kempen Noryang pada 16 Disember 1598. Pertem.pu.ran itu bukan setakat menghentikan terus cita-cita perluasan Jepun di Semenanjung Korea. Bahkan, ia juga merupakan pertem.pu.ran terakhir Sun-sin di mana beliau kembali menemui Penciptanya semasa mengetuai usaha menghalau armada laut Jepun keluar dari perairan Korea. (Nossov dan Golubev, 2005)

Sementara di darat pula, samurai-samurai Jepun merasa sendiri bahana hwacha semasa bertem.pu.r di Haengju pada 14 Mac 1593. Haengju, sebuah kubu pertahanan di seberang Sungai Han disasarkan oleh komander dan daimyo Konishi Yukinaga kerana berhampiran dengan Hanseong (Seoul moden) yang dikawal pihak Jepun ketika itu. Bagi menjayakan usaha penaklukan, 30,000 ten.te.ra dikerah menye.ra.ng Haengju.

Bagaimanapun, alangkah terkejutnya mereka apabila dihujani singijeon bertubi-tubi yang dilancarkan ten.te.ra Joseon yang diketuai Jeneral Gwon Yul. Semua percubaan untuk menembusi pertahanan kota digagalkan lebih-lebih lagi selepas pihak Joseon mendapat bekalan anak pa.n.ah yang dihantar armada laut mereka. Pertem.pu.ran berlangsung sehingga senja sebelum pihak Jepun menyerah kalah dan berundur. (Hawley, 2005; Ki-baik dan Schultz, 2005)

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Sebarang rancangan untuk menye.ra.ng Haengju dibatalkan selepas sekumpulan ten.te.ra China dari Dinasti Ming diketuai Zha Dashou memba.k.ar gudang bijirin di Hanseong. Situasi ini mendorong pihak Jepun meninggalkan Hanseong bagi menjimatkan sumber makanan mereka pada 17 Mei 1593. (Swope, 2009)

RUJUKAN:

Doe, John (2005). “Daum Encyclopedia History of Korea”. Hwacha. Open Publishing.

Swope, Kenneth M. (2009), A Dragon’s Head and a Serpent’s Tail: Ming China and the First Great East Asian DITAPIS, 1592–1598, University of Oklahoma Press. Halaman 167.

Ki-baik, Lee; Schultz, Edward J. (September 2005). New History of Korea (Cetakan Edisi Kedua). Harvard University Press. Halaman 518.

Hawley, Samuel (2005), The Imjin War, The Royal Asiatic Society, Korea Branch/UC Berkeley Press. Halaman 321.

Mingren, Wu. (2016). The Powerful Hwacha: An Early Korean Rocket Launcher. Ancient-Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.