Romania adalah negara di Eropah Timur yang terkenal dengan kisah pemerintah Wallachia bernama Vlad III yang mempertahankan kota dan istananya dari serangan tentera Turki Uthmaniyah.

Namun, bukan kisah Vlad III saja yang menjadikan negara kecil ini terkenal. Terdapat satu lagi kisah benar yang menyeramkan, juga kepopularitinya boleh tahan setanding Vlad III. Ia berkenaan ‘Segi Tiga Bermuda Romania’.

ASAL-USUL SEGI TIGA BERMUDA ROMANIA

Di tengah Romania, wujudnya daerah purba bernama Transylvania dan nama daerah ini terkenal dari novel Bram Stoker bertajuk Dracula, mengambil Transylvania sebagai latar belakang penceritaan Dracula ini.

Selain itu, Transylvania terkenal dengan hutan yang mengikut sumber rakyat, hutan yang bernama Hoia Baciu adalah hutan yang menyeramkan. Hutan ini dikelilingi dengan pergunungan Carpathian yang berbentuk hampir segi tiga apabila dilihat dari peta geografi. Dari sinilah gelaran ‘Segi Tiga Bermuda Romania’ ini wujud. Jika ingin ke hutan Hoia Baciu, kita kena pergi ke kota Cluj-Napoca di utara Romania.

Asal-usul nama hutan ini bermula dari kehilangan pengembala kambing yang juga namanya Hoia Baciu bersama 200 ekor biri-biri di dalam hutan tersebut. Pada tahun 1960-an, ahli biologi bernama Alexandru Sift mendakwa pernah menangkap foto piring terbang atau UFO berlegar di atas hutan itu.

Pada tahun 1968, ahli teknikal ketenteraan bernama Emil Barnea juga mendakwa beliau pernah menangkap foto UFO dan menyatakan bahawa kisahnya adalah sahih bagi mengelak kisahnya dituduh sebagai pembohongan. Komunis yang ketika memerintah Romania itu percaya bahawa kepercayaan rakyat akan kemisterian hutan Hoia adalah tanda kegilaan seseorang.

Masuk 1970-an, hutan Hoia terkenal sebagai pusat aktiviti UFO. Terdapat kisah rakyat yang aneh iaitu seorang kanak-kanak perempuan hilang di dalam hutan selama 5 tahun. Kemudian dia kembali keluar dari hutan dengan kehilangan memori lepas.

Kisah kedua pula berkenaan 60 orang pelancong mahu membongkar kemisterian hutan Hoia. Mereka melaporkan pernah melihat cahaya yang aneh, mendengar tapak kaki dari lembaga yang tidak dapat kelihatan, menangkap foto wajah-wajah aneh, dan mendengar suara wanita yang ketawa nyaring.

Tidak cukup dengan kisah rakyat, ramai penduduk Romania pergi ke hutan tersebut. Keputusannya, mereka merasa mual, mempunyai ruam yang aneh di badan mereka, kepenatan, dan merasa dirinya diperhatikan oleh seseorang.

Banyak juga laporan kehilangan orang dan diakhiri dengan mangsa itu kehilangan memori lepas. Keadaan hutan itu juga pelik, batang bawah pokok-pokok hutan Hoia melengkung dan tidak ada penjelasan saintifik akan keanehan pokok itu. Dari sinilah, hutan Hoia menjadi hutan paling menakutkan di seluruh dunia.

Kemisterian hutan itu kemudian menjadi perhatian pihak media untuk mendokumentarikan fenomena aneh atau paranormal. Tambahan pula, hutan Hoia menjadi kawasan rekreasi penduduk dan pelancong. Jika berani untuk menetap semalaman dalam hutan itu, perlu bimbingan dari pemandu pelancong.

Para ahli arkeologi juga tidak ketinggalan untuk memasuki hutan menakutkan ini bukan atas mencari jawapan akan kemisterianya tetapi dalam hutan itu terdapat penempatan kuno bernama Gura Gaciului yang wujud sekitar 6500 SM. Penempatan itu dikatakan milik orang dari fasa Neolitik Romania dan pengkaji berusaha meneroka kehidupan orang Neolitik melalui penemuan-penemuan artifak di sana.

PENJELASAN LOGIK AKAN KEMISTERIAN HUTAN HOIA

Hutan Hoia dikelilingi dengan pergunungan Carpathian yang membentuk hampir segi tiga (segi tiga merah).

Seperti Segi Tiga Bermuda, terdapat penjelasan logik kenapa rakyat percaya bahawa hutan itu terkenal dengan misteri ya. Dalam kes Bermuda yang popular dengan kehilangan kapal-kapal yang melalui segi tiga itu, ribut dari Lautan Atlantik biasanya melalui Segi Tiga Bermuda itu.

Kapal-kapal yang berlayar berkemungkinan berhadapan dengan ribut tersebut tanpa sebarang amaran. Ribut Atlantik dalam segi tiga akan menghasilkan ombak yang berketinggian 100 kaki yang dipanggil sebagai ‘rogue waves’ yang mampu tenggelamkan kapal tanpa meninggalkan sebarang bukti.

Berkenaan kapal terbang hilang semasa melalui Segi Tiga Bermuda, para pengkaji sependapat bahawa pada waktu itu tidak ada sebarang komunikasi radio dan fenomena alam yang menyebabkan kecelakaan terhadap kapa terbang tersebut. Kapal-kapal itu berkemungkinan terhempas di luar segi tiga setelah berhadapan dengan cuaca buruk.

Bagaimana dengan kes hutan Hoia? Apakah kemisteriannya mempunyai penjelasan logik?

Batang bawah pohon hutan Hoia yang melengkung menjadi tanda tanya pengkaji.

Melihat kepada keadaan hutan ini, ia sebenarnya hutan yang begitu tebal dengan pohon-pohon yang tumbuh melebat dan para peneroka biasanya sesat lebih awal kerana kelebatan hutan itu. Tapi bagaimana dengan keadaan seseorang yang sesat mempunyai kehilangan memori lepas setelah ditemui? Adakah penampakan lembaga dan kedengaran tapak kaki disebabkan oleh halusinasi? Bagaimana dengan penampakan UFO?

Persoalan-persoalan ini pengkaji tidak mempunyai jawapan sebenar lagi. Jadi hutan Hoia tetap menjadi hutan misteri yang penuh dengan aktiviti paranormal yang tidak dapat dijelaskan. Hanya menunggu masa saja untuk pengkaji membongkar kemisterian ini.

RUJUKAN:

Storm, C. (26 March 2021). Romania’s Bermuda Triangle: The Creepy Hoia Forest of Transylvania. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.