Jarang sekali orang terbayang betapa tuanya pokok-pokok di bumi Melayu. Kalau ikut rekod semasa, pokok mampu menggapai usia beribu-ribu tahun. Tengok pokok di Taman Negara sudah. Ada yang mencecah 1,500 tahun, (hampir) sezaman dengan agama Islam dibawah kerasulan Nabi Muhammad SAW. Hutan tebal menjadi saksi sunyi yang mampu rentas sejarah. Jadi angka ribu bukanlah suatu penemuan yang mengejutkan. Walau bagaimanapun, Universiti Penn State membuka jendela baharu dalam hayat sebuah hutan.

Lama juga saintis Penn State berpakat dengan Universiti Brunei Darussalam. Dan akhirnya, mereka membuat suatu penemuan besar… bahawasanya Brunei mempunyai hutan yang berusia lima juta tahun. Penemuan ini membuka perbincangan baharu dalam jendela alam semula jadi. Pertama sekali, saintis mula berdebat tentang haiwan jenis apa pernah mendiami Bumi Melayu – memandangkan ada hutan sebegitu tua.

Bab haiwan dalam bahasa saintifik jatuh dalam kategori ‘fauna’. Umumnya, fauna lebih mudah dikaji kerana ada fosil. Namun berbeza dengan flora, yang sangat rumit kerana barangkali tidak meninggalkan jejak. Kuntuman bunga daripada sejuta tahun lalu pasti sudah lenyap terlupus buat selamanya. Sebab itulah dapatan saintis tentang flora boleh kata terhad. Tidak banyak diketahui disebabkan kekurangan bukti.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Maka penemuan gandingan dua universiti ini meletakkan Brunei betul-betul di atas dalam bab alam semulajadi. Sekelip mata, Brunei dijulang menjadi kiblat penyelidikan… kerana kerajaannya tidak bangang dan rakus menjarah bumi macam badak yang gatal sumbu.

Rentasan Masa Tanpa Mesin

Kena tengok betul-betul apa saintis cakap. Masuk saja hutan tebal Brunei, kita sebenarnya sedang menghirup udara sama seperti lima juta tahun yang lalu. Udara sama. Permandangan sama. Kerana hutan tebal Brunei diisytihar “virgin” atas sebab yang sangat jelas: tiada campurtangan tangan gatal manusia. Apabila permandangan sama, kitaran alam pun sama. Jadi tidak perlu ‘fosil’ bunga sejuta tahun yang lalu. Masuk saja hutan Brunei. Terus boleh dapat kuntuman sama untuk faham keadaan purbakala.

Permandangan hutan Brunei.
(Photo by Brunei Ministry of Primary Resources and Tourism
For more information on Asia-Pacific Rainforest Summit, please visit www.cifor.org/asia-pacific-rainforest-summit/
cifor.org
blog.cifor.org) & Copyright Certificate: CC BY-NC-ND 2.0

Pokok yang melitupi bumi Brunei ini berkeluarga Dipterocarpacaea yang mempunyai 695 spesis diketahui. Salah satu spesis adalah Shorea faguetiana, yakni pokok Meranti Kuning yang mencapai ketinggian 101 meter di Sabah. Mujur pokok tersebut hidup di Pusat Pemuliharaan Lembah Danum. Silap-silap itu pun diangkut. Pada dasarnya, pokok dipterocarp sebegini memang dominan. Mereka mengeluarkan daun dan debunga (pollen) yang diguna saintis untuk mengenal pasti usia hutan. Dan paling membantu, pokok-pokok jenis ini meninggalkan fosil untuk dikaji manusia.

Fosil pokok.
(Julan Shirwod Nueva/CC-BY SA 4.0.)

Tiga benda ini banyak membantu saintis. Kaji punya kaji, itu yang dapatan mereka melangkaui angka jutaan tahun. Selepas mengenal pasti usia ini, barulah mereka bertambah faham pasal persekitaran berpaya dan sebagainya. Kira mereka menggunakan usia hutan sebagai tanda aras; barulah mereka tembus bab-bab pembentukan geografi yang lain. Malah mengetahui pasal pokok dipterocarp turut membantu mereka faham tentang penjalaran lalang pula.

Kalau bukan kerana dasar penjagaan hutan Brunei, nescaya rahsia agung alam ini dibisukan habis. Malah saintis Penn State juga cakap, “Brunei ni kecil jer. Sama saiz dengan Delaware tetapi hutannya tujuh kali ganda lebih pelbagai berbanding Pennsylvania.” Dan kawasan kajian saintis Penn State sebenarnya sangat lembap, sekali gus menjadi habitat untuk banyak spesis berbeza seperti babi berjanggut, enggang badak, kera bekantan dan sebagainya.

Mudah kata, singkapan sejarah paleolitik membolehkan saintis tambah nilai pendidikan dan pemuliharaan. Sekarang kerajaan Brunei pasti takkan menyentuh hutan ini. Malah barangkali 100 tahun akan datang pun sama. Sementara itu di negara pasir berdengung, malaslah cakap.


Banyak ilmu menarik pasal alam kehidupan menanti korang dalam buku BIOLOGIA. Buku ni sekarang dah ada kat Shopee. Cepat beli kerana buku ni sangat laris di pasaran dan mudah licin! Link: https://bit.ly/biologiashopee

 

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Leave A Reply